ANGKASA 11
APRIL 2023
bagi pentadbiran dan aktiviti koperasi yang mendatangkan impak ekonomi kepada warga koperasi seluruh Negeri Pulau Pinang. Presiden ANGKASA yang juga merupakan Pengasas Yayasan Infaq ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya telah menyatakan rasa penghargaan dan terima kasih kepada TYT atas kesudian untuk menyantuni majlis tersebut sekali gus merasmikan bangunan wakaf tersebut. Katanya, sokongan dan juga dorongan daripada semua pihak terhadap usaha yang digerakkan melalui Yayasan Infaq ANGKASA benar-benar menaikkan semangat serta kesungguhan ANGKASA untuk memperhebat lagi budaya
Dato' Setia Dr. Haji Anhar menyerahkan replika cek pembelian Bangunan Wakaf Yayasan Infaq ANGKASA kepada Dato' Dr. Roslan Ahmad.
berinfaq dalam gerakan koperasi demi kemajuan sosioekonomi ummah. Hadir sebagai tetamu dalam majlis tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Dato’ Dr. Roslan Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim Wan Mohd Noor, Mufti Selangor merangkap Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, Dato’ Setia Dr. Haji Anhar Haji Opir dan Setiausaha MAINPP, Dato’ Haji Samsudin Bakar. Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Mohd Azlan Yahya, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Encik Azizul Alias, barisan Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang yang diketuai Pengerusinya, Haji Mohd Jamil Othman, Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin, Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pulau Pinang, Puan Norlelah Samsuddin, Timbalan Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Utara, Puan Norafidah Ismail dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.
Bangunan Wakaf Yayasan Infaq ANGKASA di alamat No. 29-1 7 & 31-1 Jalan Dagangan 11 Pusat Bandar Bertam Perdana 13200 Kepala Batas, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease