WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2023

ANGKASA 12

APRIL 2023

Dato’ Haji Kamarudin Ismail Terima Anugerah ‘Honorary Gold Medal’

Oleh NADIAH KAMARUDIN

sahaja di peringkat nasional, malah juga di peringkat antarabangsa. Anugerah itu menunjukkan suatu komitmen ANGKASA dalam mengantarabangsakan gerakan koperasi yang menggerakkan tumpuan terhadap perkongsian ilmu pengetahuan dan pengembangan perniagaan sehingga mendapat perhatian pihak koperasi luar negara. Sesi pertemuan khas bersama Mr. Peter turut dimanfaatkan dengan perbincangan mengenai hubungan dua hala serta kerjasama dalam pelbagai bidang khususnya perdagangan antara kedua-dua belah pihak. ANGKASA dan seluruh kepimpinan gerakan koperasi mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato' Haji Kamarudin Ismail di atas penganugerahan tersebut dan pengiktirafan berkenaan membuktikan peranan gerakan koperasi di Malaysia mendapat perhatian di mata dunia.

Anggota ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato' Haji Kamarudin Ismail telah menerima anugerah ‘ Honorary Gold Medal ’ daripada Central Cooperative Union (CCU). Lembaga Anugerah tertinggi tersebut telah disampaikan oleh Presiden CCU, Prof. Petar Stafanov dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Ibu Pejabat CCU di Sofia, Bulgaria pada 6 Mac 2023. Dato' Haji Kamarudin berkata, anugerah itu merupakan satu bentuk pengiktirafan terhadap Malaysia dan usaha ANGKASA selama ini yang berjaya menyatukan dan mewakili gerakan koperasi negara bukan

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail menerima anugerah ‘ Honorary Gold Medal ’ yang disampaikan oleh Presiden Central Cooperative Union , Prof. Petar Stafanov di ibu pejabat koperasi itu di Sofia, Bulgaria pada 6 Mac 2023.

Medal dan sijil untuk anugerah ‘ Honorary Gold Medal ’ yang telah diterima oleh Dato’ Haji Kamarudin.

Ahli Lembaga ICA mengadakan kunjungan ke ‘Zdrave’, sebuah hospital pemulihan khusus dan pasar raya ‘ Supermarket COOP ’ yang dimiliki oleh CCU pada 8 Mac 2023.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease