ANGKASA 13
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
APRIL 2023
Presiden Bulgaria Rasmi Mesyuarat Lembaga ICA
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Perdagangan dalam kalangan negara ahli Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) perlu diperkasakan meskipun dalam suasana ekonomi global yang sangat tidak menentu. Justeru, tanggungjawab untuk membangunkan hubungan perniagaan dan kerjasama dalam kalangan koperasi perlu digalas oleh ICA. Demikian menurut Presiden Bulgaria, Mr. Rumen Radev sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Lembaga ICA di Hotel COOP, Sofia, Bulgaria pada 9 Mac 2023. Hadir sama dalam program tersebut ialah Menteri Pertanian negara tersebut Mr. Yavor Gechev. Beliau antara lainnya turut mengalu-alukan koperasi sebagai sebuah gerakan sosioekonomi yang paling progresif. “Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, koperasi adalah jawapannya. Koperasi membawa kepada kesaksamaan,” ujar Mr. Rumen Radev. Beliau juga menyatakan penghargaannya kepada semua Ahli Lembaga ICA yang telah memberikan sokongan kepada Central Cooperative Union (CCU) untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat itu selain berharap delegasi berkesempatan berkunjung ke tempat menarik di sekitar ibu kota negara berkenaan. Ahli Lembaga ICA merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail telah mengambil ruang membentangkan laporan terkini mengenai Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok yang dilaksanakan oleh ANGKASA dan menyarankan
Presiden Bulgaria, Mr. Rumen Radev (tiga dari kanan) ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di Hotel COOP, Sofia, Bulgaria pada 9 Mac 2023. Hadir sama Menteri Pertanian Bulgaria, Mr. Yavor Gechev (kanan sekali), Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco (dua dari kanan) dan Presiden Central Cooperative Union, Prof. Petar Stafanov (kiri sekali).
koperasi untuk terlibat sama dalam program itu. Beliau juga telah memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa ANGKASA turut menyumbang sebanyak 20 ribu Euro (RM100,000) kepada Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye dan Syria daripada Gerakan Koperasi Malaysia sebagai bantuan kewangan untuk meringankan beban mangsa bencana alam di kedua-dua buah negara tersebut.
Ahli Lembaga ICA turut dibawa melawat ke beberapa premis milik koperasi yang terlibat dalam sektor kesihatan, pengguna dan perkhidmatan, antaranya ‘Zdrave’, sebuah hospital pemulihan khusus dan pasar raya 'Supermarket COOP' yang dimiliki oleh CCU pada 8 Mac 2023.
Mr. Rumen Radev Presiden Bulgaria
Mesyuarat Lembaga ICA telah dihadiri oleh 15 Ahli Lembaga ICA dari 15 negara.
Rakan Strategik
Memperkenalkan Sistem Dalam Talian (Online)
Sayang keluarga, Rancang Harta. Perancangan hari ini kebahagiaan masa hadapan.
Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!
www.myangkasaamanah.com.my
Untuk Hubungi / Maklumat Lanjut
C-504 Blok C Glomac Busines Centre Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
admin@myangkasaamanah.com.my www.myangkasaamanah.com.my
myangkasaamanahberhad myangkasaamanah
03-7887 5600 /4300 09-7887 2300
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease