WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2023

RENCANA 14

APRIL 2023

Mencipta Gagasan Budaya Kerja Cemerlang dalam Gerakan Koperasi

Mesyuarat adalah antara elemen komunikasi yang digunakan sebagai saluran penyampaian maklumat.

Bekerja dalam satu pasukan dapat menyemai sikap bertoleransi, saling percaya dan membantu antara satu sama lain.

Gambar ehsan: IKMa

Oleh ZAHARATUL LAILI ZAKARIA

mengikut objektif dan piagam pelanggan yang telah ditetapkan. Bagi memastikan hasrat tersebut terlaksana, pelbagai usaha perlu dilakukan agar setiap perancangan yang direncanakan berada pada landasan yang betul. Justeru, kunci utamanya adalah pembudayaan kerja yang cemerlang kepadasetiapkakitanganagarprestasi kerja yang baik dapat dilaksanakan seterusnya memberi impak yang sangat besar dalam memastikan hala tuju organisasi tersebut tercapai. Faktor persekitaran yang baik turut memainkan peranan untuk membolehkan seseorang individu mencipta dan mempelbagaikan kanvas tugasannya. Setiap kakitangan sewajarnya diberikan pilihan dalam memastikan segala tugasan disempurnakan mengikut acuannya sendiri tanpa mengabaikan prosedur atau polisi organisasi. Hal ini bukan sahaja dapat melahirkan kakitangan yang kreatif, malahan turut menggalakkan kakitangan berfikir secara analitikal tanpa mengambil kira pangkat dan jawatan. Kebebasan untuk menyuarakan pendapat dan idea perlu ditekankan oleh majikan kepada kakitangan agar konsep “satu untuk semua, dan semua untuk satu” dapat diaplikasikan tanpa mengetepikan penglibatan daripada setiap kakitangan.

Kebanyakan pencapaian kaki- tangan diukur melalui program pencapaian atau penghargaan yang diberikan menerusi anugerah tertentu. Kebiasaannya perkara ini dikaitkan dengan pembudayaan kerja yang cemerlang bukan sahaja dari aspek tugasan hakiki, malah cara berkomunikasi dan menyelesaikan masalah turut menjadikan seseorang itu lebih proaktif. Hal ini jelas membuktikan bahawa budaya kerja cemerlang bukan sahaja dapat memperbaiki kualiti perkhidmatan individu, bahkan mampu menjadikan seseorang itu berdaya saing sekali gus menjadikan beliau efisien dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan lebih-lebih lagi dengan kewujudan sistem penyampaian maklumat yang semakin berkembang. Oleh yang demikian, kakitangan merupakan aset paling penting dan penyumbang terbesar dalam kejayaan sesebuah organisasi. Ciri-ciri Budaya Kerja Cemerlang i. Komitmen Dalam usaha cemerlang, rasa kekitaan amatlah penting dalam diri setiap individu. Setiap kakitangan perlu jelas dan sedar akan matlamat organisasi tersebut dan mengambil kira komitmen yang telah dipertanggungjawabkan dengan membentuk kakitangan yang

penuh berdedikasi. Kakitangan yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam melakukan sesuatu tugasan sering kali dikaitkan dengan ciri-ciri individu yang berjaya. Ini kerana, setiap tugasan yang diterima akan dilaksanakan sehabis baik mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. kakitangan dalam sesebuah organisasi untuk mengamalkan prinsip budaya kerja cemerlang, motivasi amatlah penting sebagai dorongan dalam mencapai sesuatu output apabila melaksanakan sesuatu tugasan. Setiap kakitangan mempunyai personaliti dan kebolehan yang berbeza, bahkan terdapat juga kakitangan yang kurang berkemahiran dalam melaksanakan tugasan yang bukan di bawah bidang tugasnya, namun terpaksa menjalankan tugas yang diarahkan atas faktor seperti pemangkuan jawatan dan sebagainya. Dalam konteks ini, setiap majikan ii. Motivasi Bagi memupuk khususnya seseorang individu perlu meraikan perbezaan yang terdapat pada setiap kakitangannya dengan memberikan motivasi dan dorongan yang sewajarnya. Apabila kepuasan bekerja dapat dicapai oleh setiap kakitangan, output yang diberikan oleh mereka juga pasti akan luar biasa dan berkualiti.

laili@ikma.edu.my Institut Koperasi Malaysia

Budaya kerja cemerlang merujuk kepada cara bekerja seseorang yang dipengaruhi oleh beberapa elemen yang mampu untuk memberi output yang luar biasa kepada prestasi kerja seseorang. Ini kerana, pembudayaan kerja cemerlang dapat mewujudkan “ mindset ” yang berteraskan kecemerlangan dalam melahirkan kakitangan yang lebih komited kepada pencapaian matlamat dan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap dasar kualiti organisasi. Bukan itu sahaja, pembudayaan kerja cemerlang juga penting dalam memastikan setiap kakitangan bersedia untuk berubah dan menyesuaikan keadaan dalam menghadapi perubahan di sekitarnya. Oleh itu, budaya kerja cemerlang merupakan tonggak utama terhadap produktiviti dan kualiti sesebuah organisasi.

Budaya Kerja Cemerlang

dalam

Organisasi

Organisasi hebat mencorakkan masa hadapannya sendiri. Setiap organisasi mempunyai visi dan misi dalam memastikan perjalanan operasinya tercapai yang

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease