WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2023

RENCANA 15

APRIL 2023

iii. Integriti

1. Komunikasi

output nya berbanding bekerja secara sendirian. Ini terbukti apabila banyak faedah yang dapat diperoleh melalui hasil kerjasama berpasukan sebagai contoh setiap orang mempunyai matlamat dan tanggungjawab yang sama yang secara tidak langsungnya dapat menyemai sikap bertoleransi, saling percaya dan membantu antara satu sama lain. Banyak organisasi hari ini yang menganjurkan program- program seperti “ team building ” bagi memupuk sikap bekerjasama dalam kalangan kakitangan agar proses membuat keputusan dapat dicapai bersama-sama secara tuntas. Kreatif dan inovatif merujuk kepada kemampuan seseorang dalam mencipta idea baharu dan seterusnya dapat memperbaharui idea tersebut dalam memberi manfaat kepada semua orang. Kemampuan seseorang individu untuk menghasilkan idea yang bernas dalam masa yang sama menjadikan sesuatu proses kerja menjadi lebih segar, mudah dan efisien sememangnya menjadi rebutan setiap majikan. Hakikatnya, untuk menjadi v. Kreatif dan Inovatif seseorang yang kreatif dan inovatif bukanlah semudah yang disangka. Kreatif dan inovatif bertitik tolak daripada keberanian dan pengalaman yang ditimba oleh seseorang tidak kira sesiapa pun. Sebagai contoh, wujudnya ilham menghasilkan “ sticky note ” atau memo berpelekat adalah daripada idea seorang tukang cuci yang sering mencuci dan mengemas pejabat majikannya. Beliau kemudiannya mencadangkan kepada majikannya agar menghasilkan memo berpelekat supaya memo tersebut tidak berselerakan dan hilang apabila dikemas. Ini jelas membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh menghasilkan idea yang luar biasa tidak mengira pangkat dan jawatan. Malah, pengalaman seseorang secara tidak langsung menjadikan ia sebahagian kepada penjanaan idea yang kreatif dan inovatif. Dalam hal ini, kakitangan perlu mempunyai keyakinan dalam mengutarakan pendapat dan cadangan. Memetik kata-kata Erich Fromm, seorang Ahli Psikologi kelahiran Jerman, “ creativity requires the courage to let go of certainties ” yang memberi gambaran bahawa kreativiti memerlukan keberanian untuk menjadikan ia suatu kenyataan. Hal ini menguatkan lagi pendapat yang menyokong bahawa nilai keberanian memberi pengaruh yang sangat besar dalam menjadikan seseorang individu itu lebih kreatif dan inovatif.

lebih bersikap dan berfikiran proaktif, berwawasan dan komited untuk memajukan diri sendiri dan organisasi. Apabila pembudayaan kerja cemerlang diterapkan dalam sesebuah organisasi, ia memaksa kakitangan untuk sama-sama terlibat dalam “ critical thinking process ” yang secara khususnya memberi mereka peluang dan ruang untuk menyertai proses membuat keputusan terutamanya perkara-perkara yang membabitkan kepentingan dan tugas- tugas harian mereka. Hal ini mampu mewujudkan kesedaran kualiti kepada mereka dalam memahami matlamat pengurusan kualiti dan sekali gus mampu mengelakkan kekeliruan apabila membuat sebarang tindakan dan keputusan. Justeru, “ mindset ” kakitangan yang bersedia ke arah perubahan perlu dipupuk agar mereka mampu untuk menyesuaikan diri kepada perubahan. Dalam hal ini, majikan boleh mengambil beberapa langkah bagi memastikan kakitangan sentiasa berintegriti dan berdisiplin dalam melaksanakan tugasan. Antara langkah yang boleh diambil adalah seperti menahan kenaikan gaji, bonus dan pangkat serta membuat penolakan gaji bagi kakitangan yang berprestasi buruk. Di samping itu juga, majikan boleh mewujudkan program khidmat masyarakat khusus untuk kakitangan yang bermasalah sebagai hukuman atas kesalahan mereka. Melalui hukuman tersebut secara tidak langsung menunjukkan bahawa majikan mengambil serius masalah yang berlaku dalam kalangan kakitangan organisasi tersebut. Ini bukan sahaja dapat memberi pengajaran kepada mereka, bahkan secara tidak langsung dapat menjadikan mereka lebih berhati- hati pada masa hadapan. Justeru, pembudayaan kerja cemerlang kepada kakitangan amat penting dalam kejayaan sesebuah organisasi kerana imej dan kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada kakitangannya yang cemerlang dari pelbagai aspek.

Integriti kebiasaannya dikaitkan dengan etika seseorang dalam menjalankan tugasannya. Sejak akhir-akhir ini, banyak isu yang timbul yang melibatkan kakitangan dalam sesebuah organisasi terutamanya dalam kes seperti rasuah, pecah amanah, penyelewengan, penyalah- gunaan kuasa dan aktiviti yang boleh menjejaskan kredibiliti dan prestasi kerja seseorang dan organisasi demi mencapai kepentingan peribadi tanpa memikirkan akibatnya. Ironinya, unit khas integriti ditubuhkan dalam semua agensi awam bagi memastikan pembendungan terhadap kes-kes sebegini. Berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2017, Malaysia mencatatkan kedudukan ke-62 daripada 180 buah negara di dunia ini yang mengamalkan kes rasuah tertinggi termasuklah tinjauan yang dibuat terhadap orang awam. Ini jelas menunjukkan bahawa prestasi negara berada dalam kedudukan yang membimbangkan sekali gus menyumbang kepada gaya hidup yang boleh merencatkan prestasi individu dan organisasi. Hal ini tidak sepatutnya dipandang enteng oleh majikan dalam memastikan pembudayaan kerja cemerlang dapat dilaksanakan tanpa sebarang halangan. Maka, untuk menjadi individu yang tinggi akhlaknya dan mengamalkan cara hidup dan kerja yang berintegriti, majikan perlu menunjukkan contoh yang baik kepada setiap kakitangannya. Kepimpinan melalui teladan merupakan aspek paling penting dalam menerapkan integriti yang tinggi dalam kalangan kakitangan. Kepercayaan dan penghormatan akan dicapai sekiranya majikan menunjukkan keperibadian yang boleh dijadikan contoh kepada kakitangan. iv. Kerjasama dalam satu pasukan Secara asasnya, bekerja dalam satu pasukan memberi takrifan yang berbeza berbanding bekerja dalam satu kumpulan. Kerjasama dalam satu pasukan melibatkan gabungan idea, usaha, pengetahuan dan kemahiran daripada setiap orang dalam usaha menghasilkan output yang segar dan berkualiti. Apabila melibatkan kerjasama dalam satu pasukan, setiap orang perlu berganding bahu bagi memastikan matlamat pasukan tercapai. Tiada istilah menyalahkan anggota lain sekiranya output yang dihasilkan gagal menepati kriteria yang telah ditetapkan. Bahkan, ia dapat menambah baik kualiti kerja pasukan tersebut melalui hasil perbincangan dan proses post mortem . Manakala bekerja dalam satu kumpulan bermaksud setiap individu di dalam kumpulan tersebut memberi penumpuan khusus kepada tugasan masing-masing seperti yang telah diarahkan tetapi bekerja secara beramai-ramai. Malah, proses membuat keputusan atau tindakan hanya melibatkan seorang ketua yang dilantik. Secara ringkasnya, bekerja dalam satu pasukan adalah lebih baik

Komunikasi boleh berlaku melalui pelbagai saluran atau medium. Dalam konteks majikan dan kakitangan pada hari ini, ia bukan sahaja melibatkan komunikasi dua hala secara bersemuka, tetapi ia boleh wujud menerusi sistem penyampaian maklumat seperti ICT dan media sosial. Kewujudan pelbagai jenis aplikasi media sosial yang tumbuh bak cendawan secara tidak langsung memudahkan lagi komunikasi antara kakitangan dengan majikan, kakitangan dengan kakitangan, serta kakitangan dengan pelanggan. Antara salah satu aplikasi yang agak tinggi penggunaannya di Malaysia adalah Whatsapp yang berfungsi sebagai medium paling pantas dalam menyebar dan menerima maklumat. Pelbagai informasi seperti gambar, lokasi dan sebagainya dapat dikongsi menerusi aplikasi Whatsapp . Bahkan, ia juga menjadi pilihan utama organisasi serta agensi kerajaan dan swasta dalam berhubung kerana selain efisien, ia juga boleh melibatkan komunikasi dalam kumpulan yang besar. Ini memudahkan lagi penyampaian maklumat secara terus kepada penerima tanpa perlu melalui beberapa tapisan.

2. Prasarana

Prasarana yang lengkap dan moden menjadi impian semua kakitangan dalam setiap organisasi. Dalam erti kata lain, kemudahan yang disediakan oleh majikan kepada kakitangan mempengaruhi kualiti kerja seseorang individu. Ini termasuklah penambahbaikan kemudahan yang sedia ada kepada yang lebih canggih mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh, menaiktarafkan kemudahan ICT versi terbaharu dan terkini dengan sistem yang lebih canggih dapat mentransformasikan corak kerja seseorang daripada cara manual kepada moden. Hal ini bukan sahaja dapat mempercepat proses kerja seseorang, malah turut menjadikan ia lebih efisien tanpa melibatkan jumlah kakitangan yang ramai. Selain itu juga, kemudahan sosial perlu dititikberatkan majikan kepada kakitangan dalam usaha membentuk rohani dan jasmani kakitangan yang sihat. Hal ini secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada peningkatan kualiti kerja seseorang individu. Untuk melatih kakitangan yang aktif dan sihat, aspek fizikal dan mental perlu diberi perhatian agar minda yang cergas dapat diwujudkan kepada setiap kakitangan. dapat disimpulkan bahawa pembudayaan kerja cemerlang dapat melakar prestasi yang gemilang terhadap pembangunan sesebuah organisasi. Pembudayaan kerja cemerlang Penutup Sebagai konklusinya, secara tuntasnya dapat menzahirkan hasil kerja yang berkualiti dalam memenuhi keperluan, kepuasan dan jangkaan pelanggan secara tidak langsung. Bahkan, kakitangan akan

RUJUKAN

Institut Aminuddin Baki. (2020). Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan. Institut Aminuddin Baki. Siti Fatimah Abdul Ghani. (2019). Budaya Kerja Cemerlang. Slideshare. https://www.slideshare.net/ sitifatimahabdulghani/budaya-kerja- cemerlang-142070479 Universiti Putra Malaysia. (n.d). Budaya Etika Dan Integriti Membentuk Budaya Kerja Cemerlang. https://upm.edu.my/ berita/budaya_etika_dan_integriti_ membentuk_budaya_kerja_ cemerlang-20715?L=en Wan Anor Wan Sulaiman. (2014). Budaya Kerja Cemerlang. Research gate. https://www.researchgate.net/ publication/309006794_Budaya_ Kerja_Cemerlang

Komponen Pembentukan Cemerlang

Utama

dalam Kerja

Budaya

Pada hari ini, konsep budaya kerja cemerlang banyak diguna pakai dalam mana-mana organisasi atau agensi untuk memastikan setiap kakitangan mempunyai akhlak yang tinggi dalam menjalankan tugasannya. Berikut adalah antara komponen utama dalam membentuk budaya kerja cemerlang.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease