ANGKASA 16
APRIL 2023
Projek Tanaman Melon ANGKASA Jangka Tuai 42 Ribu Biji Menjelang September
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI MOHD ZAKUAN AZMI
ANGKASA sedang dalam proses menguruskan keseluruhan enam buah rumah hijau (green house) bagi tanaman melon dengan sasaran keseluruhan tuaian sebanyak 42 ribu biji menjelang September 2023. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, projek tanaman melon tersebut yang bermula Februari tahun lalu kini sedang dijalankan di bawah kendalian Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA di mana Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad dilantik sebagai konsultan projek. Menurut beliau, projek tanaman melon dijalankan secara inkubator berasaskan pengurusan ladang digital dengan menggunakan teknologi Smart Tani. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata demikian kepada media PELANCAR sewaktu mengadakan lawatan ke pusat fertigasi rumah hijau tanaman melon ANGKASA pada 6 Mac 2023 bertempat di Ara Kuda, Seberang Perai, Pulau Pinang. Terdapat empat jenis melon ditanam di tapak projek tersebut, iaitu Hokaido Melon, Golden Melon, Hami Melon dan Permai 5. Projek seluas enam ekar itu juga menggunakan sistem fertigasi rumah hijau ( green house ) dan pengurusannya bakal diagihkan kepada 15 koperasi yang telah dikenal pasti. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Pengerusi ANGKASA Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman, Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim, Pengurus Kanan Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA, Encik Muhammad Zuhid Jamaludin dan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Sahabat Terengganu Berhad, Encik Nazrul Azlan Bachtiar.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah sewaktu mengadakan lawatan ke Tapak Fertigasi Tanaman Melon.
Bergambar di salah sebuah ' green house' tanaman melon ANGKASA.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease