ANGKASA 17
APRIL 2023
Projek Pertanian Pintar KOKITA Tuai Hasil Sulung
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah di tapak projek tanaman sawi milik KOKITA.
Proses semburan racun dijalankan secara automatik setiap hari.
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Projek Tanaman Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan berkonsepkan pertanian bandar atau urban farming . Menurut beliau, projek tersebut menerapkan elemen teknologi yang dipraktikkan dalam sistem fertigasi dan hidroponik dengan menggunakan IOT ( internet of things ), akses data tanpa had di mana- mana sahaja. "Ini adalah Projek Pembangunan Pertanian Pintar Bersepadu di mana konsep pertanian secara fertigasi dan hidroponik akan digabungkan dengan elemen- elemen teknologi maklumat dalam pengurusan dan operasi tapak pertanian. Kaedah penanaman fertigasi adalah kaedah yang sistematik dan penglibatan pengetahuan teknikal yang tinggi melalui pengurusan tanaman secara
automasi selain kawalan dan pemantauan," ujar beliau. Beliau juga turut menyaksikan aktiviti tuaian dan jualan sayur sawi kepada warga kerja ANGKASA dengan harga RM4 sekilogram. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Anggota Lembaga KOKITA, Encik Mohd Zamri Yusop. Selepas sawi, KOKITA merancang untuk mengubah jenis tanaman kepada sayur kailan dan salad. Tanaman tersebut dijangka boleh dituai dan dijual dalam masa enam minggu setelah ditanam. Cili hijau pula dijangka akan dituai dan dijual pada setiap masa setelah hasil matang.
Projek tanaman sawi dan cili fertigasi milik Koperasi Kakitangan ANGKASA (KOKITA) telah berjaya mengeluarkan hasil sulungnya dan dijual kepada warga kerja ANGKASA. Tanaman sawi dan cili yang terletak di Aras 2, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya itu merupakan inisiatif di bawah Projek Pembangunan dan Latihan Pertanian Pintar KOKITA, manakala syarikat Pewaris Bumi Hijau (M) Sdn Bhd bertindak sebagai konsultan. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata demikian sewaktu mengadakan lawatan ke pusat tersebut pada 1 Mac 2022. Program tersebut juga merupakan gerak kerja
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease