WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2023

KOPERASI 18 ANGKASA

FEBRUARI 2023 APRIL 2023

MyANGKASA Villa Sedia Pakej Banglo Bawah RM100 Ribu

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

Satu inisiatif telah diambil oleh ANGKASA melalui anak syarikatnya MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. (MBSB) menerusi projek reka bentuk dan pembinaan rumah banglo setingkat di atas tanah sendiri yang dinamakan sebagai MyANGKASA Villa. Menariknya, projek MyANGKASA Villa didatangkan dalam dua reka bentuk yang boleh dipilih mengikut cita rasa pembeli dengan harga mampu milik di bawah RM100,000. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, pembelian MyANGKASA Villa terbahagi kepada tiga kaedah, iaitu sama ada secara tunai, pengeluaran KWSP atau pembiayaan peribadi. "Projek MyANGKASA Villa ini juga merupakan salah satu penzahiran komitmen ANGKASA dalam menyediakan sekurang-kurangnya 100 ribu unit rumah di seluruh negara," ujar beliau. ANGKASA juga katanya turut memahami kerisauan yang dihadapi oleh anggota koperasi dalam pembinaan rumah sendiri bersama kontraktor luar terutamanya dalam aspek jaminan penyiapan rumah. Projek di bawah MyANGKASA Villa mampu ini disiapkan dalam tempoh satu bulan sahaja dengan menggunakan teknologi IBS dan rumah siap dibina bersama Sijil Penyiapan berserta jaminan tambahan selama lima tahun daripada MBSB (tertakluk terma dan syarat). Selain itu, subsidi berjumlah RM5,000 akan diberikan kepada anggota koperasi dan tambahan subsidi RM5,000 lagi berserta kelengkapan rumah bagi anggota yang membuat pembelian secara tunai. Beliau berkata demikian dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBSB dengan Koperasi Rekreasi Veteran Malaysia Berhad pada 3 Mac 2023 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya. Menerusi kerjasama tersebut, Koperasi Rekreasi Veteran Malaysia Berhad akan menawarkan tanah seluas 16 ekar miliknya di beberapa kawasan dalam negeri Kedah untuk projek tersebut termasuk menguruskan aspek pemilikan kepada anggota koperasi. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, barisan Anggota Lembaga Koperasi Veteran Malaysia Berhad yang diketuai Pengerusinya, Encik Rashidi Ani, Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Dato' Sr. Dr. Haji Kamarul Rashdan Haji Salleh dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.

MoU ditandatangani antara Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dengan Encik Rashidi Ani. Hadir sama ialah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah.

MyVilla1 (Jenis B)

Saiz : 850 kaki persegi Harga : RM93,000 (anggota koperasi) RM98,000 (bukan anggota koperasi)

MyVilla1 (Jenis C)

Saiz : 850 kaki persegi Harga : RM93,000 (anggota koperasi) RM98,000 (bukan anggota koperasi)

MyVilla2

Untuk keterangan lanjut: MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. Suite C202 Blok C, Glomac Business Centre Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301, Petaling Jaya, Selangor Sila hubungi: Norizan Abdul Talib 017-9840080 mbsb.angkasavilla@gmail.com

Saiz : 1,000 kaki persegi Harga : RM113,000 (anggota koperasi) RM118,000 (bukan anggota koperasi)

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease