3
Mesyuarat Agung Negeri (MAN) ANGKASA 2023
Penganjuran Mesyuarat Agung Negeri Secara Hibrid Terus Lakar Kejayaan Cemerlang
ANGKASA menyokong kerangka dasar membangunkan negara madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
mesyuarat tersebut berjalan lancar dan lebih teratur dengan beberapa penambahbaikan daripada aspek teknikal khususnya berkaitan pengurusan teknologi maklumat. Seramai 150 petugas ANGKASA Pusat dan ANGKASA Negeri terlibat bagi memastikan kelancaran MAN 2023. Mereka terdiri daripada pasukan teknikal berkaitan teknologi maklumat
Mesyuarat Agung Negeri (MAN 2023) meneruskan pelaksanaannya buat kali ketiga di 16 lokasi berasingan bermula 1 Mac hingga 1 April 2023. Mesyuarat yang diadakan dalam sesi hibrid bertempat di Pusat Siaran Tingkat 2, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya menyaksikan kesemua 16
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan pada MAN 2023.
Barisan kepimpinan ANGKASA mengikuti mesyuarat secara hibrid di Bilik Siaran, Tingkat 2, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya.
Dari Meja Presiden
sebab atau punca yang membawa kepada kesukaran dalam menjayakan aktiviti perniagaan koperasi. Pendekatan tersebut penting supaya mereka (pemimpin koperasi) dapat bersedia lebih awal dan mengenalpasti kelemahan atau kekurangan sekali gus menjadikan perjalanan perniagaan lebih dinamik dan mesra pelanggan. Kita berharap agar hasil kajian pemasaran dapat membantu pemimpin koperasi untuk menilai semula dan memperbaiki mana-mana kelemahan yang mempengaruhi aktiviti perniagaan koperasi.
Koperasi perlu sentiasa memastikan perniagaannya dapat diurus secara berkesan dan mencapai matlamat yang digariskan. Namun, faktor berjaya atau gagalnya sesebuah perniagaan sebenarnya mempunyai hubung kait dengan masalah ekosistem koperasi itu sendiri. Permasalahan tersebut lazimnya dikaitkan dengan masalah kelemahan tadbir urus kepimpinan, modal pelaburan yang tidak mencukupi, tidak mendapat sokongan anggota koperasi dan produk atau perkhidmatan yang mungkin tidak diterima oleh pasaran. Justeru, permasalahan tersebut perlu diteliti dengan segera secara mendalam melibatkan kajian pemasaran bagi mengenal pasti mana-mana kelemahan yang mungkin menjadi antara
Pada masa yang sama, kajian itu juga diharap dapat menjadi sumber rujukan dan panduan terbaik kepada kerajaan serta agensi di bawahnya untuk mengenal pasti, memperbaiki dan menambah nilai tadbir urus sesuatu perniagaan dalam acuan yang baharu demi mencapai matlamat yang disasarkan di samping menjamin masa depan gerakan koperasi.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease