5
Mesyuarat Agung Negeri (MAN) ANGKASA 2023
Jawatankuasa Audit Dalaman Bertanggungjawab Pastikan Kelancaran MAN
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Peranan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA semasa Mesyuarat Agung Negeri (MAN) adalah signifikan, penting dan relevan untuk memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat dari mula sehingga akhir dengan mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Menurut Pengerusi JAD, Haji Zaharuddin Alias, penglibatan
Setiausaha Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Encik Zaini Sa’ad (tengah) ketika memantau proses pengundian pada Mesyuarat Agung Negeri (MAN) Terengganu sambil dibantu oleh wakil Juruaudit Luar (JAL) dan beberapa pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA.
jawatankuasa tersebut yang terdiri daripada lima individu berpengalaman dalam melaksanakan tugasan
Pengerusi JAD, Haji Zaharuddin Alias.
pengauditan memberikan keyakinan kepada perwakilan bahawa mesyuarat dikendalikan secara sistematik, telus dan berintegriti. Ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu yang cuba dibawa oleh JAD dalam MAN pada tahun 2023, beliau menjelaskan jawatankuasa itu telah menyarankan beberapa perkara yang perlu ditambah baik khususnya dari segi masa pengundian. “Kami menyarankan supaya tempoh masa untuk pengundian ditetapkan dan tiada penambahan masa untuk proses tersebut. Langkah itu untuk menggalakkan anggota koperasi supaya menunaikan tanggungjawab mereka sebagai perwakilan, iaitu dengan mengundi lebih awal dan bukan pada saat akhir,” katanya. Tambah Haji Zaharuddin, pola pergerakan pengundian untuk MAN menunjukkan masih ada perwakilan mengundi pada saat akhir
yang menyebabkan perlunya penambahan masa. Walau bagaimanapun, JAD turut mengambil cakna terhadap maklum balas daripada perwakilan yang memaklumkan bahawa masalah capaian internet lemah menyebabkan mereka lewat mengundi. Tanggungjawab JAD yang juga merangkumi aspek pemantauan proses pengundian serta mengira dan mengesahkan keputusan undian turut dibantu oleh Juruaudit Luar (JAL) untuk ketelusan yang lebih baik. “Saya melihat oleh kerana JAL adalah sebuah badan yang bebas, maka mereka tidak mempunyai kepentingan dalaman yang mungkin memberi kesan kepada proses pengundian,” ujar beliau. Skop tugas JAL adalah mengira undi untuk jawatan yang dipertandingkan, menyedia dan mengesahkan laporan kiraan undian serta menyerahkan keputusan pengundian setelah ditandatangani oleh wakil JAD
kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesahihan Wakil dan Calon untuk diumumkan. “Tanggungjawab perwakilan dalam MAN bukan sekadar mengundi sahaja, malah mereka hendaklah menggunakan mesyuarat itu dengan sebaik mungkin memberikan cadangan penambahbaikan. Yang penting, cadangan tersebut bernas dan ada justifikasi serta boleh membawa kebaikan kepada ANGKASA dan koperasi mereka sebagai anggota ANGKASA,” kata beliau. Haji Zaharuddin turut menitipkan pesanan kepada anggota koperasi untuk melibatkan diri secara aktif dalam mesyuarat dengan mengambil peluang menyuarakan pandangan mereka dan memberikan teguran yang berhemah kepada kepimpinan koperasi.
Meja Bantuan : Bantu Kelancaran Mesyuarat
Encik Hasnan Haji Mustapha memantau perjalanan MAN 2023.
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat, Haji Anuar Bulin bersama sebahagian petugas di bilik operasi Meja Bantuan.
Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ
selain melayani kehendak perwakilan dengan sistem semakan yang lebih tersusun, cekap serta mesra. “Tahun ini tiada simulasi dibuat dalam sistem e-pengundian kerana 70 peratus daripada perwakilan merupakan anggota koperasi yang sama, menghadiri MAN pada tahun sebelumnya serta bertambah mahir dengan sistem yang digunakan. Perwakilan telah mendaftar secara dalam talian, sehari sebelum MAN atau MAPA berlangsung melalui pautan yang diberikan dari 8 pagi hingga 3 petang,” ujar beliau.
Masa kemuncak petugas adalah semasa e-pengundian untuk pemilihan calon. Pada waktu tersebut, penggunaan gajet, komputer mahupun internet berada dalam kapasiti maksimum. Sejumlah 90 peratus daripada perwakilan yang mendaftar telah mengundi untuk setiap mesyuarat tersebut secara hampir serentak. Beliau berharap sistem yang diguna pakai dalam e-MAN dapat dimanfaatkan di peringkat kebangsaan mahupun luar negara kelak.
Petugas Meja Bantuan atau Helpdesk adalah antara pasukan barisan hadapan yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran perjalanan Mesyuarat Agung Negeri (MAN 2023). Menurut Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Mustapha, sejak tiga tahun lalu, MAN dijalankan secara dalam talian dan masih dipraktikkan pada tahun 2023. Setiap petugas mempunyai peranan masing-masing dan semakin mahir dalam menjawab pertanyaan para perwakilan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease