SEPTEMBER 2023 JILID: WP05 /9
ANGKASACoop
www.angkasa.coop
KDN PP19744/02/2023 (035373)
ANGKASA Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan Setelah 24 Tahun
Kredit gambar:- Jabatan Penerangan Malaysia
Oleh RAHMAT MOHD DID
Setelah kali terakhir menyertai perbarisan Hari Kebangsaan pada tahun 1999, ANGKASA kembali terlibat pada tahun 2023 bagi menyemarakkan lagi sambutan hari yang penuh bersejarah itu. Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, beliau amat berbangga dengan komitmen dan persembahan yang ditunjukkan oleh warga kerja ANGKASA dan koperasi sewaktu menyertai perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2023. “Penyertaan ANGKASA sebagai badan apeks mewakili gerakan koperasi dalam perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2023, merupakan salah satu agenda untuk mempamerkan jati diri, identiti, kekuatan dan semangat patriotisme koperasi khususnya ANGKASA dalam membantu usaha kerajaan meningkatkan
Kali terakhir kontinjen ANGKASA menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan pada tahun 1999.
BERSAMBUNG DI MUKA 2
2 KOPERASI
SEPTEMBER 2023
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (sembilan dari kiri), Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (lapan dari kiri) dan Ketua Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh (lapan dari kanan) bergambar bersama sekretariat perbarisan ANGKASA dan kakitangan yang bertugas di gerai pameran ANGKASA sewaktu Hari Perbarisan Kebangsaan 2023 di Putrajaya.
DARI MUKA 1
kesejahteraan sosioekonomi masyarakat, bersesuaian dengan tema tahun 2023 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.' "Kita pasti akan kembali pada tahun hadapan dengan jumlah penyertaan yang lebih besar dan persembahan yang lebih menarik,” katanya sewaktu ditemui media Pelancar selepas acara. Sementara itu, Anggota Lembaga ANGKASA,DatukHajiMohamadAliHasan mengucapkan syabas kepada kontinjen ANGKASA dan turut mengharapkan pada tahun-tahun akan datang sambutan Hari Kebangsaan dapat disertai oleh semua ANGKASA Negeri dengan persediaan yang lebih awal dan rapi. Kontinjen ANGKASA telah diketuai oleh Encik Halim Haji Ibrahim selaku ketua kontinjen merangkap Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA dan Pegawai Khas Presiden ANGKASA serta dibantu oleh Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Aset dan Hartanah ANGKASA, Ir. Ts. Mohd Ramli Parman sebagai komander perbarisan. Seramai 115 orang kontinjen ANGKASA terdiri daripada 91 orang warga ANGKASA
dan subsidiarinya, lapan orang kakitangan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan 16 anggota koperasi daripada enam koperasi menyertai perbarisan tersebut. Sambutan tahun 2023 menyaksikan pembabitan 17,262 orang peserta dalam acara perbarisan dan perarakan melibatkan 67 kontinjen serta turut dipertontonkan 534 aset kenderaan taktikal pelbagai guna dan aset haiwan sebanyak 100 ekor daripada pelbagai agensi. Acara tahunan itu diserikan dengan keberangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri, Yang Amat Berhormat Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta ahli-ahli Jemaah Menteri. Hadir sama dalam majlis sambutan itu ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.
Kontinjen ANGKASA
Jumlah Peserta
Bil.
Organisasi
75
1.
ANGKASA (ibu pejabat)
Subsidiari ANGKASA:-
2
MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd.
9
2.
MyANGKASA Amanah Sdn. Bhd.
4
MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd.
1
ANGKASA Research & Certification Sdn. Bhd.
8
3.
Institut Koperasi Malaysia (IKMa)
Koperasi:-
1
Koperasi Industri Asas Tani Berhad
1
Koperasi Warga Nafas Selangor Berhad
1
4.
Koperasi Kakitangan ANGKASA Berhad
1
Koperasi New Straits Times Press (M) Berhad
7
Koperasi Sukarelawan Rakyat Selangor Berhad
3
Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad
2
Koperasi Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Berhad
115
JUMLAH
Sidang Pengarang
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd. Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA (Menjalankan Fungsi Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik)
Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya
• Halim Haji Ibrahim Pegawai Media Sosial (Menanggung Tugas Pengurus) • Nadiah Kamarudin Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
Selangor Darul Ehsan. Seksyen PELANCAR
Muat Turun Aplikasi
Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Perhubungan Strategik E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh
Mudah Alih PELANCAR PERCUMA
WELCOME2PRINT SDN. BHD. (1141557V) (Wakil Koperasi Pos Nasional Berhad) No. 40, Jalan PBS 14/3 Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
3 KOPERASI
SEPTEMBER 2023
ANGKASA Pulau Pinang Sertai Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri
Kontinjen ANGKASA Negeri Pulau Pinang bergambar sebelum perarakan.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Penyertaan ANGKASA Negeri Pulau Pinang buat kali kedua dalam majlis perarakan itu adalah setelah menerima jemputan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang. Yang menariknya dalam perarakan tersebut barisan anggota kontinjen segak dan manis mengenakan pakaian seragam baju batik ANGKASA lengkap bersongkok dengan lilitan batik ANGKASA, berseluar panjang hitam dan berkasut hitam bagi lelaki serta sepasang baju kurung batik ANGKASA, bertudung biru dan berkasut hitam bagi wanita. Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang itu juga turut dimeriahkan dengan acara menaikkan bendera Jalur Gemilang, nyanyian lagu Negaraku, ikrar Rukun Negara, laungan 'Merdeka', persembahan khas Hari Kebangsaan Ke-66 serta perarakan kontinjen berjalan kaki dan kontinjen berkenderaan. Buat julung kalinya pada tahun lalu, seramai 53 peserta kontinjen ANGKASA
Negeri Pulau Pinang daripada 28 wakil koperasi negeri menyertai perarakan Hari Kebangsaan Ke-65 Peringkat Negeri Tahun 2022 bertempat di Georgetown, Pulau Pinang.
ANGKASA Negeri Pulau Pinang buat kali kedua berturut-turut telah menyertai Perarakan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang pada 31 Ogos 2023. Seramai 70 peserta yang mewakili 32 buah koperasi anggota ANGKASA negeri dipimpin oleh Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman telah menyertai perarakan tersebut yang bermula seawal jam 7 pagi dengan membawa moto kontinjen, iaitu 'ANGKASA Teras Transformasi Gerakan Koperasi Negara'. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak dan Y.A.Bhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Khadijah Mohd Nor serta diiringi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dan Y.A. Bhg. Puan Tan Lian Kee serta barisan dif kehormat.
Kontinjen ANGKASA Negeri Pulau Pinang diketuai pengerusinya, Haji Mohd Jamil Othman berarak menyertai Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang pada 31 Ogos 2023.
Dari Meja Presiden
sebagai instrumen penting kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sempena bulan kebangsaan yang pertama di bawah Kerajaan Perpaduan, ANGKASA berharap kerajaan dapat meneliti beberapa isu yang menyekat pertumbuhan gerakan koperasi antaranya adalah perundangan yang mengekang koperasi untuk menceburi aktiviti perniagaan dalam sektor tertentu. ANGKASA akan terus memperjuangkan isu ketidakseimbangan penyaluran dana dan insentif antara sektor koperasi dengan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang juga menjadi antara faktor utama koperasi tidak dapat meningkatkan pendapatan mereka.
Gerakan koperasi wujud 35 tahun sebelum Malaysia mengecapi kemerdekaan apabila koperasi pertama, iaitu Syarikat Bekerjasama- sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Pekerja-Pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad telah didaftarkan pada 21 Julai 1922. Koperasi diperkenalkan ketika itu untuk membantu menyelesaikan masalah keberhutangan dalam kalangan penjawat awam di bandar dan masalah petani di luar bandar yang ditindas oleh orang tengah di bawah sistem padi kunca. Kini, setelah 66 tahun negara menikmati kemerdekaan, peranan dan tanggungjawab koperasi meliputi pelbagai sektor dan bidang ekonomi serta mencapai segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa. Justeru, penyertaan kontinjen ANGKASA dalam perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya bukan sahaja mewakili gerakan koperasi, tetapi melambangkan kekuatan gerakan itu
Di samping itu, koperasi juga perlu melakukan beberapa perubahan seperti menerapkan digitalisasi dalam pengoperasian mereka serta mencari ruang dan peluang untuk terlibat dalam perniagaan berimpak tinggi. Usaha tersebut untuk memastikan peranan sektor koperasi terus relevan dan diperkasakan bagi terus menjadi penyumbang signifikan kepada pembangunan ekonomi negara.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
ANGKASA 4 SEPTEMBER 2023 Yayasan Infaq ANGKASA Wakaf Bangunan Bernilai RM2.78 Juta kepada MUIS
Penyerahan replika kunci wakaf bangunan bernilai RM2.78 juta daripada Mufti Selangor merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar Haji Opir (dua dari kanan) kepada Timbalan Yang Dipertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad (depan, dua dari kiri). Turut sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif (empat dari kiri) dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan).
Oleh RAHMAT MOHD DID
Yayasan Infaq ANGKASA berbesar hati mewakafkan bangunan bernilai RM2.78 juta kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sebagai usaha merancakkan pembangunan ekonomi umat Islam dan masyarakat setempat di Tawau, Sabah. Bangunan komersil empat
tingkat yang terletak di T2@Apas tersebut telah dirasmikan oleh
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif dalam satu majlis pada 11 September 2023 sekali gus menjadi simbol kepada usaha memperkukuh pemberdayaan dan pemerkasaan potensi wakaf di negeri di bawah bayu itu. Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif ketika menyampaikan ucapan.
Lafaz Akad Wakaf dibacakan oleh Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar Haji Opir mewakili Yayasan Infaq ANGKASA dan Ustaz Malai Ali Malai Ahmad mewakili MUIS.
Menurut Datuk Dr. Haji Mohd Arifin, usaha berkenaan juga diharap menjadi inisiatif terbaik terhadap kerjasama dan keterlibatan pelbagai pihak dan pemain industri wakaf di Malaysia untuk menjadikan Sabah sebagai negeri mesra dan celik ibadah wakaf menjelang 2030. Beliau merakamkan
ucapan sekalung tahniah kepada ANGKASA menerusi Yayasan Infaq ANGKASA yang menyokong inisiatif tersebut dan memanifestasikan hasrat pembangunan hartanah wakaf di negeri Sabah. "Dengan termeterainya usaha sama pembelian bangunan komersil yang diwakafkan oleh Yayasan Infaq ANGKASA kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika menyampaikan ucapan.
Program Bicara Wakaf turut berlangsung.
ANGKASA 5
SEPTEMBER 2023
MUIS dengan nilai RM2,783,551 ini, secara tidak langsung membuktikan sokongan terhadap perkembangan aktiviti perniagaan dan ekonomi masyarakat setempat. Selain itu, manfaat hasil sewaan yang akan diterima kelak dapat diagihkan semula kepada pemunya hak manfaat wakaf atau dikenali sebagai Mauquf Alaih seperti masjid, sekolah, tanah perkuburan dan sebagainya," katanya. Beliau juga berharap industri wakaf dapat diperkukuh mengikut acuan semasa berlandaskan hukum syarak untuk dinikmati oleh
"Yayasan Infaq ANGKASA sentiasa proaktif mengambil peluang dalam memajukan pembangunan aset wakaf sehingga mendapat pengiktirafan sebagai Pentadbir Aset Wakaf oleh MUIS dan beberapa Majlis Agama Islam Negeri lain dalam menggerakkan amalan berwakaf," ujarnya. Sejak ditubuhkan pada 9 Julai 2021, Yayasan Infaq ANGKASA telah berjaya menyalurkan dana wakaf hampir RM13 juta untuk pembangunan ekonomi rakyat dalam pelbagai sektor pembangunan ekonomi di Malaysia.
Turut berlangsung adalah Program Bicara Wakaf yang menampilkan Mufti Selangor merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar Haji Opir dan Timbalan Yang Dipertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad sebagai panel serta Ustaz Abdul Malikh Abdul Rahman sebagai moderator. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung, Datuk Hamild @ Hamid Haji Awang, Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Tuan Ramlan Awang Ali dan Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul.
semua lapisan masyarakat sekali gus menjadi wadah pemangkin kepada pembangunan sosial dan ekonomi ummah. Terdahulu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, sumbangan tersebut adalah bukti komitmen ANGKASA melalui Yayasan Infaq ANGKASA sebagai perintis wakaf koperasi dalam memberi nilai tambah kepada pelaksanaan Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN).
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menerangkan sesuatu kepada Datuk Dr. Haji Mohd Arifin.
Bangunan Wakaf YIA - MUIS yang terletak di T2 @ Apas, Tawau, Sabah.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama warga kerja MUIS. Turut kelihatan ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul (lima dari kanan).
Yayasan Infaq ANGKASA Sumbang Kedai Runcit kepada Koperasi Kariah Masjid di Tawau
Oleh RAHMAT MOHD DID
Yayasan Infaq ANGKASA secara rasminya telah menyumbangkan kedai runcit ‘coopMART’ bernilai RM30,000 kepada Koperasi Kariah Masjid Hidayatul Iman Kampung Merotai Besar Tawau Berhad, Sabah. Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Mufti Selangor merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar Haji Opir dan diterima oleh Pengerusi koperasi tersebut, Haji Ahmad Bunding di premis kedai berkenaan di Tawau, Sabah pada 10 September 2023. Kedai tersebut yang mula beroperasi sejak bulan Mei 2023 sedang dalam proses dinaik taraf sebagai outlet Projek Barang Asas 100 (BA100). Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul dan Pengurus Yayasan Infaq ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.
Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar Haji Opir dan Pengerusi KKM Hidayatul Iman Kampung Merotai Besar Tawau Berhad, Haji Ahmad Bunding (tiga dari kiri) bergambar di hadapan kedai runcit 'coopMART'. Hadir sama Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul.
ANGKASA 6
SEPTEMBER 2023
Prinsip Bekerjasama dalam Koperasi Bentuk Masyarakat Sejahtera
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Prinsip bekerjasama yang menjadi asas kepada penubuhan koperasi merupakan elemen cukup penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dan berjaya. Dalam konteks tersebut, masjid sebagai sebuah platform menyatukan ummah perlu memainkan peranan sebagai satu instrumen meningkatkan ekonomi kariahnya sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan hidup mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim Haji Mokhtar menyiram pokok dokong yang ditanam sempena Program Kemasyarakatan & Usrah Bimbingan Pemantapan Asas Fardhu Ain (Bimbingan Akademi Daie Muda YADIM) Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA di Masjid Bandar Rinching, Semenyih pada 20 Ogos 2023.
dan menyatakan kesediaan ANGKASA untuk membantu organisasi itu dari segi merangsang dan membangunkan perniagaan yang bakal diusahakan. Aktiviti kemasyarakatan bermula seawal 8.00 pagi tersebut dimulakan dengan aktiviti penanaman 10 anak pokok yang terdiri daripada pokok jasmin, bunga raya dan dokong di Tanah Perkuburan Islam Masjid Qaryah Kampung Rinching Ulu. Aktiviti berkenaan dijalankan menerusi Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok yang diterajui oleh ANGKASA. Sebanyak 10 anak pokok turut ditanam di dalam kawasan Masjid Bandar Rinching Semenyih. Program diteruskan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan dan aktiviti rewang menyediakan hidangan makan tengah hari dan minum petang oleh pelajar Yayasan ANGKASA, pelatih Daie Muda YADIM serta masyarakat setempat. Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang juga merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin. Kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encik Azizul Alias yang mewakili Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah. Hadir sama dalam program ialah Nazir Masjid Bandar Rinching Semenyih, Prof. Madya Dr. Ustaz Haji Kamarudin Salleh dan Nazir Masjid Rinching Ulu, Haji Noor Rashid Abu Bakar.
Pelajar pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA menyiram pokok yang ditanam di kawasan Tanah Perkuburan Islam Masjid Qaryah Kampung Rinching Ulu.
Demikian antara inti pati ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Naim Haji Mokhtar. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kemasyarakatan & Usrah Bimbingan Pemantapan Asas Fardhu Ain (Bimbingan Akademi Daie Muda YADIM) Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2023. Program yang telah diadakan di Masjid Bandar Rinching Semenyih, Semenyih, Selangor pada 20 Ogos 2023 itu disertai seramai 80 orang pelajar bawah pembiayaan Yayasan ANGKASA dan 28 pelatih akademi Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengerusi Yayasan ANGKASA merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus. Dalam ucapan beliau juga, Dato' Setia Dr. Haji Mohd Naim telah menyarankan supaya YADIM menggerakkan usaha untuk mewujudkan koperasinya sendiri. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam ucapan beliau berkata, ANGKASA menyambut baik saranan Dato' Setia Dr. Haji Mohd Naim supaya YADIM menubuhkan koperasinya sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim Haji Mokhtar .
Pelajar saling membantu menyediakan bahan untuk memasak makanan tengah hari.
Pelajar membersihkan kawasan tanah perkuburan.
ANGKASA 7
SEPTEMBER 2023
Bentuk Sahsiah Diri Siswa Melalui Keusahawanan Koperasi
Tetamu kehormat bergambar bersama 80 pelajar pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA sesi 2023 yang telah menyertai program motivasi selama tiga hari bermula pada 17 Ogos 2023 di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation, Semenyih, Selangor.
Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ
Siswa disaran mengambil peluang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh universiti bagi menambah keyakinan diri, di samping menjadi nilai tambah kepada mereka untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian melalui sijil profesional yang diperolehi. Demikian menurut Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Haji Mohammad Khairi Haji A. Malik ketika Majlis Perasmian dan Penutupan Program Motivasi Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2023 yang berlangsung di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation pada 19 Ogos 2023. Beliau mewakili Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Katanya, program tersebut memberi peluang kepada peserta mempelajari cara berkomunikasi secara lebih berkesan, untuk menjadi pemimpin yang lebih kreatif dan berkeyakinan tinggi dalam menghadapi cabaran yang lebih besar terutama selepas tamat pengajian kelak. "Kementerian yakin, bidang keusahawanan dan perniagaan koperasi yang didedahkan oleh ANGKASA mampu membentuk nilai dan sahsiah diri serta modal insan berkoperasi dalam kalangan pelajar sejak di bangku sekolah sehingga ke pengajian tinggi. Terdahulu, Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Yayasan ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, program motivasi yang berlangsung selama empat hari tersebut diharap dapat memberi banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman bernilai kepada peserta khususnya dalam menggerakkan koperasi pada masa hadapan. Seramai 80 peserta mengikuti program yang berlangsung sejak 17 Ogos 2023 lalu dengan pelbagai pengisian seperti bengkel, ceramah berkaitan motivasi dan keusahawanan koperasi, aktiviti lasak serta aktiviti sosial berbentuk kemasyarakatan. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encik Azizul Alias yang juga wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Mohd Yusof Samsudin, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, barisan Anggota Lembaga Pengarah Yayasan ANGKASA, Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor dan Pengurus Besar Yayasan ANGKASA, Puan Haslinda Ahmad.
Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Haji Mohammad Khairi Haji A. Malik ketika menyampaikan ucapan.
Datuk Haji Mohammad Khairi menyampaikan sijil penyertaan kepada pelajar.
Pelajar membuat persembahan yang bertemakan Hari Kebangsaan Ke-66.
8
Kerjasama ANGKASA, ICA-AP dan ACO Signifikan untuk Anggota Koperasi Asia Pasifik
Peserta Persidangan Perdagangan dan Perniagaan Koperasi-ke-Koperasi (C2C) bergambar bersama tetamu kehormat.
Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
Kerjasama antara ANGKASA dengan Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) dan ASEAN Co-operative Organization (ACO) adalah signifikan dalam memperhebat impak terhadap usaha yang dijalankan dan seterusnya
menampakkan hasil untuk dirasai oleh anggota koperasi di rantau tersebut.
Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Amran Abd. Kadir.
Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav (empat dari kanan), Encik Amran dan Naib Presiden ICA-AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) bergambar bersama wakil koperasi antarabangsa. Turut kelihatan ialah Pengarah Serantau ICA- AP, Mr. Balasubramanian Iyer (tiga dari kiri).
Demikian menurut Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Amran Abd Kadir ketika merasmikan Majlis Makan Malam Gala Sempena Persidangan Perdagangan & Perniagaan Koperasi ke Koperasi (C-2-C) bertempat di Genting Highlands, Pahang pada 22 Ogos 2023. Seramai 87 peserta yang mewakili 23 koperasi dari 13 buah negara telah hadir dalam persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perdagangan & Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), ACO dan ANGKASA. Beliau juga menegaskan komitmen SKM ke arah pembangunan dan pemodenan gerakan koperasi secara berterusan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Perkara tersebut boleh dicapai melalui pelbagai usaha termasuk pertukaran teknologi, pemindahan pengetahuan dan latihan intensif secara berterusan bagi mempelbagaikan lagi aktiviti perniagaan koperasi.
Kerajaan menerusi SKM juga merasa bangga dengan peranan dimainkan oleh ANGKASA yang komited
membawa suara gerakan koperasi di peringkat global, khususnya dalam menyumbangkan idea terhadap pembangunan koperasi. Terdahulu, Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan kepada moderator dan panelis yang terlibat dalam menjayakan forum sepanjang persidangan. “Sumbangan idea, pandangan dan perspektif yang dilontarkan dan dikongsi secara bersama diharap mampu menjadi penggerak kepada pembangunan gerakan koperasi serantau,” ujarnya. Sementara itu, Naib Presiden ICA-AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya memuji pendekatan yang diambil oleh ICA-AP dalam usaha mempromosikan kepentingan mencapai Matlamat Pembangunan Lestari
oleh koperasi di rantau tersebut sebagaimana yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UN) pada tahun 2015. Beliau turut menyatakan komitmen berterusan ANGKASA dalam memastikan usaha merealisasikan matlamat tersebut sehingga 2030. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak dan Encik Azizul Alias yang juga wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.
9
Kerjasama antara Koperasi Perlu dalam Menangani Cabaran Global
Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
tumpuan pada kepentingan bekalan yang mampan dan berdaya tahan serta kurang terdedah kepada perubahan iklim serta kepentingan terlibat dalam perkongsian pelbagai pihak untuk menggalakkan pembangunan lestari dan menangani perubahan iklim. Satu sesi buzz juga diadakan untuk membincangkan persoalan “Adakah membangunkan rantaian
– Asia dan Pasifik (ICA- AP), Dr. Chandrapal Singh Yadav, Naib Presiden ICA- AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah,
Persidangan Perdagangan & Perniagaan Koperasi ke Koperasi (C-2-C) memberi fokus pada kolaborasi dan kerjasama antara koperasi
untuk pembangunan lestari dan tindakan iklim menerusi pendekatan kolaboratif dalam menangani cabaran global dengan memberi penekanan terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 13 dan 17.
Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya,
Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav.
Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak. Naib Presiden ICA-AP, merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Program tersebut menampilkan Pengarah Urusan merangkap Setiausaha National Land Finance Cooperative Society (NLFCS), Datuk B. Sahadevan yang menyampaikan ucapan dasar bertajuk “Mengimbangi Kelestarian dan Keuntungan dalam Industri Pertanian, Perhutanan dan Hartanah: Memanfaatkan Peluang Perdagangan dan Perniagaan untuk Pembangunan Lestari dan Tindakan Iklim.” Menurut beliau, pembangunan lestari dan perubahan iklim adalah dua perkara yang saling berkait rapat, justeru memerlukan perhatian serius oleh anggota koperasi di peringkat serantau mahupun di peringkat global. “Pelan hala tuju perlu dilakukan, terutamanya untuk model perniagaan di mana koperasi turut menyediakan garis panduan, perkhidmatan dan pemuliharaan alam sekitar serta membantu menyelesaikan isu pelupusan sisa. Apabila aktiviti perdagangan dan perniagaan dipandu oleh pertimbangan etika dan alam sekitar, mereka boleh bertindak sebagai pemangkin kuat untuk perubahan positif," jelasnya. Dalam persidangan tersebut turut berlangsung dua forum yang memberi
pelancongan lestari sebuah perniagaan menguntungkan?” Hadir sama dalam program tersebut ialah Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa
Pengarah Urusan merangkap Setiausaha NLFCS, Datuk B. Sahadevan ketika menyampaikan ucapan dasarnya.
Barisan panel untuk Forum 1 yang dikendalikan oleh moderator, Mr. Raul Montemayor (kanan sekali).
Sesi buzz dikendalikan oleh moderator, Encik Nurdin Abdullah (kiri sekali).
Barisan panel Forum 2 yang dikendalikan oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan) sebagai moderator.
10
Memperkasa Gerakan Koperasi di Rantau Asia Pasifik demi Kesejahteraan Sejagat
yang aktif menjalankan program pembangunan kapasiti di peringkat rantau Asia Pasifik sehingga dapat dimanfaatkan oleh koperasi ahli ICA-AP. Terdahulu, Naib Presiden ICA- AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya turut menggalakkan koperasi di rantau tersebut untuk bertindak lebih proaktif dengan melaporkan kepada kerajaan masing-masing mengenai usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh mereka untuk menjayakan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030). Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ICA-AP kerana memberi kepercayaan kepada Malaysia menjadi tuan rumah bagi program Asia Pacific Cooperative Youth Summit 4.0 di Kota Kinabalu, Sabah pada 27 hingga 30 Julai 2023.
Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP dipengerusikan oleh Dr. Chandrapal Singh Yadav selaku Presiden ICA-AP yang telah diadakan di Genting Highlands, Pahang pada 21 Ogos 2023.
Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
Demikian intipati ucapan Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP), Dr. Chandrapal Singh Yadav dalam Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP yang dijalankan secara hibrid di Genting Highlands, Pahang pada 21 Ogos 2023. antara Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 12 orang wakil koperasi dari 12
negara, iaitu India, China, Iran, Jepun, Nepal, Vietnam, Filipina, Australia, Malaysia, Pakistan, Sri Lanka dan Korea Selatan. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA Global, Dato’ Haji Kamarudin Ismail. Dr. Chandrapal turut menyatakan penghargaannya kepada ANGKASA
“Pendekatan ke arah mem– perkasakan gerakan koperasi di rantau Asia Pasifik perlu dibuat dengan mendekati masyarakat melalui aktiviti sosioekonomi untuk keharmonian manusia sejagat."
Menggalakkan Rantaian Bekalan Pertanian Lestari dalam Kalangan Koperasi
Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
Jawatankuasa
Perdagangan
dan Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP) bersama Network for the Development of Agricultural Cooperatives in Asia and the Pacific (NEDAC) akan menganjurkan satu Perniagaan seminar untuk menggalakkan rantaian bekalan pertanian yang lestari dalam kalangan koperasi di rantau Asia dan Pasifik. Program yang akan diadakan di Manila, Filipina pada 7 November 2023 itu akan menyediakan platform untuk koperasi ahli ICA-AP khususnya yang terlibat dalam sektor pertanian dan ahli NEDAC untuk berkongsi pengetahuan, bertukar pengalaman dan meneroka peluang baharu untuk menyelaraskan usaha mereka dalam menjayakan Agenda 2030. Seminar itu juga bertujuan untuk menyelaraskan usaha bagi menangani cabaran yang
Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP.
berkaitan dengan keselamatan makanan, pengurangan ke– miskinan dan kelestarian alam sekitar. Demikian yang dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam mesyuarat
jawatankuasa yang telah diadakan secara hibrid di Genting Highlands, Pahang pada 23 Ogos 2023. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 12 anggota perwakilan daripada lapan (8) buah negara, iaitu Iran, Korea, Filipina, China, India, Palestin, Sri Lanka dan Malaysia. tersebut
Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA Global, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer dan Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya.
11
ACO Perluas Pasaran Perniagaan di Negara Kepulauan Pasifik
Presiden ACO, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama pemimpin koperasi mewakili lapan badan puncak gerakan koperasi dari lapan negara anggota ACO yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ACO 2022 di Genting Highlands, Pahang pada 23 Ogos 2023.
Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
Malaysia, Indonesia, Vietnam, Singapura, Thailand, Filipina, Sri Lanka dan Myanmar. Ahli Lembaga ACO lain yang turut hadir ialah Setiausaha Agung ACO merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Bendahari ACO merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya. “Terdapat permintaan yang tinggi terhadap produk dan perkhidmatan koperasi kita di sana (negara Kepulauan Pasifik), namun disebabkan sistem orang tengah dalam aktiviti perdagangan, harga barangan menjadi lebih tinggi daripada pasaran biasa. Sehubungan itu, kita yakin eksplorasi ANGKASA dan VCBN berpotensi mencari jalan penyelesaian untuk mengawal harga barangan termasuklah mengurangkan pembabitan orang tengahdanmemastikanpenawaran produk dan perkhidmatan koperasi kekal relevan kepada anggota koperasi di seluruh rantau ASEAN,” ujar Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.
ASEAN Co-operative Organization (ACO) menyasar untuk mem– perluas pasaran produk dan perkhidmatan koperasi di rantau Asia Pasifik ke negara kepulauan Pasifik menerusi rakan sekutunya di Vanuatu, iaitu Vanuatu Cooperative Business Network (VCBN). Usaha tersebut adalah signifikan untuk memperkasakan peranan sektor koperasi sebagai penyumbang ketiga kepada pertumbuhan ekonomi di Asia Tenggara. Demikian menurut Presiden ACO merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam Mesyuarat Agung Tahunan ACO Ke-9 yang diadakan di Genting Highlands, Pahang pada 23 Ogos 2023. Mesyuarat yang berjalan secara hibrid itu melibatkan penyertaan seramai 12 anggota perwakilan daripada tujuh badan puncak gerakan koperasi dari lapan negara anggota ACO, iaitu
Sesi pertukaran dokumen MoU antara Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dengan wakil daripada Zhoa Sdn. Bhd.
Sementara itu turut diadakan satu taklimat dan pembentangan projek perniagaan daripada rakan niaga berpotensi, iaitu Quantum Metal Sdn. Bhd., Enagic (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Zhoa Sdn. Bhd. Majlis diteruskan dengan sesi
menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ACO dengan Zhoa Sdn. Bhd. Hasil daripada kerjasama tersebut Zhoa akan menawarkan latihan berasaskan rekaan dan penjenamaan kepada para koperator di negara anggota ASEAN. Fokus penjenamaan lebih kepada unsur rekaan yang berkaitan imej sesuatu perniagaan seperti logo, warna, laman sesawang, profil korporat dan perniagaan. Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP), Mr. Balasubramanian Iyer serta Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak.
Sebahagian pemimpin koperasi dan perserta yang menghadiri mesyuarat secara fizikal.
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 12
SEPTEMBER 2023
15 Koperasi Wilayah Persekutuan Perkenal Produk ke Pasaran Indonesia
berpeluang memperkenalkan produk koperasi masing-masing. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain. Selain berpeluang mempromosikan produk keluaran koperasi, wakil koperasi terpilih tersebut juga diberi taklimat mengenai peluang pemasaran yang boleh diteroka dan diusahakan di Pekan Baru. Antara wakil koperasi yang menyertai sesi pertemuan tersebut adalah daripada Koperasi Pasaraya Malaysia Berhad, Koperasi Usaha Maju Kuala Lumpur Berhad, Koperasi Ibu Tunggal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Berhad, Koperasi Bekas Perajurit ATM Berhad dan Koperasi Tahfiz Ceria Kuala Lumpur Berhad. Usaha kedua-dua pihak itu diharapkan bukan sahaja dapat meningkatkan hubungan kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi dan keusahawanan koperasi, malah turut berperanan mengukuhkan jaringan pemasaran produk dan perkhidmatan koperasi tempatan di peringkat antarabangsa.
Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah (duduk, tiga dari kanan) dan Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharudin Alias (duduk, kiri sekali) bergambar bersama wakil koperasi Wilayah Persekutuan dan Pasukan Perniagaan Pengusaha Pekanbaru, Indonesia yang diketuai oleh Tuan Rizqy Bagus Oska (dua dari kiri).
Convention Centre, Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2023. Pertemuan yang diketuai Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharudin Alias, manakala rombongan pasukan dari Indonesia yang dipimpin oleh Tuan Rizqy Bagus Oska itu turut disertai oleh 15 wakil koperasi terpilih di Wilayah Persekutuan yang
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
ANGKASA dan Koperasi Pelaburan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) telah mengadakan satu sesi pertemuan bersama Pasukan Perniagaan Pengusaha Pekanbaru, Indonesia di KOPUTRI Wilayah Persekutuan
Koperasi SMK Bandar Baru Seri Petaling Berhad Tanam 310 Pokok Program Penghijauan Malaysia
Program dengan kerjasama Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Yayasan Hijau Malaysia tersebut memberi komitmen untuk menaman sebanyak sejuta pokok menjelang tahun 2023. “Inisiatif ini dijalankan sebagai sokongan ANGKASA dan gerakan koperasi negara terhadap usaha kerajaan dalam menambah kawasan hijau untuk manfaat kehidupan manusia selain mendidik masyarakat tentang kepentingan hutan. Program ini kemudian diperluas ke peringkat koperasi sekolah di mana para guru dan pelajar bersama-sama menanam pelbagai jenis pokok berfungsi sebagai penyerap karbon dari atmosfera sekali gus membantu mengurangkan jumlah gas rumah kaca yang menyebabkan pemanasan global,” katanya. Sementara itu, Pengetua SMK Bandar Baru Seri Petaling merangkap Setiausaha ANGKASA Wilayah Persekutuan, Haji Muhammad Asri Husin dalam ucapannya sangat bersyukur dengan sokongan padu ANGKASA dalam menjayakan program itu selain sumbangan daripada beberapa penaja yang terlibat. Dalam majlis yang sama, SMK Bandar Baru Seri Petaling turut mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan ANGKASA Wilayah Persekutuan, ZCare (M) Sdn. Bhd., Co-opbank Pertama Cawangan Setapak dan Jabatan Senibina Lanskap Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sebagai penaja Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok di sekolah tersebut. Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Haji Shapie Idris, barisan anggota Jawatankuasa ANGKASA Wilayah Persekutuan, Pengarah Urusan ZCare (M) Sdn. Bhd., Puan Suhaili Mohammad, Pengurus Coop-bank Pertama Cawangan Setapak, Puan Azizah Elias dan Pemangku Ketua Jabatan Senibina Lanskap UPM, LAr. Mohd Nazri Saidon.
Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah menanam pokok sebagai tanda simbolik kepada Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok di SMK Bandar Baru Seri Petaling. Turut sama ialah Pengetua SMK Bandar Baru Seri Petaling merangkap Setiausaha ANGKASA Wilayah Persekutuan, Haji Muhammad Asri Husin (tiga dari kiri).
Oleh RAHMAT MOHD DID
Usaha tersebut yang telah dijalankan menerusi Program Penghijauan Malaysia: Prihatin Sejuta Pokok Koperasi merupakan kerjasama antara ANGKASA Wilayah Persekutuan dengan Koperasi SMK Bandar Baru Seri Petaling. Menurut Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, program itu telah dilancarkan pada tahun 2021 sempena meraikan penubuhan 50 tahun ANGKASA dan 100 tahun koperasi pada tahun 2022.
Dalam usaha memupuk kesedaran lebih mendalam terhadap masyarakat tentang pentingnya memelihara persekitaran hijau dan ekosistem hutan dalam pemuliharaan alam semula jadi, Koperasi SMK Bandar Baru Seri Petaling telah mengambil inisiatif menanam 310 batang pokok pada 25 Ogos 2023.
ANGKASA 13
SEPTEMBER 2023
ANGKASA Negeri Sembilan Anjur Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA Kali Pertama
Peserta Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA bergambar bersama tetamu kehormat di Seremban International Golf Club (SIGC), Negeri Sembilan pada 10 September 2023.
Dari kiri, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Bendahari Koperasi Guru Melayu Negeri Sembilan Berhad, Haji Jamali Salam.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah melakukan pukulan ‘Tee Off’ .
Ke Bawah Kaus, YTM Undang Luak Jelebu, Negeri Sembilan, Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' Haji Maarof Haji Mat Rashad menyampaikan Piala kejohanan kepada pemenang.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
ANGKASA komited menjadikan sukan golf sebagai sukan pelancongan koperasi untuk diketengahkan melalui penganjuran secara lebih meluas ke peringkat antarabangsa. Usaha tersebut diharap boleh menarik minat penglibatan anggota koperasi untuk memajukan sukan golf sekali gus berjaya mempromosikan agropelancongan dan ekopelancongan negara di persada global. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, gerakan koperasi di negara ini wajar mengambil peluang menjadikan sukan golf sebagai sukan koperasi kerana permainan tersebut kini mendapat tempat di hati semua lapisan masyarakat tidak mengira umur dan jantina. "Jika dahulu, sukan golf adalah sukan berprestij yang dimonopoli oleh golongan elit dan diraja, tetapi kini, sukan ini telah berkembang maju dan terbuka kepada orang ramai. Justeru, usaha memperkasakan sukan golf sebagai sukan pelancongan koperasi wajar diiktiraf dan diketengahkan ke peringkat antarabangsa terutama kepada koperasi negara ASEAN," ujarnya. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) berkata demikian kepada wakil PELANCAR ketika hadir meraikan peserta dalam Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA kali pertama anjuran ANGKASA
Negeri Sembilan bertempat di Seremban International Golf Club (SIGC), Negeri Sembilan pada 10 September 2023. Penganjuran kejohanan tersebut oleh ANGKASA Negeri Sembilan telah berjaya menarik minat penyertaan seramai 120 orang peserta daripada pelbagai pihak termasuk wakil daripada agensi kerajaan dan korporat, anggota koperasi dan individu berpengaruh. Yang menariknya, program itu turut menyaksikan sokongan dan penyertaan barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diketuai oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah dan barisan anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Sembilan, ahli Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Dato' Haji Shaharudin Mohd Sa'ad, Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (kanan) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada peserta.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (tiga dari kanan) bergambar bersama peserta kejohanan.
Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim serta barisan pengurusan kanan ANGKASA yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh. Pada program tersebut, ANGKASA Negeri Sembilan amat berbesar hati menerima kehadiran dan penyertaan bersama Ke Bawah Kaus, YTM Undang Luak Jelebu, Negeri Sembilan, Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' Haji Maarof Haji Mat Rashad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Zaidi Johari. Hadir sama dalam program itu ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Sembilan, Tuan Shahrizan Rosli dan Pegawai Daerah Seremban, Negeri Sembilan, Tuan Mohd Nizam Tajul Arus.
ANGKASA 14
SEPTEMBER 2023
Derma Darah sebagai Simbolik Semangat Patriotik
Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ
Seramai 75 warga ANGKASA menzahirkan semangat patriotik meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 dan Hari Malaysia 2023 dengan tampil berjaya menderma darah bertempat di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 11 September 2023. Program anjuran Bahagian Komunikasi Korporat, Kumpulan Perhubungan Strategik ANGKASA tersebut berjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya menerusi program Kempen Derma Darah dan Ikrar Derma Organ atas dasar kebersamaan dan saling membantu antara satu sama lain. Seramai sembilan orang berikrar menyatakan kesudian menderma organ. Warga ANGKASA juga berpeluang untuk menjalankan saringan kesihatan dengan harga pakej menerusi Coop Farmasi. Selain itu, sambutan turut dimeriahkan dengan Kempen 3S (Susun, Sisih & Sedekah), Cabaran 10,000 Langkah serta Pertandingan Pakaian Beragam bagi Kategori Dewasa dan Kanak-Kanak. Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang mewakili Presiden ANGKASA juga berkesempatan melakukan kunjungan untuk melihat pelbagai aktiviti yang diadakan bagi meraikan sambutan berkenaan. Menurut beliau, mereka yang menderma darah merupakan insan yang mulia dan terpilih kerana baktinya itu memberi makna yang sangat besar, lebih-lebih lagi ramai pesakit di luar sana memerlukan bekalan darah.
Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (dua dari kanan) beramah mesra dengan kakitangan ANGKASA yang menderma darah. Turut sama ialah Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Kumpulan Perhubungan Strategik, Encik Halim Haji Ibrahim.
Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman (belakang, tengah) bergambar dengan peserta Pertandingan Pakaian Beragam. Turut sama ialah Puan Rihatun Abddah (dua dari kanan), Datuk Haji Md. Yusof (tiga dari kanan), Datuk Haji Abdullah (tiga dari kiri) dan Datuk Ahmad Jamil (dua dari kiri).
“Menderma darah adalah cara untuk menzahirkan semangat patriotik rakyat kepada negara dan kita diseru untuk menderma darah supaya lebih banyak nyawa dapat diselamatkan. Begitu juga dengan menderma organ yang
Hadir sama dalam program tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kewangan), Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.
Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman menyampaikan hadiah kepada pemenang Pakaian Beragam, adik Amani Husna Norzamrizal.
merupakan amalan mulia di sisi agama
dan masyarakat kerana dapat memberi harapan dan sinar baharu kepada mereka yang mahu meneruskan kehidupan," ujarnya.
Kakitangan Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti, saudara Muhamad Faizal Rahim Abdullah memperagakan pakaian tradisional Suku Kaum Kelabit etnik Orang Ulu Sarawak.
Kakitangan berpeluang untuk menjalankan saringan kesihatan dan menyertai Kempen 3S (Susun, Sisih & Sedekah) .
KOPERASI 16
SEPTEMBER 2023
'Roti Seri' Tambah Perolehan Koperasi Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Berhad (KO-INSAN)
Roti pelbagai perisa keluaran KO-INSAN
Pengurus Besar KO-INSAN, Haji Mohamad Ismail Ibrahim.
Koperasi dialu-alukan menjadi pengedar 'Roti Seri'.
Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ
Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Berhad (KO-INSAN) yang ditubuhkan pada 20 Disember 1992 mula berkecimpung dalam industri bakeri sejak 11 tahun yang lalu. Sepanjang tempoh tersebut, KO-INSAN mempelajari bahawa untuk bertahan dalam industri tersebut, koperasi perlu mempunyai daya tahan yang tinggi, sentiasa berinovasi, memahami selera pelanggan, pematuhan peraturan dan undang-undang serta mampu bersaing dengan jenama besar dan syarikat bakeri tempatan. Pengurus Besar KO-INSAN, Haji Mohamad Ismail Ibrahim berkata, kilang koperasi itu mampu mengeluarkan sebanyak 110,000 biji/buku roti sebulan dengan kekuatan pekerja seramai 11 orang serta empat buah mesin pembuat roti dan dua buah mesin pengadun tepung.
Haji Mohamad Ismail Ibrahim bersama pekerja kilang KO-INSAN yang menjadi tulang belakang pengeluaran roti.
KOPERASI 17
SEPTEMBER 2023
Doh disusun sebelum dibakar.
Pekerja menggunakan mesin untuk menyediakan krim roti.
Roti siap dibungkus menggunakan mesin khas.
Rak mempamerkan roti yang sedia untuk dijual.
Sejumlah 14 guni tepung gandum dari Turkiye digunakan setiap hari untuk menghasilkan pelbagai jenis aneka roti antaranya adalah roti susu, roti kelapa, roti planta, roti kacang merah di bawah jenama ‘Roti Seri’ serta roti komersial seperti roti burger, roti sosej, roti aiskrim dan roti john panjang. Menurut Haji Mohamad Ismail, pihaknya telah menerima peruntukan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk membeli sebuah lagi mesin yang berharga RM200,000 dengan harapan kilang tersebut dapat menghasilkan sebanyak 160,000 biji /buku roti menjelang 2023 dan 240,000 biji/buku roti pada tahun 2024. Sebagai persediaan ke arah itu, KO-INSAN memastikan kilangnya mempunyai sijil halal dan sijil MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) serta semua mesin mempunyai kapasiti untuk menerima permintaan yang bertambah dan mendapat pemantauan berkala oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Koperasi itu turut menjemput cef profesional untuk memeriksa kualiti dan cita rasa roti. Selain membekalkan roti ke kedai runcit dan pasar raya di Kedah, produk KO-INSAN turut mendapat permintaan dari Perlis, Pulau Pinang dan Perak. KO-INSAN merancang untuk memperluaskan pasaran Roti Seri ke Lembah Klang pada akhir 2024. Koperasi itu merancang untuk mewujudkan 10 perisa baru roti, menambah lokasi jualan dengan membekalkan produk mereka ke pusat tahfiz, koperasi sekolah, jabatan kerajaan dan institut pengajian tinggi serta memberikan latihan jualan, khususnya kepada anak muda di sekitar Alor Setar. Selain dari kilang roti, KO-INSAN juga turut mengusahakan sebuah tadika, taska dan Sekolah Rendah Agama selaras dengan fungsi utamanya, iaitu ‘Perkhidmatan Pendidikan’ serta kedai runcit ‘coopmart’.
Pelajar Sekolah Rendah Agama milik KO-INSAN tekun mendengar guru mengajar.
Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Berhad (KO-INSAN)
No. 4028 Taman Rakyat,
Alamat
Jalan Sultanah, 05350 Alor Setar, Kedah, Darul Aman Telefon: +6019-578 9718 / +604-733 2144
E-mel
koinsankedah@gmail.com
Tarikh ditubuhkan Jumlah keanggotaan
20 Disember 1992
527
• • • •
Perusahaan roti
Aktiviti
Taska,tadikadanSekolahRendahAgama
Kedai runcit ‘coopmart’ Perkhidmatan kredit
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease