10
Memperkasa Gerakan Koperasi di Rantau Asia Pasifik demi Kesejahteraan Sejagat
yang aktif menjalankan program pembangunan kapasiti di peringkat rantau Asia Pasifik sehingga dapat dimanfaatkan oleh koperasi ahli ICA-AP. Terdahulu, Naib Presiden ICA- AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya turut menggalakkan koperasi di rantau tersebut untuk bertindak lebih proaktif dengan melaporkan kepada kerajaan masing-masing mengenai usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh mereka untuk menjayakan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030). Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ICA-AP kerana memberi kepercayaan kepada Malaysia menjadi tuan rumah bagi program Asia Pacific Cooperative Youth Summit 4.0 di Kota Kinabalu, Sabah pada 27 hingga 30 Julai 2023.
Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP dipengerusikan oleh Dr. Chandrapal Singh Yadav selaku Presiden ICA-AP yang telah diadakan di Genting Highlands, Pahang pada 21 Ogos 2023.
Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
Demikian intipati ucapan Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP), Dr. Chandrapal Singh Yadav dalam Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP yang dijalankan secara hibrid di Genting Highlands, Pahang pada 21 Ogos 2023. antara Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 12 orang wakil koperasi dari 12
negara, iaitu India, China, Iran, Jepun, Nepal, Vietnam, Filipina, Australia, Malaysia, Pakistan, Sri Lanka dan Korea Selatan. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA Global, Dato’ Haji Kamarudin Ismail. Dr. Chandrapal turut menyatakan penghargaannya kepada ANGKASA
“Pendekatan ke arah mem– perkasakan gerakan koperasi di rantau Asia Pasifik perlu dibuat dengan mendekati masyarakat melalui aktiviti sosioekonomi untuk keharmonian manusia sejagat."
Menggalakkan Rantaian Bekalan Pertanian Lestari dalam Kalangan Koperasi
Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
Jawatankuasa
Perdagangan
dan Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP) bersama Network for the Development of Agricultural Cooperatives in Asia and the Pacific (NEDAC) akan menganjurkan satu Perniagaan seminar untuk menggalakkan rantaian bekalan pertanian yang lestari dalam kalangan koperasi di rantau Asia dan Pasifik. Program yang akan diadakan di Manila, Filipina pada 7 November 2023 itu akan menyediakan platform untuk koperasi ahli ICA-AP khususnya yang terlibat dalam sektor pertanian dan ahli NEDAC untuk berkongsi pengetahuan, bertukar pengalaman dan meneroka peluang baharu untuk menyelaraskan usaha mereka dalam menjayakan Agenda 2030. Seminar itu juga bertujuan untuk menyelaraskan usaha bagi menangani cabaran yang
Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP.
berkaitan dengan keselamatan makanan, pengurangan ke– miskinan dan kelestarian alam sekitar. Demikian yang dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam mesyuarat
jawatankuasa yang telah diadakan secara hibrid di Genting Highlands, Pahang pada 23 Ogos 2023. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 12 anggota perwakilan daripada lapan (8) buah negara, iaitu Iran, Korea, Filipina, China, India, Palestin, Sri Lanka dan Malaysia. tersebut
Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA Global, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer dan Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease