WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2023

11

ACO Perluas Pasaran Perniagaan di Negara Kepulauan Pasifik

Presiden ACO, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama pemimpin koperasi mewakili lapan badan puncak gerakan koperasi dari lapan negara anggota ACO yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ACO 2022 di Genting Highlands, Pahang pada 23 Ogos 2023.

Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

Malaysia, Indonesia, Vietnam, Singapura, Thailand, Filipina, Sri Lanka dan Myanmar. Ahli Lembaga ACO lain yang turut hadir ialah Setiausaha Agung ACO merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Bendahari ACO merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya. “Terdapat permintaan yang tinggi terhadap produk dan perkhidmatan koperasi kita di sana (negara Kepulauan Pasifik), namun disebabkan sistem orang tengah dalam aktiviti perdagangan, harga barangan menjadi lebih tinggi daripada pasaran biasa. Sehubungan itu, kita yakin eksplorasi ANGKASA dan VCBN berpotensi mencari jalan penyelesaian untuk mengawal harga barangan termasuklah mengurangkan pembabitan orang tengahdanmemastikanpenawaran produk dan perkhidmatan koperasi kekal relevan kepada anggota koperasi di seluruh rantau ASEAN,” ujar Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

ASEAN Co-operative Organization (ACO) menyasar untuk mem– perluas pasaran produk dan perkhidmatan koperasi di rantau Asia Pasifik ke negara kepulauan Pasifik menerusi rakan sekutunya di Vanuatu, iaitu Vanuatu Cooperative Business Network (VCBN). Usaha tersebut adalah signifikan untuk memperkasakan peranan sektor koperasi sebagai penyumbang ketiga kepada pertumbuhan ekonomi di Asia Tenggara. Demikian menurut Presiden ACO merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam Mesyuarat Agung Tahunan ACO Ke-9 yang diadakan di Genting Highlands, Pahang pada 23 Ogos 2023. Mesyuarat yang berjalan secara hibrid itu melibatkan penyertaan seramai 12 anggota perwakilan daripada tujuh badan puncak gerakan koperasi dari lapan negara anggota ACO, iaitu

Sesi pertukaran dokumen MoU antara Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dengan wakil daripada Zhoa Sdn. Bhd.

Sementara itu turut diadakan satu taklimat dan pembentangan projek perniagaan daripada rakan niaga berpotensi, iaitu Quantum Metal Sdn. Bhd., Enagic (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Zhoa Sdn. Bhd. Majlis diteruskan dengan sesi

menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ACO dengan Zhoa Sdn. Bhd. Hasil daripada kerjasama tersebut Zhoa akan menawarkan latihan berasaskan rekaan dan penjenamaan kepada para koperator di negara anggota ASEAN. Fokus penjenamaan lebih kepada unsur rekaan yang berkaitan imej sesuatu perniagaan seperti logo, warna, laman sesawang, profil korporat dan perniagaan. Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP), Mr. Balasubramanian Iyer serta Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak.

Sebahagian pemimpin koperasi dan perserta yang menghadiri mesyuarat secara fizikal.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease