PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 12
SEPTEMBER 2023
15 Koperasi Wilayah Persekutuan Perkenal Produk ke Pasaran Indonesia
berpeluang memperkenalkan produk koperasi masing-masing. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain. Selain berpeluang mempromosikan produk keluaran koperasi, wakil koperasi terpilih tersebut juga diberi taklimat mengenai peluang pemasaran yang boleh diteroka dan diusahakan di Pekan Baru. Antara wakil koperasi yang menyertai sesi pertemuan tersebut adalah daripada Koperasi Pasaraya Malaysia Berhad, Koperasi Usaha Maju Kuala Lumpur Berhad, Koperasi Ibu Tunggal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Berhad, Koperasi Bekas Perajurit ATM Berhad dan Koperasi Tahfiz Ceria Kuala Lumpur Berhad. Usaha kedua-dua pihak itu diharapkan bukan sahaja dapat meningkatkan hubungan kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi dan keusahawanan koperasi, malah turut berperanan mengukuhkan jaringan pemasaran produk dan perkhidmatan koperasi tempatan di peringkat antarabangsa.
Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah (duduk, tiga dari kanan) dan Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharudin Alias (duduk, kiri sekali) bergambar bersama wakil koperasi Wilayah Persekutuan dan Pasukan Perniagaan Pengusaha Pekanbaru, Indonesia yang diketuai oleh Tuan Rizqy Bagus Oska (dua dari kiri).
Convention Centre, Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2023. Pertemuan yang diketuai Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharudin Alias, manakala rombongan pasukan dari Indonesia yang dipimpin oleh Tuan Rizqy Bagus Oska itu turut disertai oleh 15 wakil koperasi terpilih di Wilayah Persekutuan yang
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
ANGKASA dan Koperasi Pelaburan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) telah mengadakan satu sesi pertemuan bersama Pasukan Perniagaan Pengusaha Pekanbaru, Indonesia di KOPUTRI Wilayah Persekutuan
Koperasi SMK Bandar Baru Seri Petaling Berhad Tanam 310 Pokok Program Penghijauan Malaysia
Program dengan kerjasama Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Yayasan Hijau Malaysia tersebut memberi komitmen untuk menaman sebanyak sejuta pokok menjelang tahun 2023. “Inisiatif ini dijalankan sebagai sokongan ANGKASA dan gerakan koperasi negara terhadap usaha kerajaan dalam menambah kawasan hijau untuk manfaat kehidupan manusia selain mendidik masyarakat tentang kepentingan hutan. Program ini kemudian diperluas ke peringkat koperasi sekolah di mana para guru dan pelajar bersama-sama menanam pelbagai jenis pokok berfungsi sebagai penyerap karbon dari atmosfera sekali gus membantu mengurangkan jumlah gas rumah kaca yang menyebabkan pemanasan global,” katanya. Sementara itu, Pengetua SMK Bandar Baru Seri Petaling merangkap Setiausaha ANGKASA Wilayah Persekutuan, Haji Muhammad Asri Husin dalam ucapannya sangat bersyukur dengan sokongan padu ANGKASA dalam menjayakan program itu selain sumbangan daripada beberapa penaja yang terlibat. Dalam majlis yang sama, SMK Bandar Baru Seri Petaling turut mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan ANGKASA Wilayah Persekutuan, ZCare (M) Sdn. Bhd., Co-opbank Pertama Cawangan Setapak dan Jabatan Senibina Lanskap Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sebagai penaja Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok di sekolah tersebut. Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Haji Shapie Idris, barisan anggota Jawatankuasa ANGKASA Wilayah Persekutuan, Pengarah Urusan ZCare (M) Sdn. Bhd., Puan Suhaili Mohammad, Pengurus Coop-bank Pertama Cawangan Setapak, Puan Azizah Elias dan Pemangku Ketua Jabatan Senibina Lanskap UPM, LAr. Mohd Nazri Saidon.
Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah menanam pokok sebagai tanda simbolik kepada Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok di SMK Bandar Baru Seri Petaling. Turut sama ialah Pengetua SMK Bandar Baru Seri Petaling merangkap Setiausaha ANGKASA Wilayah Persekutuan, Haji Muhammad Asri Husin (tiga dari kiri).
Oleh RAHMAT MOHD DID
Usaha tersebut yang telah dijalankan menerusi Program Penghijauan Malaysia: Prihatin Sejuta Pokok Koperasi merupakan kerjasama antara ANGKASA Wilayah Persekutuan dengan Koperasi SMK Bandar Baru Seri Petaling. Menurut Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, program itu telah dilancarkan pada tahun 2021 sempena meraikan penubuhan 50 tahun ANGKASA dan 100 tahun koperasi pada tahun 2022.
Dalam usaha memupuk kesedaran lebih mendalam terhadap masyarakat tentang pentingnya memelihara persekitaran hijau dan ekosistem hutan dalam pemuliharaan alam semula jadi, Koperasi SMK Bandar Baru Seri Petaling telah mengambil inisiatif menanam 310 batang pokok pada 25 Ogos 2023.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease