ANGKASA 14
SEPTEMBER 2023
Derma Darah sebagai Simbolik Semangat Patriotik
Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ
Seramai 75 warga ANGKASA menzahirkan semangat patriotik meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 dan Hari Malaysia 2023 dengan tampil berjaya menderma darah bertempat di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 11 September 2023. Program anjuran Bahagian Komunikasi Korporat, Kumpulan Perhubungan Strategik ANGKASA tersebut berjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya menerusi program Kempen Derma Darah dan Ikrar Derma Organ atas dasar kebersamaan dan saling membantu antara satu sama lain. Seramai sembilan orang berikrar menyatakan kesudian menderma organ. Warga ANGKASA juga berpeluang untuk menjalankan saringan kesihatan dengan harga pakej menerusi Coop Farmasi. Selain itu, sambutan turut dimeriahkan dengan Kempen 3S (Susun, Sisih & Sedekah), Cabaran 10,000 Langkah serta Pertandingan Pakaian Beragam bagi Kategori Dewasa dan Kanak-Kanak. Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang mewakili Presiden ANGKASA juga berkesempatan melakukan kunjungan untuk melihat pelbagai aktiviti yang diadakan bagi meraikan sambutan berkenaan. Menurut beliau, mereka yang menderma darah merupakan insan yang mulia dan terpilih kerana baktinya itu memberi makna yang sangat besar, lebih-lebih lagi ramai pesakit di luar sana memerlukan bekalan darah.
Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (dua dari kanan) beramah mesra dengan kakitangan ANGKASA yang menderma darah. Turut sama ialah Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Kumpulan Perhubungan Strategik, Encik Halim Haji Ibrahim.
Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman (belakang, tengah) bergambar dengan peserta Pertandingan Pakaian Beragam. Turut sama ialah Puan Rihatun Abddah (dua dari kanan), Datuk Haji Md. Yusof (tiga dari kanan), Datuk Haji Abdullah (tiga dari kiri) dan Datuk Ahmad Jamil (dua dari kiri).
“Menderma darah adalah cara untuk menzahirkan semangat patriotik rakyat kepada negara dan kita diseru untuk menderma darah supaya lebih banyak nyawa dapat diselamatkan. Begitu juga dengan menderma organ yang
Hadir sama dalam program tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kewangan), Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.
Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman menyampaikan hadiah kepada pemenang Pakaian Beragam, adik Amani Husna Norzamrizal.
merupakan amalan mulia di sisi agama
dan masyarakat kerana dapat memberi harapan dan sinar baharu kepada mereka yang mahu meneruskan kehidupan," ujarnya.
Kakitangan Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti, saudara Muhamad Faizal Rahim Abdullah memperagakan pakaian tradisional Suku Kaum Kelabit etnik Orang Ulu Sarawak.
Kakitangan berpeluang untuk menjalankan saringan kesihatan dan menyertai Kempen 3S (Susun, Sisih & Sedekah) .
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease