KOPERASI 16
SEPTEMBER 2023
'Roti Seri' Tambah Perolehan Koperasi Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Berhad (KO-INSAN)
Roti pelbagai perisa keluaran KO-INSAN
Pengurus Besar KO-INSAN, Haji Mohamad Ismail Ibrahim.
Koperasi dialu-alukan menjadi pengedar 'Roti Seri'.
Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ
Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Berhad (KO-INSAN) yang ditubuhkan pada 20 Disember 1992 mula berkecimpung dalam industri bakeri sejak 11 tahun yang lalu. Sepanjang tempoh tersebut, KO-INSAN mempelajari bahawa untuk bertahan dalam industri tersebut, koperasi perlu mempunyai daya tahan yang tinggi, sentiasa berinovasi, memahami selera pelanggan, pematuhan peraturan dan undang-undang serta mampu bersaing dengan jenama besar dan syarikat bakeri tempatan. Pengurus Besar KO-INSAN, Haji Mohamad Ismail Ibrahim berkata, kilang koperasi itu mampu mengeluarkan sebanyak 110,000 biji/buku roti sebulan dengan kekuatan pekerja seramai 11 orang serta empat buah mesin pembuat roti dan dua buah mesin pengadun tepung.
Haji Mohamad Ismail Ibrahim bersama pekerja kilang KO-INSAN yang menjadi tulang belakang pengeluaran roti.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease