KOPERASI 17
SEPTEMBER 2023
Doh disusun sebelum dibakar.
Pekerja menggunakan mesin untuk menyediakan krim roti.
Roti siap dibungkus menggunakan mesin khas.
Rak mempamerkan roti yang sedia untuk dijual.
Sejumlah 14 guni tepung gandum dari Turkiye digunakan setiap hari untuk menghasilkan pelbagai jenis aneka roti antaranya adalah roti susu, roti kelapa, roti planta, roti kacang merah di bawah jenama ‘Roti Seri’ serta roti komersial seperti roti burger, roti sosej, roti aiskrim dan roti john panjang. Menurut Haji Mohamad Ismail, pihaknya telah menerima peruntukan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk membeli sebuah lagi mesin yang berharga RM200,000 dengan harapan kilang tersebut dapat menghasilkan sebanyak 160,000 biji /buku roti menjelang 2023 dan 240,000 biji/buku roti pada tahun 2024. Sebagai persediaan ke arah itu, KO-INSAN memastikan kilangnya mempunyai sijil halal dan sijil MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) serta semua mesin mempunyai kapasiti untuk menerima permintaan yang bertambah dan mendapat pemantauan berkala oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Koperasi itu turut menjemput cef profesional untuk memeriksa kualiti dan cita rasa roti. Selain membekalkan roti ke kedai runcit dan pasar raya di Kedah, produk KO-INSAN turut mendapat permintaan dari Perlis, Pulau Pinang dan Perak. KO-INSAN merancang untuk memperluaskan pasaran Roti Seri ke Lembah Klang pada akhir 2024. Koperasi itu merancang untuk mewujudkan 10 perisa baru roti, menambah lokasi jualan dengan membekalkan produk mereka ke pusat tahfiz, koperasi sekolah, jabatan kerajaan dan institut pengajian tinggi serta memberikan latihan jualan, khususnya kepada anak muda di sekitar Alor Setar. Selain dari kilang roti, KO-INSAN juga turut mengusahakan sebuah tadika, taska dan Sekolah Rendah Agama selaras dengan fungsi utamanya, iaitu ‘Perkhidmatan Pendidikan’ serta kedai runcit ‘coopmart’.
Pelajar Sekolah Rendah Agama milik KO-INSAN tekun mendengar guru mengajar.
Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Berhad (KO-INSAN)
No. 4028 Taman Rakyat,
Alamat
Jalan Sultanah, 05350 Alor Setar, Kedah, Darul Aman Telefon: +6019-578 9718 / +604-733 2144
E-mel
koinsankedah@gmail.com
Tarikh ditubuhkan Jumlah keanggotaan
20 Disember 1992
527
• • • •
Perusahaan roti
Aktiviti
Taska,tadikadanSekolahRendahAgama
Kedai runcit ‘coopmart’ Perkhidmatan kredit
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease