WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2023

KOPERASI 18

SEPTEMBER 2023

KOWIMA Lancar Perniagaan Tudung dan Kerongsang 'coop'

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama barisan Anggota Lembaga KOWIMA. Turut kelihatan ialah Hajah Noorizan Abd. Latif (tujuh dari kanan), Dato' Haji Kamarudin Ismail (lapan dari kanan), Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (tujuh dari kiri), Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain (enam dari kiri) dan Pengerusi KOWIMA, Hajah Rozilah Muhamad Tahir (enam dari kanan).

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

Lembaga Haji Kamarudin Ismail dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita ANGKASA, Hajah Noorizan Abd Latif. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Hajah Rozilah Muhamad Tahir di talian 019-277 8351, Puan Salbiah (012- 658 6179) atau Puan Nor Rahifa (012-650 3457). ANGKASA, Dato’

Konsortium Koperasi Wanita Malaysia Berhad (KOWIMA) telah melancarkan perniagaan tudung dan kerongsang 'coop'. Usaha itu adalah untuk merebut peluang dalam industri fesyen Muslimah yang semakin maju dan meningkatkan imej koperator wanita di negara ini. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam program 'Business Ventures' Bersama Koperasi Ahli ANGKASA yang dihadiri oleh seramai 160 anggota koperasi di Kelana Jaya, Selangor pada 25 Ogos 2023. "Koperasi harus saling membantu antara satu sama lain bawah sebuah konsortium seperti KOWIMA sebagai contoh, selain bersama-sama menyokong perniagaan yang koperasi ceburi," ujar Datuk Seri Dr. Abdul Fattah. Tambah beliau, KOWIMA perlu berusaha untuk memastikan perniagaan yang dijalankan boleh disebarluaskan kepada masyarakat tempatan, malah sehingga ke peringkat antarabangsa.

Sebahagian Anggota Lembaga KOWIMA memakai tudung 'coop' yang dilancarkan.

Terdahulu, Pengerusi KOWIMA, Hajah Rozilah Muhamad Tahir menyeru koperasi wanita di seluruh negara supaya sama-sama bergabung bawah KOWIMA dan menjalankan perniagaan yang mampu meningkatkan ekonomi anggota dan seterusnya membantu dalam meningkatkan perolehan negara. Hadir sama dalam majlis itu ialah Anggota

Kakitangan ANGKASA memperagakan tudung 'coop'.

Sebahagian tudung KOWIMA dan kerongsang 'coop' yang dipamerkan.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease