3 KOPERASI
SEPTEMBER 2023
ANGKASA Pulau Pinang Sertai Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri
Kontinjen ANGKASA Negeri Pulau Pinang bergambar sebelum perarakan.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Penyertaan ANGKASA Negeri Pulau Pinang buat kali kedua dalam majlis perarakan itu adalah setelah menerima jemputan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang. Yang menariknya dalam perarakan tersebut barisan anggota kontinjen segak dan manis mengenakan pakaian seragam baju batik ANGKASA lengkap bersongkok dengan lilitan batik ANGKASA, berseluar panjang hitam dan berkasut hitam bagi lelaki serta sepasang baju kurung batik ANGKASA, bertudung biru dan berkasut hitam bagi wanita. Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang itu juga turut dimeriahkan dengan acara menaikkan bendera Jalur Gemilang, nyanyian lagu Negaraku, ikrar Rukun Negara, laungan 'Merdeka', persembahan khas Hari Kebangsaan Ke-66 serta perarakan kontinjen berjalan kaki dan kontinjen berkenderaan. Buat julung kalinya pada tahun lalu, seramai 53 peserta kontinjen ANGKASA
Negeri Pulau Pinang daripada 28 wakil koperasi negeri menyertai perarakan Hari Kebangsaan Ke-65 Peringkat Negeri Tahun 2022 bertempat di Georgetown, Pulau Pinang.
ANGKASA Negeri Pulau Pinang buat kali kedua berturut-turut telah menyertai Perarakan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang pada 31 Ogos 2023. Seramai 70 peserta yang mewakili 32 buah koperasi anggota ANGKASA negeri dipimpin oleh Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman telah menyertai perarakan tersebut yang bermula seawal jam 7 pagi dengan membawa moto kontinjen, iaitu 'ANGKASA Teras Transformasi Gerakan Koperasi Negara'. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak dan Y.A.Bhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Khadijah Mohd Nor serta diiringi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dan Y.A. Bhg. Puan Tan Lian Kee serta barisan dif kehormat.
Kontinjen ANGKASA Negeri Pulau Pinang diketuai pengerusinya, Haji Mohd Jamil Othman berarak menyertai Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang pada 31 Ogos 2023.
Dari Meja Presiden
sebagai instrumen penting kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sempena bulan kebangsaan yang pertama di bawah Kerajaan Perpaduan, ANGKASA berharap kerajaan dapat meneliti beberapa isu yang menyekat pertumbuhan gerakan koperasi antaranya adalah perundangan yang mengekang koperasi untuk menceburi aktiviti perniagaan dalam sektor tertentu. ANGKASA akan terus memperjuangkan isu ketidakseimbangan penyaluran dana dan insentif antara sektor koperasi dengan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang juga menjadi antara faktor utama koperasi tidak dapat meningkatkan pendapatan mereka.
Gerakan koperasi wujud 35 tahun sebelum Malaysia mengecapi kemerdekaan apabila koperasi pertama, iaitu Syarikat Bekerjasama- sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Pekerja-Pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad telah didaftarkan pada 21 Julai 1922. Koperasi diperkenalkan ketika itu untuk membantu menyelesaikan masalah keberhutangan dalam kalangan penjawat awam di bandar dan masalah petani di luar bandar yang ditindas oleh orang tengah di bawah sistem padi kunca. Kini, setelah 66 tahun negara menikmati kemerdekaan, peranan dan tanggungjawab koperasi meliputi pelbagai sektor dan bidang ekonomi serta mencapai segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa. Justeru, penyertaan kontinjen ANGKASA dalam perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya bukan sahaja mewakili gerakan koperasi, tetapi melambangkan kekuatan gerakan itu
Di samping itu, koperasi juga perlu melakukan beberapa perubahan seperti menerapkan digitalisasi dalam pengoperasian mereka serta mencari ruang dan peluang untuk terlibat dalam perniagaan berimpak tinggi. Usaha tersebut untuk memastikan peranan sektor koperasi terus relevan dan diperkasakan bagi terus menjadi penyumbang signifikan kepada pembangunan ekonomi negara.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease