ANGKASA 4 SEPTEMBER 2023 Yayasan Infaq ANGKASA Wakaf Bangunan Bernilai RM2.78 Juta kepada MUIS
Penyerahan replika kunci wakaf bangunan bernilai RM2.78 juta daripada Mufti Selangor merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar Haji Opir (dua dari kanan) kepada Timbalan Yang Dipertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad (depan, dua dari kiri). Turut sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif (empat dari kiri) dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan).
Oleh RAHMAT MOHD DID
Yayasan Infaq ANGKASA berbesar hati mewakafkan bangunan bernilai RM2.78 juta kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sebagai usaha merancakkan pembangunan ekonomi umat Islam dan masyarakat setempat di Tawau, Sabah. Bangunan komersil empat
tingkat yang terletak di T2@Apas tersebut telah dirasmikan oleh
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif dalam satu majlis pada 11 September 2023 sekali gus menjadi simbol kepada usaha memperkukuh pemberdayaan dan pemerkasaan potensi wakaf di negeri di bawah bayu itu. Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif ketika menyampaikan ucapan.
Lafaz Akad Wakaf dibacakan oleh Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar Haji Opir mewakili Yayasan Infaq ANGKASA dan Ustaz Malai Ali Malai Ahmad mewakili MUIS.
Menurut Datuk Dr. Haji Mohd Arifin, usaha berkenaan juga diharap menjadi inisiatif terbaik terhadap kerjasama dan keterlibatan pelbagai pihak dan pemain industri wakaf di Malaysia untuk menjadikan Sabah sebagai negeri mesra dan celik ibadah wakaf menjelang 2030. Beliau merakamkan
ucapan sekalung tahniah kepada ANGKASA menerusi Yayasan Infaq ANGKASA yang menyokong inisiatif tersebut dan memanifestasikan hasrat pembangunan hartanah wakaf di negeri Sabah. "Dengan termeterainya usaha sama pembelian bangunan komersil yang diwakafkan oleh Yayasan Infaq ANGKASA kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika menyampaikan ucapan.
Program Bicara Wakaf turut berlangsung.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease