WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2023

ANGKASA 5

SEPTEMBER 2023

MUIS dengan nilai RM2,783,551 ini, secara tidak langsung membuktikan sokongan terhadap perkembangan aktiviti perniagaan dan ekonomi masyarakat setempat. Selain itu, manfaat hasil sewaan yang akan diterima kelak dapat diagihkan semula kepada pemunya hak manfaat wakaf atau dikenali sebagai Mauquf Alaih seperti masjid, sekolah, tanah perkuburan dan sebagainya," katanya. Beliau juga berharap industri wakaf dapat diperkukuh mengikut acuan semasa berlandaskan hukum syarak untuk dinikmati oleh

"Yayasan Infaq ANGKASA sentiasa proaktif mengambil peluang dalam memajukan pembangunan aset wakaf sehingga mendapat pengiktirafan sebagai Pentadbir Aset Wakaf oleh MUIS dan beberapa Majlis Agama Islam Negeri lain dalam menggerakkan amalan berwakaf," ujarnya. Sejak ditubuhkan pada 9 Julai 2021, Yayasan Infaq ANGKASA telah berjaya menyalurkan dana wakaf hampir RM13 juta untuk pembangunan ekonomi rakyat dalam pelbagai sektor pembangunan ekonomi di Malaysia.

Turut berlangsung adalah Program Bicara Wakaf yang menampilkan Mufti Selangor merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar Haji Opir dan Timbalan Yang Dipertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad sebagai panel serta Ustaz Abdul Malikh Abdul Rahman sebagai moderator. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung, Datuk Hamild @ Hamid Haji Awang, Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Tuan Ramlan Awang Ali dan Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul.

semua lapisan masyarakat sekali gus menjadi wadah pemangkin kepada pembangunan sosial dan ekonomi ummah. Terdahulu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, sumbangan tersebut adalah bukti komitmen ANGKASA melalui Yayasan Infaq ANGKASA sebagai perintis wakaf koperasi dalam memberi nilai tambah kepada pelaksanaan Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN).

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menerangkan sesuatu kepada Datuk Dr. Haji Mohd Arifin.

Bangunan Wakaf YIA - MUIS yang terletak di T2 @ Apas, Tawau, Sabah.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama warga kerja MUIS. Turut kelihatan ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul (lima dari kanan).

Yayasan Infaq ANGKASA Sumbang Kedai Runcit kepada Koperasi Kariah Masjid di Tawau

Oleh RAHMAT MOHD DID

Yayasan Infaq ANGKASA secara rasminya telah menyumbangkan kedai runcit ‘coopMART’ bernilai RM30,000 kepada Koperasi Kariah Masjid Hidayatul Iman Kampung Merotai Besar Tawau Berhad, Sabah. Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Mufti Selangor merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar Haji Opir dan diterima oleh Pengerusi koperasi tersebut, Haji Ahmad Bunding di premis kedai berkenaan di Tawau, Sabah pada 10 September 2023. Kedai tersebut yang mula beroperasi sejak bulan Mei 2023 sedang dalam proses dinaik taraf sebagai outlet Projek Barang Asas 100 (BA100). Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul dan Pengurus Yayasan Infaq ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.

Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar Haji Opir dan Pengerusi KKM Hidayatul Iman Kampung Merotai Besar Tawau Berhad, Haji Ahmad Bunding (tiga dari kiri) bergambar di hadapan kedai runcit 'coopMART'. Hadir sama Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease