WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2023

ANGKASA 6

SEPTEMBER 2023

Prinsip Bekerjasama dalam Koperasi Bentuk Masyarakat Sejahtera

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Prinsip bekerjasama yang menjadi asas kepada penubuhan koperasi merupakan elemen cukup penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dan berjaya. Dalam konteks tersebut, masjid sebagai sebuah platform menyatukan ummah perlu memainkan peranan sebagai satu instrumen meningkatkan ekonomi kariahnya sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan hidup mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim Haji Mokhtar menyiram pokok dokong yang ditanam sempena Program Kemasyarakatan & Usrah Bimbingan Pemantapan Asas Fardhu Ain (Bimbingan Akademi Daie Muda YADIM) Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA di Masjid Bandar Rinching, Semenyih pada 20 Ogos 2023.

dan menyatakan kesediaan ANGKASA untuk membantu organisasi itu dari segi merangsang dan membangunkan perniagaan yang bakal diusahakan. Aktiviti kemasyarakatan bermula seawal 8.00 pagi tersebut dimulakan dengan aktiviti penanaman 10 anak pokok yang terdiri daripada pokok jasmin, bunga raya dan dokong di Tanah Perkuburan Islam Masjid Qaryah Kampung Rinching Ulu. Aktiviti berkenaan dijalankan menerusi Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok yang diterajui oleh ANGKASA. Sebanyak 10 anak pokok turut ditanam di dalam kawasan Masjid Bandar Rinching Semenyih. Program diteruskan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan dan aktiviti rewang menyediakan hidangan makan tengah hari dan minum petang oleh pelajar Yayasan ANGKASA, pelatih Daie Muda YADIM serta masyarakat setempat. Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang juga merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin. Kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encik Azizul Alias yang mewakili Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah. Hadir sama dalam program ialah Nazir Masjid Bandar Rinching Semenyih, Prof. Madya Dr. Ustaz Haji Kamarudin Salleh dan Nazir Masjid Rinching Ulu, Haji Noor Rashid Abu Bakar.

Pelajar pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA menyiram pokok yang ditanam di kawasan Tanah Perkuburan Islam Masjid Qaryah Kampung Rinching Ulu.

Demikian antara inti pati ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Naim Haji Mokhtar. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kemasyarakatan & Usrah Bimbingan Pemantapan Asas Fardhu Ain (Bimbingan Akademi Daie Muda YADIM) Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2023. Program yang telah diadakan di Masjid Bandar Rinching Semenyih, Semenyih, Selangor pada 20 Ogos 2023 itu disertai seramai 80 orang pelajar bawah pembiayaan Yayasan ANGKASA dan 28 pelatih akademi Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengerusi Yayasan ANGKASA merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus. Dalam ucapan beliau juga, Dato' Setia Dr. Haji Mohd Naim telah menyarankan supaya YADIM menggerakkan usaha untuk mewujudkan koperasinya sendiri. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam ucapan beliau berkata, ANGKASA menyambut baik saranan Dato' Setia Dr. Haji Mohd Naim supaya YADIM menubuhkan koperasinya sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim Haji Mokhtar .

Pelajar saling membantu menyediakan bahan untuk memasak makanan tengah hari.

Pelajar membersihkan kawasan tanah perkuburan.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease