WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2023

8

Kerjasama ANGKASA, ICA-AP dan ACO Signifikan untuk Anggota Koperasi Asia Pasifik

Peserta Persidangan Perdagangan dan Perniagaan Koperasi-ke-Koperasi (C2C) bergambar bersama tetamu kehormat.

Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

Kerjasama antara ANGKASA dengan Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) dan ASEAN Co-operative Organization (ACO) adalah signifikan dalam memperhebat impak terhadap usaha yang dijalankan dan seterusnya

menampakkan hasil untuk dirasai oleh anggota koperasi di rantau tersebut.

Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Amran Abd. Kadir.

Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav (empat dari kanan), Encik Amran dan Naib Presiden ICA-AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) bergambar bersama wakil koperasi antarabangsa. Turut kelihatan ialah Pengarah Serantau ICA- AP, Mr. Balasubramanian Iyer (tiga dari kiri).

Demikian menurut Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Amran Abd Kadir ketika merasmikan Majlis Makan Malam Gala Sempena Persidangan Perdagangan & Perniagaan Koperasi ke Koperasi (C-2-C) bertempat di Genting Highlands, Pahang pada 22 Ogos 2023. Seramai 87 peserta yang mewakili 23 koperasi dari 13 buah negara telah hadir dalam persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perdagangan & Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), ACO dan ANGKASA. Beliau juga menegaskan komitmen SKM ke arah pembangunan dan pemodenan gerakan koperasi secara berterusan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Perkara tersebut boleh dicapai melalui pelbagai usaha termasuk pertukaran teknologi, pemindahan pengetahuan dan latihan intensif secara berterusan bagi mempelbagaikan lagi aktiviti perniagaan koperasi.

Kerajaan menerusi SKM juga merasa bangga dengan peranan dimainkan oleh ANGKASA yang komited

membawa suara gerakan koperasi di peringkat global, khususnya dalam menyumbangkan idea terhadap pembangunan koperasi. Terdahulu, Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan kepada moderator dan panelis yang terlibat dalam menjayakan forum sepanjang persidangan. “Sumbangan idea, pandangan dan perspektif yang dilontarkan dan dikongsi secara bersama diharap mampu menjadi penggerak kepada pembangunan gerakan koperasi serantau,” ujarnya. Sementara itu, Naib Presiden ICA-AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya memuji pendekatan yang diambil oleh ICA-AP dalam usaha mempromosikan kepentingan mencapai Matlamat Pembangunan Lestari

oleh koperasi di rantau tersebut sebagaimana yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UN) pada tahun 2015. Beliau turut menyatakan komitmen berterusan ANGKASA dalam memastikan usaha merealisasikan matlamat tersebut sehingga 2030. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak dan Encik Azizul Alias yang juga wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease