9
Kerjasama antara Koperasi Perlu dalam Menangani Cabaran Global
Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
tumpuan pada kepentingan bekalan yang mampan dan berdaya tahan serta kurang terdedah kepada perubahan iklim serta kepentingan terlibat dalam perkongsian pelbagai pihak untuk menggalakkan pembangunan lestari dan menangani perubahan iklim. Satu sesi buzz juga diadakan untuk membincangkan persoalan “Adakah membangunkan rantaian
– Asia dan Pasifik (ICA- AP), Dr. Chandrapal Singh Yadav, Naib Presiden ICA- AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah,
Persidangan Perdagangan & Perniagaan Koperasi ke Koperasi (C-2-C) memberi fokus pada kolaborasi dan kerjasama antara koperasi
untuk pembangunan lestari dan tindakan iklim menerusi pendekatan kolaboratif dalam menangani cabaran global dengan memberi penekanan terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 13 dan 17.
Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya,
Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav.
Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak. Naib Presiden ICA-AP, merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Program tersebut menampilkan Pengarah Urusan merangkap Setiausaha National Land Finance Cooperative Society (NLFCS), Datuk B. Sahadevan yang menyampaikan ucapan dasar bertajuk “Mengimbangi Kelestarian dan Keuntungan dalam Industri Pertanian, Perhutanan dan Hartanah: Memanfaatkan Peluang Perdagangan dan Perniagaan untuk Pembangunan Lestari dan Tindakan Iklim.” Menurut beliau, pembangunan lestari dan perubahan iklim adalah dua perkara yang saling berkait rapat, justeru memerlukan perhatian serius oleh anggota koperasi di peringkat serantau mahupun di peringkat global. “Pelan hala tuju perlu dilakukan, terutamanya untuk model perniagaan di mana koperasi turut menyediakan garis panduan, perkhidmatan dan pemuliharaan alam sekitar serta membantu menyelesaikan isu pelupusan sisa. Apabila aktiviti perdagangan dan perniagaan dipandu oleh pertimbangan etika dan alam sekitar, mereka boleh bertindak sebagai pemangkin kuat untuk perubahan positif," jelasnya. Dalam persidangan tersebut turut berlangsung dua forum yang memberi
pelancongan lestari sebuah perniagaan menguntungkan?” Hadir sama dalam program tersebut ialah Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa
Pengarah Urusan merangkap Setiausaha NLFCS, Datuk B. Sahadevan ketika menyampaikan ucapan dasarnya.
Barisan panel untuk Forum 1 yang dikendalikan oleh moderator, Mr. Raul Montemayor (kanan sekali).
Sesi buzz dikendalikan oleh moderator, Encik Nurdin Abdullah (kiri sekali).
Barisan panel Forum 2 yang dikendalikan oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan) sebagai moderator.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease