JULAI 2023 JILID: WP05 /7
ANGKASACoop
www.angkasa.coop
KDN PP19744/02/2023 (035373)
Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 Memasyarakatkan Koperasi
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI MINISTRY OF INTERPRENEUR DEVELOPMENT & COOPERATIVES
Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) melancarkan Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK’23). Turut sama dari kanan ialah Dato’ Mohd Ali Mansor, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan), YB Tuan Ir. Razali Kassim (tiga dari kanan), YB Datuk Ewon Benedick (tiga dari kiri), Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad (dua dari kiri) dan Tuan Rusli Jaafar (kiri sekali).
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Terdahulu, Datuk Ewon Benedick dalam ucapannya menyatakan bahawa gerakan koperasi mempunyai peranan signifikan bagi membantu kerajaan menangani kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. Katanya, gerakan koperasi telah diberi tanggungjawab membantu memperkukuh keterjaminan bekalan makanan negara (Food Security) dan sehingga Jun 2023 sebanyak 172 koperasi terlibat secara khusus meliputi aktiviti
masyarakat untuk menubuh dan menyertai koperasi. Demikian antara inti pati ucapan perasmian yang disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sempena Majlis Pelancaran Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 (BKK'23) bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang pada 10 Julai 2023. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick, Exco FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB Tuan Ir. Razali Kassim, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Sri Suriani Dato' Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Keusahawanan KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tuan Rusli Jaafar, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Seramai 600 orang tetamu hadir pada majlis yang bertemakan 'Malaysia MADANI, iaitu Teras Kecemerlangan Koperasi'. Penganjuran BKK'23 bertepatan dengan aspirasi Teras Satu (1) MADANI iaitu memacu pertumbuhan ekonomi negara menerusi gerakan koperasi.
Pendedahan berkoperasi perlu dipergiat kepada segenap lapisan masyarakat supaya kewujudan koperasi dapat dirasai, seterusnya peluang ekonomi boleh diteroka untuk manfaat anggota dan rakyat. Bagi tujuan tersebut, aktiviti dan program memasyarakatkan koperasi wajar diperhebat supaya
anggota koperasi dapat memahami peranan sektor tersebut sebagai agen ekonomi negara, sekali gus dapat menarik minat
BERSAMBUNG DI MUKA 2
Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick ketika menyampaikan ucapan.
Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
2 ANGKASA
JULAI 2023
Dato’ Sri Haji Wan Rosdy dan tetamu kehormat ketika melancarkan Buku Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKoP 2030).
DARI MUKA 1
pertanian, penternakan, perikanan dan pembekalan input pertanian/ternakan. Dalam majlis tersebut, sebanyak lima (5) koperasi dari Zon Timur menerima replika cek Pinjaman Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) bernilai RM13,938,000.00, manakala Geran Bantuan Pembangunan Koperasi bernilai RM665,000.00 turut disampaikan kepada lima (5) koperasi dari zon yang sama. Pada majlis yang sama, KUSKOP melalui kerjasama SKM, IKMa dan ANGKASA turut melancarkan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKoP 2030) yang menggariskan inisiatif ke arah usaha meningkatkan keupayaan koperasi menjalankan perniagaan berasaskan teknologi, seterusnya mewujudkan transformasi kepada gerakan koperasi ke arah pendigitalan. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA Wakil KUSKOP, Encik Azizul Alias dan barisan Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang terdiri daripada Pengerusi ANGKASA Pahang Timur, Haji Mohd Zahidi Haji Hussain, Pengerusi ANGKASA Pahang Tengah, Haji Mansor Ab. Rahman dan Pengerusi ANGKASA Pahang Barat, Dato' Syed Ali Syed Mohammad.
Penerima Pinjaman Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) dan penerima Geran Bantuan Pembangunan bergambar bersama tetamu kehormat.
Koperasi Keluarga Dato’ Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad dan Koperasi Sawit Sepuluh Kuantan Berhad mengambil bahagian dalam pameran BKK’23 bertempat di Dewan Bandaraya Kuantan, Pahang.
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Sidang Pengarang
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA (Menjalankan Fungsi Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik) • Halim Haji Ibrahim
Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh WELCOME2PRINT SDN. BHD. (1141557V) (Wakil Koperasi Pos Nasional Berhad) No. 40, Jalan PBS 14/3 Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
Timbalan Presiden • Dr. Mohd. Azlan Yahya
Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Muat Turun Aplikasi
Pegawai Media Sosial (Menanggung Tugas Pengurus) • Nadiah Kamarudin Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir
Mudah Alih PELANCAR PERCUMA
3 ANGKASA
JULAI 2023
Buku Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKoP 2030).
Sumber: Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKoP 2030)
Dari Meja Presiden
2023 (BKK’23) merupakan manifestasi keprihatinan kementerian tersebut dalam memperkukuhkan jangkauan digital perniagaan koperasi. Malah, dalam satu sesi pembentangan deraf DigiKoP 2030 di Putrajaya pada 12 Jun 2030, YB Datuk Ewon juga menyarankan supaya usaha mendigitalisasikan perniagaan koperasi dimulakan pada peringkat koperasi sekolah.
Tranformasi Malaysia untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi bergantung pada keupayaan semua sektor di negara ini memanfaatkan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 yang menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi digital. Pengaruh digitalisasi dalam pembentukan gaya hidup penduduk Malaysia begitu luas dan kuat yang menyebabkan koperasi tidak boleh mengelak daripada membudayakannya dalam model operasi perniagaan yang diusahakan mereka. Koperasi juga perlu meneroka pelbagai peluang baharu melalui digitalisasi untuk membina daya tahan perniagaan di samping mengatasi persekitaran ekonomi yang mencabar. Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKoP 2030) yang dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick dalam Majlis Pelancaran Bulan Koperasi Kebangsaan
Tambah beliau, usaha itu perlu diteruskan sehingga ke peringkat koperasi dewasa supaya terdapat kesinambungan dalam usaha memudahkan proses peralihan perniagaan koperasi daripada konvensional kepada adaptasi teknologi dan digitalisasi dalam penawaran produk dan perkhidmatan. Justeru, koperasi perlu bangkit untuk berubah dan bersedia menerima pendekatan ekonomi digital dalam usaha mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif, mampan dan bertanggungjawab.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
4
24 JUN 2023 (SABTU)
ANGKASA Memacu Keberdayaan dan Transformasi Gerakan Koperasi
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick menyampaikan ucapan perasmian menerusi rakaman tayangan video sempena MAPA 2023
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
pihaknya dan gerakan koperasi dalam menjayakan hasrat kerajaan meningkatkan ekonomi rakyat. Katanya, usaha pembangunan koperasi
Kebangsaan oleh ANGKASA yang akan diadakan tidak lama lagi diharap menjadi platform terbaik kepada suara
Kejayaan Malaysia memperlihatkan peranan signifikan ANGKASA dalam memacu keberdayaan, mencetus transformasi serta melakar kemajuan sosioekonomi gerakan yang mampan kepada kesejahteraan rakyat di negara ini. gerakan koperasi di Pencapaian yang dirintis ANGKASA di peringkat domestik mahupun antarabangsa membuktikan peranannya sebagai 'nakhoda kapal' kepada gerakan koperasi selain berjaya memperkasakan serta menjaga kepentingan ekonomi sektor koperasi. Demikian antara inti pati ucapan perasmian yang disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick menerusi rakaman tayangan video sempena Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA ke-37 (MAPA 2023) yang berlangsung di Auditorium ANGKASA,Kelana Jaya pada 24 Jun 2023. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut secara dalam talian ialah Pengarah Bahagian Penyeliaan dan Tadbir Urus, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Rosidah Ramli. YB Datuk Ewon menyatakan, sebagai sebuah entiti yang menaungi lebih 10,700 koperasi, beliau amat yakin melalui kolaborasi erat bersama KUSKOP, SKM dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa), gerakan koperasi dapat mengorak langkah lebih jauh dalam mencipta kecemerlangan sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi yang inklusif. Sementara itu, dalam ucapan yang disampaikan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, beliau dan barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA menyokong inisiatif ‘government of the day’ melalui pelbagai usaha yang digerakkan oleh
kolektif gerakan dalam mengangkat isu serta cabaran sektor koperasi untuk terus berkembang dan berdaya saing. Turut hadir dalam MAPA 2023 ialah
boleh mencapai kejayaan sekiranya kerajaan dapat memenuhi keperluan dana dan insentif yang diperlukan koperasi untuk terlibat dalam projek perniagaan
berimpak tinggi terutama melibatkan kelangsungan sekuriti makanan (food security). "ANGKASA akan terus memainkan peranan proaktif dalam usaha menggerakkan sinergi gerakan koperasi ke arah meningkatkan sumber makanan dan memastikan
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika memberikan ucapan.
kelangsungannya berada pada tahap yang stabil. Usaha berkenaan diharap dapat menjamin rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi serta bersama-sama kerajaan menangani isu kenaikan kos sara hidup," ujarnya. Bagi menjayakan usaha tersebut, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mahu gerakan koperasi meningkatkan keyakinan rakyat dan menjadikan koperasi sebagai pilihan utama perniagaan melalui pencapaian yang ditunjukkan. "Sokongan semua pihak telah memberikan impak positif kepada pencapaian perolehan koperasi negara, iaitu sebanyak RM45.5 bilion pada tahun 2022 dan dijangka meningkat kepada RM50 bilion pada tahun 2023. Justeru, penganjuran Kongres Koperasi
Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, wakil KUSKOP iaitu Encik Azizul Alias dan wakil Kementerian Kewangan (MOF), Puan Suzana Alias (secara dalam talian). Hadir sama, barisan anggota Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK), barisan anggota Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA yang diketuai Pengerusinya, Haji Zaharuddin Alias, barisan Jurucakap Negeri seramai 26 orang, barisan Penasihat Korporat ANGKASA dan barisan pengurusan tertinggi ANGKASA diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.
5
24 JUN 2023 (SABTU)
Pacu Pertumbuhan Sektor Koperasi: ANGKASA Cadang Lima Projek Berimpak Tinggi
Lembaga ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) meraikan kemenangan Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (dua dari kanan) dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa (tiga dari kiri) yang telah dipilih sebagai Anggota Lembaga ANGKASA dalam MAPA 2023.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
ANGKASA telah mencadangkan sebanyak lima projek berimpak tinggi dalam usahanya untuk memacu pertumbuhan sektor koperasi bagi memastikan sektor itu mampu menyumbang sebanyak RM60 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030 seperti yang digariskan dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030). Lima cadangan tersebut adalah pembelian dan pembangunan tanah di Setiu, Terengganu untuk Projek Inkubator Tanaman Kelapa Varieti Gadong Green Dwarf, projek rintis ternakan ayam gerakan koperasi, peruntukan tambahan untuk pembinaan kilang pemprosesan baharu bagi projek pembungkusan dan pemborongan beras, penubuhan lima anak syarikat MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd serta projek pembangunan perniagaan inkubator. Cadangan tersebut merupakan salah satu daripada 12 agenda yang dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-37 (MAPA 2023) yang dijalankan secara hibrid di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 24 Jun 2023. Seramai 2,051 perwakilan berdaftar daripada 1,858 Koperasi Anggota ANGKASA dari seluruh negara telah menghadiri mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Haji Mohamad Noor Mohamad dan dibantu oleh Timbalan Pengerusinya, Datuk Haji Haron Haji Abdullah. Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan agenda yang pertama, iaitu Mengesahkan Minit MAPA Ke-36 (MAPA 2022). Setelah itu, mesyuarat diteruskan dengan agenda Memilih Dua Orang Anggota Lembaga ANGKASA serta Memilih Enam Orang daripada Perwakilan Negeri dan Empat Orang daripada Lembaga ANGKASA sebagai Jawatankuasa Menentusah Draf Minit MAPA serta Mengesahkan Pelantikan Lembaga mewakili KUSKOP dan MOF. Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang mewakili Koperasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kuala Lumpur Berhad dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa daripada Koperasi Wawasan Malaysia Berhad telah dipilih semula sekali gus berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai Anggota Lembaga ANGKASA. Proses pemilihan dua Anggota Lembaga tersebut yang bermula jam 11:44 pagi secara digital berjalan dengan lancar dan bagi memastikan
Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-37 (MAPA 2023) telah diadakan secara hibrid di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 24 Jun 2023.
Sebahagian daripada perwakilan dan Jurucakap Negeri yang hadir secara fizikal.
6
24 JUN 2023 (SABTU)
MAPA 2023 dipengerusikan oleh Haji Mohamad Noor Mohamad (kiri) dan dibantu oleh Datuk Haji Haron Haji Abdullah.
Anggota Lembaga ANGKASA mewakili KUSKOP, Encik Azizul Alias.
Anggota Lembaga ANGKASA mewakili MOF, Puan Suzana Alias.
Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman, Haji Zaharuddin Alias.
Kakitangan ANGKASA bertugas di bilik meja bantuan.
Perwakilan berkunjung ke meja pameran PELANCAR.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh (kiri) dan Pengurus Besar Bahagian Sekretariat ANGKASA, Haji Anuar Bulin.
Perwakilan membaca Buku Minit MAPA Ke-36 (MAPA 2022)
ketelusan keputusan pengundian, firma audit luar Salihin Chartered Accountants telah dilantik serta dibantu oleh barisan anggota Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA yang diketuai oleh Pengerusinya, Haji Zaharuddin Alias. Seterusnya, mesyuarat telah Menimbang Laporan Lembaga ANGKASA dan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022 serta Menimbang dan Meluluskan Penyata Kewangan ANGKASA dan Subsidiari bagi tempoh yang sama berserta Laporan Juruaudit Luar. Mesyuarat turut Menimbang dan Meluluskan Anggaran Belanjawan ANGKASA, Modal Aset, Elaun Anggota Lembaga ANGKASA dan
Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) berakhir 31 Disember 2025 serta Anggaran Cadangan Elaun Kepada Anggota Lembaga Yang Dilantik Sebagai Pengarah Subsidiari dan Yayasan ANGKASA 2025 dan Cadangan Pembayaran Honorarium 2022 Kepada Anggota Lembaga ANGKASA. Selain itu, mesyuarat juga telah membentangkan agenda Menetapkan Had Pelaburan dan Menentukan Had Maksium Keterhutangan yang masing-masing adalah sebanyak RM1 Bilion sebelum berakhir dengan agenda Mendengar dan Memutuskan Apa-Apa Usul Daripada Anggota Lembaga ANGKASA dan Usul Negeri Yang Diterima Daripada Sesuatu Negeri.
Perwakilan membaca Wadah PELANCAR yang diedarkan secara percuma.
Keputusan Pemilihan Enam Orang daripada Perwakilan Negeri sebagai Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA: 1. Haji Asruddin Abas, Koperasi Pengetua MPSM Pahang Berhad 2. Dato’ (Dr.) Haji Mustafha Haji Abd Razak, Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad
3.
Prof. Ts. Dr. Haji Razali Hassan, Koperasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berhad Puan Habibah Ja’afar, Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong Berhad Encik Azhari Basiron, Koperasi Guru-Guru Johor Berhad Haji Mohamad Hanifah BK Koya Moideen Kutty, Koperasi Guru Melayu Pahang Selatan Berhad
4.
5.
6.
MAPA 2023 turut dihadiri oleh seramai 16 Pengerusi ANGKASA Negeri.
7
24 JUN 2023 (SABTU)
MAPA 2023: Platform Jurucakap Ketengahkan Suara Koperator
Sebahagian daripada barisan jurucakap MAPA 2023 bergambar bersama Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
Seramai 26 Jurucakap Negeri telah membawa suara koperator dalam MAPA 2023 untuk memastikan peranan yang dimainkan oleh ANGKASA di peringkat tempatan mahupun antarabangsa memberi impak kepada pembangunan perniagaan koperasi serta kekal relevan dan berkesan membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup. Jurucakap tersebut yang mewakili 16 ANGKASA Negeri telah memberikan pandangan dan buah fikiran mereka untuk setiap agenda yang dibentangkan dalam MAPA 2023 serta membentangkan usul negeri masing-masing mengikut peraturan dan etika yang ditetapkan. Antara isu yang dibangkitkan oleh jurucakap adalah usaha yang dilaksanakan oleh ANGKASA dalam memastikan terdapat peningkatan jumlah koperasi yang mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengurusan, pentadbiran dan perniagaan mereka. ANGKASA komited dalam usaha menggalakkan koperasi mengaplikasikan sistem perniagaan secara digital melalui platform e-dagang MyMall yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada tahun 2022. Selain itu, jaringan Coopstay di bawah sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan (SPPDK). ANGKASA juga menunjukkan perkembangan yang positif kepada ekonomi pengusaha inap desa (homestay) sekali gus memberi impak kepada penggunaan teknologi digital. Isu lain yang turut disuarakan oleh jurucakap adalah lima projek yang akan dilaksanakan oleh ANGKASA untuk memperkasakan perniagaan koperasi dan membolehkan koperasi menjadi antara penggerak utama aktiviti sosioekonomi negara.
Jurucakap Negeri Wilayah Persekutuan, Dato' (Dr.) Haji Mustafha Haji Abd Razak daripada Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad.
Jurucakap Negeri Perak, Encik Muhamed Shafie Abd. Karim daripada Koperasi Pekerja- Pekerja Kerajaan (KOSPEK) Hilir Perak Berhad.
Jurucakap Negeri Pahang Zon 1, Puan Hajah Sharifah Norhayati Syed Abdul Kadir daripada Koperasi JKR Pahang Berhad.
Jurucakap Negeri Melaka, Puan Norazlina Mokhtar daripada Koperasi Sekolah Menengah Air Molek Melaka Berhad.
BIL.
SENARAI JURUCAKAP
NEGERI
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
MOHAMED SHAFIE BIN ABD. KARIM KHIRUL AZWAN BIN TAHRIN
PERAK PERAK
14. SALIMIN BIN SAIJAN 15. MUIN BIN YAHAYA 16. MOHD FAIZ BIN MOHD ZIN
SELANGOR
AIDI ROSLAN BIN KHALIM
PULAU PINANG
NEGERI SEMBILAN NEGERI SEMBILAN
WAN NOR SHARMILAWATI BINTI WAN OSMAN KEDAH
WAN NORSHAHID BIN ZAINOL @ ABDULLAH
KEDAH PERLIS PERLIS
17. MOHAMAD MORTADZA BIN MANTRANG 18. NORIHAN BINTI MUHAMMAD FAUZI 19. RASHIDAH BINTI ISMAIL 20. NORAZLINA BINTI MOKHTAR 21. MASURA BINTI AHMAD 22. MOHD NASRI BIN MAT AKHIR 24. ABDUL JABAR BIN ZAKARIA 25. BADRUL HISHAM BIN HANAFIAH 26. DR HJ. SAAT HJ. AWG, DAMIT 23. SHARIFAH NORHAYATI BT SYED ABDUL KADIR
SARAWAK
BASHIR BIN SAAD
JOHOR JOHOR MELAKA MELAKA
WAN ABD RAHMAN BIN WAN AHMAD MOHAMED AZAMI BIN MOHAMED SALLEH SYED MOHMAD APANDI BIN SYED OMAR
KELANTAN KELANTAN TERENGGANU TERENGGANU WILAYAH PERSEKUTUAN WILAYAH PERSEKUTUAN
10. ISMAIL BIN MUDA
PAHANG TIMUR PAHANG TIMUR PAHANG BARAT PAHANG BARAT
11. HUSIN @ HASHIM BIN MAMAT 12. HAJI IDRIS BIN HAJI ISMAIL 13. MUSTAFHA BIN ABD RAZAK
SABAH
8
24 JUN 2023 (SABTU)
Reaksi Perwakilan
Puan Norazlina Mokhtar Koperasi SMK Air Molek Melaka Berhad "Pencapaian koperasi sekolah dalam gerakan koperasi membuktikan generasi muda dan belia bakal menjadi pemimpin yang dapat meneraju gerakan koperasi pada masa hadapan. Kejayaan koperasi sekolah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa membuktikan kekuatan koperasi sekolah diiktiraf setanding dengan koperasi dewasa, sekali gus dapat membantu memacu pembangunan sosioekonomi negara."
Haji Abdul Halim Ibrahim Koperasi Kolej Vokasional Tanjung Puteri Johor Berhad
Puan Masura Ahmad Koperasi Kariah Masjid Al-Ghaffar Jasin Melaka Berhad
Haji Mohamad Rani Mohamed Koperasi Pegawai Agama Terengganu Berhad "Seruan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang mahu gerakan koperasi bergerak menjadi ‘pemain’ dalam industri utama negara wajar disambut secara positif. Ini kerana sumbangan koperasi kepada gerakan akan dapat lebih dirasai oleh anggota secara keseluruhannya, seterusnya meningkatkan keyakinan
"Tahniah dan syabas kepada kepimpinan ANGKASA dan perwakilan seluruh negara yang kekal komited menghadirkan diri dalam MAPA 2023 yang diadakan secara hibrid buat kali ketiga berturut-turut pada tahun ini.
"Penganjuran MAPA 2023 adalah simbol kepada penyatuan dan prinsip serta nilai yang terkandung dalam koperasi yang menjadi panduan kepada anggota. terbaik kepada perwakilan berkongsi pencapaian dan meneroka strategi baharu serta berusaha merangka hala tuju berkesan untuk kecemerlangan gerakan koperasi." Selain itu, mesyuarat ini juga adalah medan
MAPA 2023 adalah platform dan wadah perkongsian terbaik kepada semua untuk
mempererat perhubungan, bertukar-tukar pandangan dan merencana agenda pembangunan gerakan koperasi."
orang ramai terhadap koperasi melalui aktiviti keusahawanan yang dijalankan."
Puan Rashidah Ismail Koperasi Bersatu Gadong Ledang Johor Berhad
Encik Michael George Nyuring Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Belaga Sarawak Berhad
Haji Awang Hamidun Panglima Tahir Koperasi Jaya Diri Papar Sabah Berhad
Dr. Hajah Faridah Darus Koperasi Madrasah Quran Al-Huda Kelantan Berhad
"Isu keterjaminan makanan (Food Security) yang menjadi perhatian utama ANGKASA berupaya menyokong agenda kerajaan dalam memastikan bekalan mencukupi dan harga yang stabil dalam pasaran. Justeru, koperasi perlu ke hadapan dalam membantu kerajaan serta mengambil
"Kongres Koperasi Kebangsaan yang bakal dianjurkan ANGKASA tidak lama lagi diharap boleh membawa suara gerakan koperasi secara kolektif. Sokongan daripada pemimpin koperasi dan anggota koperasi mampu menjadi pembakar semangat kepada gerakan untuk terus mencipta kecemerlangan dalam memastikan sektor koperasi sentiasa progresif dalam merencana hala tuju."
"Usaha ANGKASA memperkasakan
"Saya bersetuju bahawa koperasi adalah organisasi yang berpegang kepada prinsip keadilan, demokrasi dan penyertaan oleh anggota. Oleh itu, adalah penting prinsip ini diaplikasikan dalam setiap keputusan untuk memastikan setiap anggota mendapat hak dan manfaat yang sama rata daripada koperasi."
peranan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA di setiap negeri untuk menjalankan projek baharu melalui kerjasama dengan kementerian, agensi dan syarikat swasta wajar diberi perhatian. Diharap melalui inisiatif ini, usaha meningkatkan perolehan koperasi akan dapat dipertingkat ke arah menjadikan koperasi sebagai pilihan utama perniagaan."
peranan membantu merealisasikan usaha tersebut."
Sekalung Tahniah kepada DATO’ DR. HAJI ABDUL RAHMAN ABDUL RAZAK SHAIK yang dipilih semula sebagai ANGGOTA LEMBAGA ANGKASA Penggal 2023 / 2026 pada MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023)
daripada: Warga ANGKASA 24 JUN 2023: SABTU
Sekalung Tahniah MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) SHUKREE CHE ISA yang dipilih semula sebagai ANGGOTA LEMBAGA ANGKASA Penggal 2023 / 2026 pada kepada DATO’ HAJI CHE MOHD.
daripada: Warga ANGKASA 24 JUN 2023: SABTU
KOPERASI 10
JULAI 2023
Kerjasama ANGKASA dengan Jabatan Pertanian Bantu Tingkat Penyertaan Koperasi dalam Sektor Agromakanan
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia, Dato’ Zahimi Hassan (dua dari kanan) menunjukkan dokumen kerjasama yang telah ditandatangani. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (kiri sekali) dan Pengarah Bahagian Pengembangan Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia, Encik Johari Abdullah (kanan sekali).
Sesi perbincangan antara kepimpinan tertinggi ANGKASA dengan Jabatan Pertanian Malaysia.
Oleh RAHMAT MOHD DID
Kerjasama antara ANGKASA dengan Jabatan Pertanian Malaysia boleh membangunkan industri agromakanan negara, khususnya meningkatkan prestasi rangkaian pertanian melibatkan aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran menerusi sektor koperasi. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, peranan koperasi sebagai entiti ekonomi berdaya maju dalam sektor pertanian harus diketengahkan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi selari dengan objektif dan sasaran di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0). Berdasarkan laporan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 172 koperasi terlibat secara khusus dalam sektor agromakanan yang meliputi aktiviti penternakan, perikanan, tanaman dan pembekalan input pertanian. Beliau berkata demikian dalam Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Strategik antara Jabatan Pertanian Malaysia dengan ANGKASA di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 14 Jun 2023. Nota kerjasama tersebut telah ditandatangani oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang mewakili ANGKASA, manakala Jabatan Pertanian Malaysia diwakili oleh Ketua Pengarah Pertaniannya, Dato’ Zahimi Hassan. Ikatan kerjasama strategik tersebut adalah kesinambungan usaha sama Jabatan Pertanian Malaysia dan ANGKASA sebagai usaha menggalakkan sektor koperasi menceburkan diri dalam industri agromakanan subsektor tanaman. “Kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak ini diharap dapat memberikan landasan yang kukuh dalam pembangunan pertanian, meningkatkan pendapatan petani serta berupaya meningkatkan penyertaan koperasi dalam aktiviti pertanian,” katanya. Tambah beliau, jalinan kerjasama tersebut berupaya membangunkan
Dato’ Zahimi (tengah) melawat Tapak Projek Pembangunan dan Latihan Pertanian Pintar ANGKASA yang terletak di Aras 2, Ibu Pejabat ANGKASA.
industri
agromakanan meningkatkan
negara, prestasi
mengukuhkan kompetensi pegawai dan pengusaha melalui perkongsian pengetahuan, teknologi dan produk berinovasi di sepanjang rantaian nilai. Tambah Dato’ Zahimi lagi, visi Jabatan Pertanian adalah untuk memastikan negara dapat mengurangkan import bekalan makanan sekali gus mampu memasarkan produk sendiri dengan harga lebih murah dan mudah didapati dalam pasaran. Beliau juga menggalakkan pengusaha agromakanan mengambil bahagian dalam Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) bagi memenuhi piawaian hasil ladang yang selamat dan berkualiti, menjaga keselamatan alam sekitar serta menjamin kebajikan dan keselamatan pekerja. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2019, tanaman/komoditi yang mempunyai kadar sara diri (SSR) yang rendah dan patut diberikan fokus dan keutamaan termasuklah halia (16.2%), cili (30.8%), kobis bulat (36.2%), mangga (32.1%) dan kelapa (68.2%). Kadar kebergantungan import (IDR) bagi tanaman seperti halia adalah 84.3%, cili (73.6%), kobis bulat (65.4%), mangga (73.5%) dan kelapa (32.2%). Statistik tersebut menunjukkan bahawa pengeluaran hasil negara kita bagi komoditi tertentu adalah masih rendah dan masih bergantung terhadap import luar. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi), Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengarah Bahagian Pengembangan Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia, Encik Johari Abdullah.
khususnya rangkaian
pertanian melibatkan aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran menerusi sektor koperasi. Selain itu, ANGKASA juga turut bekerjasama dengan Unit Pembangunan Industri Florikultur, Seksyen Komoditi Bernilai Tinggi, Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya dalam Projek Ladang Eksport Orkid ke Dubai (LEOD) bagi tujuan mempromosikan projek tersebut kepada gerakan koperasi di seluruh Malaysia. Sementara itu, Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia, Dato’ Zahimi Hassan dalam ucapannya berkata, pihaknya komited menjalin kerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi dalam menggembleng sumber dan kepakaran ke arah memacu industri agromakanan dan keterjaminan makanan negara. Menurutnya, kerjasama tersebut diharap dapat meningkat dan
ANGKASA 11
JULAI 2023
ANGKASA dan LKTN Bekerjasama Majukan Industri Kenaf Negara
Oleh RAHMAT MOHD DID
Kerjasama antara ANGKASA dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) boleh memberi pulangan lumayan kepada koperasi yang menceburi industri tanaman tersebut. Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, kerjasama tersebut bertujuan untuk meningkatkan produktiviti koperasi yang sedang dan bakal terlibat dalam industri itu pada skala komersial. Beliau berkata demikian ketika mewakili ANGKASA dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dengan LKTN di Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf LKTN Beseri, Perlis pada 12 Jun 2023. LKTN pula diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Haji Idris Mohd Salleh. Sesi pertukaran dokumen tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), YB Datuk Hajah Siti Aminah Aching. Turut sama hadir ialah Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Perlis, Haji Razali Saad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) KPK, Encik Abdul Hadi Omar dan Pengerusi LKTN, Datuk Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah. Tambah Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman, usaha tersebut juga dijangka dapat menyumbang kepada pembangunan industri kenaf negara sekali gus membantu meningkatkan sumbangan gerakan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Antara projek yang telah dijayakan oleh Sektor Perladangan ANGKASA adalah Program Pembangunan Industri Kenaf bagi peringkat pemprosesan fiber premium (Kenaf). Sebanyak lima buah koperasi akan terlibat sepanjang pelaksanaan program itu sehingga tahun 2023. Kaedah pelaksanaan akan diselia oleh pihak LKTN melalui peranan yang dimainkan oleh Koperasi Pegawai dan Kakitangan LKTN Berhad dengan jaminan belian semula hasil fiber premium kering oleh pihak LKTN bagi memenuhi keperluan sumber untuk kilang pemprosesan produk Non-Woven Thermobonding milik organisasi itu di Setiu, Terengganu. Potensi lain bagi industri tersebut pada peringkat tanaman melalui penghasilan biji benih juga sangat baik dengan sasaran
Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (dua dari kanan) dan Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Haji Idris Mohd Salleh (dua dari kiri) menunjukkan dokumen MoU sambil disaksikan oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), YB Datuk Hajah Siti Aminah Aching (tengah).
Datuk Hajah Siti Aminah (tengah) bersama tetamu kehormat bergambar di hadapan Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf LKTN Beseri, Perlis.
penglibatan koperasi khususnya bagi negeri utara Semenanjung. “Fokus tanaman kenaf untuk sumber makanan ternakan ruminan pula adalah bagi mendepani cabaran semasa berhubung keterjaminan makanan dengan menitikberatkan pengurangan kos pengeluaran makanan ternakan dengan kualiti yang lebih baik kandungan sumber proteinnya," jelas Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman. Tambahnya lagi, melalui kerjasama itu, Sektor Perladangan ANGKASA akan dapat
memanfaatkan kelebihan dan kekuatan yang ada pada LKTN bagi membantu koperasi menceburi industri kenaf bukan sahaja di peringkat huluan, malah juga hingga ke peringkat hiliran. Kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah, Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh dan Timbalan Pengerusi JPAN Perlis, Haji Ashikin Talib.
Datuk Hajah Siti Aminah (dua dari kiri) dan tetamu kehormat menunjukkan beg berisi benih kenaf yang diproses di pusat pemprosesan.
Datuk Hajah Siti Aminah mendengar penerangan yang disampaikan oleh pempamer ketika melawat gerai pameran.
KOPERASI 12
JULAI 2023
Model Francais ‘Sweet Kocorn’ KOGAHAD Bantu Asnaf Miliki Perniagaan Sendiri
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar di hadapan ladang jagung manis yang diusahakan oleh Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar Berhad (KOGAHAD) di Kuala Kangsar, Perak pada 28 Mei 2023. Hadir sama, Pengerusi KOGAHAD, Encik Muhammad Muizzudin Din (tiga dari kanan), Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri (tiga dari kiri), Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim (kiri sekali) dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim (dua dari kiri).
Oleh RAHMAT MOHD DID
Beliau juga menggalakkan lebih banyak koperasi menceburkan diri dalam sektor pertanian, terutamanya koperasi belia agar isu keterjaminan makanan di Malaysia dapat ditangani seterusnya menjadi inspirasi kepada generasi muda. Menurut Pengerusi KOGAHAD, Encik Muhammad Muizzudin Din, projek tanaman jagung manis jenis ‘The Hulk’ tersebut baru sahaja bermula pada tahun 2022. Mereka turut mengusahakan pelbagai tanaman lain termasuk timun, terung, sawi, kucai, cili, sawi bunga dan kacang panjang di tapak projek berkeluasan 28 ekar di sekitar Kuala Kangsar. “Asalnya perniagaan ini adalah milik saya sendiri sebelum saya menyerahkannya kepada koperasi. Saya merasakan perlu berbuat demikian setelah merasakan tanggungjawab untuk berkongsi rezeki selain membantu keluarga yang kurang bernasib baik. Melalui francais 'Sweet Kocorn', segala kelengkapan untuk membuka kiosk bagi memulakan perniagaan kami berikan secara percuma kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 setiap bulan. Mereka hanya perlu menambah stok
ANGKASA ekosistem perniagaan yang diwujudkan oleh Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar Berhad (KOGAHAD) bermula daripada proses tanaman sehinggalah memuji kepada pengguna akhir selain turut membantu golongan kurang berkemampuan untuk memiliki perniagaan sendiri melalui model francais 'Sweet Kocorn'. Melalui model francais tersebut, KOGAHAD yang turut mempunyai kepakaran dalam sektor pertanian dan teknologi, memberi peluang kepada ramai golongan asnaf dan berpendapatan rendah untuk mengasah potensi keusahawanan mereka dengan membuka kiosk ‘Sweet Kocorn’. Usaha itu juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) koperasi tersebut. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdulah berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke ladang jagung manis KOGAHAD di Kuala Kangsar, Perak pada 28 Mei 2023.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah melihat tanaman jagung KOGAHAD.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah merasa jagung manis di kiosk ‘Sweet Kocorn’ iaitu model francais yang diperkenalkan KOGAHAD.
KOPERASI 13
JULAI 2023
secara terus daripada kami sahaja. Tiada syarat lain,” katanya ketika ditemu bual. Sehingga Mei 2023, lima buah kiosk ' Sweet Kocorn' telah diberikan kepada asnaf di Kuala Kangsar. KOGAHAD juga akan bekerjasama dengan Hazza Excellent Center di Ipoh untuk menyediakan sebuah pusat latihan perniagaan bagi asnaf yang layak untuk model francais tersebut. Apabila ditanya tentang perancangan masa hadapan, Encik Muhammad Muizzudin berkata KOGAHAD dalam proses untuk membuka sebuah kilang di Kuala Kangsar bagi memproses kernel jagung manis dan membeli jagung daripada peladang sekitar Perak secara Pertanian Kontrak. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut melihat tanaman lain yang diusahakan oleh KOGAHAD.
ANGKASA Pulau Pinang Promosi Melon Hami di AEON Shah Alam
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
ANGKASA Negeri Pulau Pinang telah mengadakan jualan Melon Hami di pasar raya AEON Shah Alam sebagai langkah permulaan untuk meneroka pasaran tempatan melalui cawangan AEON di seluruh Malaysia. Jualan sebanyak 800 kilogram Melon Hami yang telah dibawa dari ladang di Ara Kuda, Tasek Gelugor itu adalah hasil daripada pengeluaran pertama projek inkubator melon yang diusahakan oleh ANGKASA Negeri Pulau Pinang. Hasil pengeluaran seterusnya yang dijangka pada bulan September 2023 akan dipasarkan di beberapa cawangan Jaya Grocer. Usaha promosi tersebut dilakukan oleh pihak konsultan projek iaitu Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad (KoSahabat) bermula 28 Mei 2023 hingga 4 Jun 2023 dari 10 pagi hingga 10 malam. Sasaran program itu adalah untuk mewujudkan jenama Melon Varieti H-89 atau Melon Hami yang tersendiri melalui penetapan logo dan standard dalam pemasaran produk premium. Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman menyatakan penghargaannya kepada kepimpinan tertinggi ANGKASA, Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA serta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) atas sokongan dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan projek inkubator melon tersebut. “Projek itu mendapat kebenaran menyewa tanah seluas 7.2 ekar. Kini, enam buah rangka rumah hijau hampir siap dan hanya tinggal kerja memasang jaring untuk tanaman inkubator melon sahaja lagi. Sebuah rumah hijau mampu menghasilkan kira-kira 7,200 buah pokok melon,” ujar beliau. Hadir sama dalam sesi jualan itu ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah.
Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman (tengah), Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad (KoSahabat), Encik Nazrul Azlan Bachtiar bergambar di hadapan gerai jualan di AEON Shah Alam.
Pelanggan membeli melon segar yang dijual dengan harga RM14.90 setiap kilogram.
ANGKASA 14
JULAI 2023
MAAB Terus Cemerlang: Catat Perolehan RM13 Juta Tahun 2022
Oleh RAHMAT MOHD DID
Pengerusi MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Pengarah Eksekutif MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd., Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Barisan Ahli Lembaga Pengarah MAAB iaitu Dato’ Dr. Haji Adnan Alias, Dato’ Syed Ali Syed Mohammad, Haji Sazali Abd Hamid dan Haji Abdullah Muhammad, Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Ahli Lembaga Pengarah MAAB merangkap Penanggung Tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAAB, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus.
Lapan Koperasi Mendaftar Sebagai Rakan Niaga Koperasi (RNK) MAAB 1. Koperasi 1Keluarga Malaysia Berhad 2. Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad 3. Koperasi Shamelin Berhad 4. Koperasi Pesara-Pesara Kerajaan Malaysia Pahang Berhad 5. Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad 6. Koperasi Yayasan Guru dan Penjawat Awam Malaysia Berhad 7. Koperasi Peka Malaysia Berhad 8. Koperasi Keluarga Haji Abdul Latif Seremban Berhad
MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) terus maju ke hadapan sebagai penyedia utama perancangan dan pentadbiran harta pusaka di Malaysia. Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, pencapaian MAAB terus meningkat dari tahun ke tahun dan setakat Disember 2022, MAAB telah mendaftarkan hampir 250,000 pelan wasiat dengan nilaian anggaran aset sebanyak RM125 bilion. Jumlah pusaka yang telah diurus pula adalah sebanyak 728 fail, manakala akaun Amanah yang mana MAAB bertindak sebagai pemegang amanah adalah bernilai sebanyak RM250 juta. “Untuk tahun 2022 sahaja, MAAB telah meraih pendapatan kasar sebanyak RM13 juta dan sebahagian daripada keuntungannya telah diagihkan kepada asnaf yang layak dalam bentuk zakat perniagaan. Ini sangat penting dalam mendapatkan keberkatan daripada Allah S.W.T seterusnya memastikan kesinambungan perniagaan dan kejayaan pada masa akan datang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik MAAB Bersama Koperasi dan Majlis Penyerahan Sumbangan Infaq dan Zakat yang telah berlangsung di ibu pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 20 Jun 2023. Sebanyak lapan buah koperasi telah mendaftar sebagai Rakan Niaga Koperasi (RNK) MAAB sekali gus menjadi wakil ejen anak syarikat ANGKASA itu bagi pemasaran produk perancangan dan pentadbiran harta pusaka. Tambah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, besar harapan beliau untuk melihat MAAB terus cemerlang dan dapat membantu masyarakat menyelesaikan masalah harta pusaka terbeku yang gagal diselesaikan. “MAAB dan semua koperasi yang menandatangani perjanjian hari ini akan berganding bahu dan berusaha sebaik mungkin untuk menyedarkan masyarakat terutamanya yang beragama Islam untuk merancang harta pusaka melalui MAAB, dalam masa sama meraih pendapatan tambahan lumayan sekali gus mampu mengeluarkan zakat yang lebih besar dan membantu golongan yang lebih memerlukan,” ujarnya. Sebelum itu, Pengerusi MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dalam ucapannya berkata, dengan tema “Ke Arah Pengukuhan Jaringan Perniagaan MAAB,” berharap MAAB akan dapat mengorak langkah lebih jauh bagi memastikan sasaran perolehan pada tahun 2023, iaitu sebanyak RM13.3 juta tercapai. MAAB juga menyasarkan jualan wasiat sebanyak RM11.9 juta iaitu 89.6 peratus daripada sasaran jumlah perolehan. “Saya berharap untuk tahun ini, kita bukan sahaja dapat menjual produk wasiat, malah menguar- uarkan produk lain yang sedia ada di MAAB seperti Amanah Pusaka Care, Hibah Hartanah dan Hibah Saham Koperasi,” jelasnya. Majlis tersebut juga menyaksikan MAAB menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM199,544.58 kepada ANGKASA yang bertindak sebagai amil zakat selain penyerahan sumbangan infaq daripada harta pusaka Almarhumah Puan Hamada Bee Zainal Shah sebanyak RM10,000 kepada beberapa penerima, iaitu Yayasan Infaq ANGKASA, Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Ansar, sumbangan pembinaan Masjid Al Ulum Wattoiyibah serta Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Mukim Gong Badak Kuala Nerus Terengganu – PPDK Gong Badak. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan
Lapan koperasi yang mendaftar sebagai Rakan Niaga Koperasi (RNK) bersama MyANGKASA Amanah Berhad menunjukkan dokumen Perjanjian Kerjasama Strategik bergambar bersama Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama empat entiti penerima sumbangan infaq daripada harta pusaka Almarhumah Puan Hamada Bee Zainal Shah.
Pengerusi MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM199,544.58 kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang mewakili ANGKASA sebagai amil zakat.
ANGKASA 15
JULAI 2023
Prestasi Cemerlang Lonjak Perolehan KOPSYA
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) berjaya mengekalkan prestasi kewangan cemerlang pada tahun 2022 seterusnya kekal optimis dalam memacu kemajuan gerakan koperasi melalui perkhidmatan yang disediakan. Kejayaan tersebut juga membuktikan penubuhan KOPSYA oleh ANGKASA adalah bertepatan sebagai platform terbaik terutamanya untuk koperasi mikro mendapatkan pembiayaan pada kadar caj keuntungan lebih rendah berbanding kos pembiayaan atau pinjaman luar yang tinggi dan menyulitkan. Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sehingga Disember 2022 keanggotaan KOPSYA yang berjumlah 1,528 koperasi dengan jumlah pegangan syer terkumpul, iaitu RM56.8 juta menyaksikan prestasi kewangan berakhir 31 Disember 2022 berjaya mencatatkan keuntungan bersih kumpulan sebanyak RM10.3 juta. "KOPSYA juga telah meluluskan pembiayaan kepada 128 koperasi dengan jumlah RM948 juta dan telah membuat pengeluaran berjumlah RM619 juta. Jumlah tersebut dijangka akan bertambah pada masa akan datang melalui usaha penambahan dana baharu daripada institusi perbankan, manakala melalui produk pelaburan KOPSYA, jumlah deposit dan pelaburan daripada Koperasi Anggota adalah berjumlah RM36.1 juta," ujarnya. Koperasi Anggota turut disaran supaya dapat menambahkan lagi syer koperasi masing-masing bagi membantu mengembangkan dana KOPSYA untuk manfaat anggota seterusnya melonjakkan prestasi koperasi ke tahap yang lebih tinggi. Tambah beliau, KOPSYA akan terus proaktif menambahkan jumlah keanggotaan bagi membantu meningkatkan jumlah modal syer sebagai persediaan sumber modal perniagaan. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) KOPSYA kali Ke-9 yang berlangsung secara hibrid bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 5 Jun 2023. Dalam mesyuarat tersebut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga Presiden ANGKASA berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi KOPSYA Sesi 2023/2026. Beliau bertanding mewakili ANGKASA. Seramai 792 perwakilan berdaftar seluruh negara menyertai mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Anggota Lembaga KOPSYA, Datuk Azih Muda. Mesyuarat itu dimulakan dengan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-8 (2022). Sebanyak 16 agenda dibentangkan termasuk Membentang dan Menerima Laporan Lembaga Bagi Tempoh Januari sehingga Disember 2022, Membentang Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman Bagi Tempoh Januari Sehingga Disember 2022, Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit Bagi Tempoh Januari Sehingga Disember 2022, Menimbang dan Meluluskan
Pengerusi Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (tengah) mendapat mandat memimpin KOPSYA bersama barisan Anggota Lembaga yang lain.
Sebahagian perwakilan KOPSYA yang hadir ke mesyuarat secara fizikal di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 5 Jun 2023.
Anggota Lembaga KOPSYA, Datuk Azih Muda ketika mempengerusikan mesyuarat.
memenuhi misinya, iaitu sebagai ‘Koperasi Menengah Kewangan Nasional yang Memacu Kemajuan Gerakan Koperasi dan Negara’ dengan menggerakkan peluang rangkaian perniagaan untuk koperasi dan anggota koperasi serta menyediakan kemudahan kewangan dan perbankan koperasi syariah secara meluas. Senarai ALK KOPSYA Pengerusi: Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Naib Pengerusi: Haji Zaharudin Alias Setiausaha: Haji Alimen Ahmad Bendahari: Haji Mohd Jamil Othman Anggota Lembaga: - DSP Suhaimi Haji Ahmad - Datuk Haji Azih Muda - Prof. Ts Dr. Razali Hassan - Prof. Dr. Haji Wan Mohtar Wan Yusoff
Perwakilan menyampaikan pandangan ketika mesyuarat berlangsung.
Cadangan Pemberian Dividen 2022 serta Membentang
dan Meluluskan Perbelanjaan Melebihi lima (5) peratus dari Belanjawan Tahun 2022 yang diluluskan dalam MAPT kali ke-8. Mesyuarat turut Membentang dan Meluluskan Elaun dan Manfaat yang akan diberi kepada Anggota Lembaga dan Anggota Jawatankuasa, Membentang dan Meluluskan
- Puan Norizah Abdullah - Hajah Riguan Rashidi - Haji Mohamad Noor Mohamad - Encik Syahrudin Hanib - Encik Meor Mohd Faizul Abd Karim - Mohd Fauzi Mohamed Saif - Datuk Haji Mohamad Ali Hasan
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan perasmian MAPT KOPSYA kali ke-9.
Pembayaran Honorarium yang akan diberi kepada Anggota Lembaga, Membentang dan Meluluskan Pindaan Belanjawan bagi Tahun Kewangan 2023 dan Anggaran Belanjawan bagi Tahun Kewangan 2024, Memilih Panel Juruaudit Luar bagi Tahun 2023, Membentang dan Meluluskan Cadangan Skop dan Had Pelaburan, Membentang dan Meluluskan Cadangan Had Maksimum Keterhutangan serta Mendengar dan Memutuskan Usul dan Cadangan yang diterima daripada Perwakilan. Proses pengundian secara digital berjalan lancar bermula kira-kira jam 11.40 pagi bagi melantik lima (5) Anggota Lembaga KOPSYA dan enam (6) Jawatankuasa Menentusah Draf Minit MAPT kali ke- 9. Hadir sama secara fizikal dalam mesyuarat tersebut ialah barisan Anggota Lembaga ANGKASA, barisan Penasihat Korporat ANGKASA serta barisan pengurusan ANGKASA dan KOPSYA. KOPSYA yang ditubuhkan pada 7 Julai 2011
Jawatankuasa Menentusah Draf Minit MAPT Kali ke-9: 1.
Encik Majib Jussoh daripada Koperasi Pengangkutan dan Kepenggunaan Melayu Kedah Utara Berhad Haji Saidon Othman daripada Koperasi Pembangunan Daerah Kuantan Berhad Dato’ Dr. Haji Anwa Sulaiman daripada Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad Encik Abdul Wahab Alias daripada Koperasi Kakitangan ANGKASA Berhad Haji Adnan Awang daripada Koperasi Guru-Guru DTC Malaysia Berhad Encik Hamzah Ibrahim daripada Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad
2.
3.
4.
5.
6.
RENCANA 16
JULAI 2023
ARC Sdn. Bhd. Bantu Koperasi dalam Pengurusan Perniagaan
ARC Sdn. Bhd. telah menerima anugerah daripada FGV Holdings Berhad atas sumbangannya dalam program dan aktiviti agronomi.
Oleh ERDY IZWAN ASLI Pengurus Besar Kanan ARC Sdn. Bhd.
kos dapat dikurangkan lebih daripada 50% daripada kos industri kelapa sawit. Perkara ini dapat menyelesaikan masalah besar yang dihadapi koperasi dalam sektor perladangan bagi memastikan mereka mendapat pensijilan MSPO untuk terus pensijilan MSPO bersaing dalam industri kelapa sawit, sekali gus dapat meningkatkan harga jualan bahan komoditi berkenaan. Kini, ARC Sdn. Bhd. telah menjadi perunding kepada 50 koperasi perladangan melibatkan keseluruhan kawasan seluas 55,328.38 hektar melalui pensijilan MSPO. Bagi mendapatkan pensijilan MSPO ini, koperasi perlu mematuhi sebanyak 123 keperluan berdasarkan Standard MS2530:2013. Keperluan tersebut merangkumi pematuhan terhadap pengurusan pekerja, peningkatan hasil ladang, pengurusan penggunaan racun dan bahan kimia serta pengurusan pelupusan. Selain itu, keperluan turut merangkumi latihan dan keselamatan pekerja bertepatan dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Menjelang tahun 2024, ARC Sdn. Bhd. bersedia membantu koperasi dalam sektor perladangan bagi memperbaharui pensijilan MSPO di bawah Standard MS 2530:2022 yang telah dikeluarkan oleh Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC). MPOCC juga memperkenalkan Standard MSPO MS2530-4-3:2022 kepada penjual buah kelapa sawit atau penguasa pusat timbang yang menjalankan aktiviti tersebut. Selain daripada itu, ARC Sdn. Bhd. juga terlibat dalam memberi
ANGKASA Research & Certification Sdn. Bhd. atau ARC Sdn. Bhd. telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SKM) pada 14 November 2018. Kelulusan menubuhkan subsidiari milik penuh ANGKASA telah diperoleh dalam Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke- 33 dan mendapat kelulusan SKM pada 29 Ogos 2018. Pada peringkat awal penubuhan syarikat ini adalah bertujuan menjadi Badan Pensijilan untuk Malaysian Standard (MS) ISO gerakan koperasi dengan menawarkan kos persijilan yang berpatutan kepada koperasi. Namun, setelah empat tahun penubuhannya, ARC Sdn. Bhd. telah menunjukkan perkembangan positif apabila terlibat dalam pelbagai perkhidmatan bersifat pengurusan profesional. Kini, perkhidmatan yang ditawarkan hanya kepada koperasi dan juga subsidiari koperasi. Dalam tempoh singkat ini, ARC Sdn. Bhd. telah mendapat pengiktirafan daripada agensi luar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atas usaha dan perkhidmatan cemerlang yang diberikan. Perunding MSPO ANGKASA dan ARC Sdn. Bhd. telah mengadakan Program Pensijilan bersama Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) untuk gerakan koperasi. Penggemblengan kepakaran tersebut membolehkan
perkhidmatan khususnya dalam aktiviti perladangan seperti menjalankan Program Pemetaan, Mekanisasi dan Argronomi dengan kerjasama FGV Holdings Bhd. dan Sime Darby Berhad. aktivti perladangan, ARC Sdn. Bhd. turut terlibat secara aktif dalam memberi perkhidmatan percukaian kepada koperasi dan juga anak syarikat koperasi. Antara perkhidmatan yang diberikan adalah: Percukaian Selain daripada
Hasil Dalan Negeri Malaysia (LHDNM)
3. 4.
Rayuan Cukai
Khidmat nasihat dalam pertikaian cukai
5.
Taklimat cukai
Perkhidmatan tersebut adalah
sebahagian
daripada
program
yang menerusi persepakatan dalam Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani oleh ANGKASA dengan LHDNM pada 21 November 2018. Inisiatif tersebut telah berjaya dilaksanakan meningkatkan pematuhan koperasi termasuk peningkatan pendaftaran percukaian dalam kalangan koperasi. Kini, ARC Sdn. Bhd. telah memberi khidmat percukaian kepada lebih 60 koperasi dan juga enam (6) subsidiari koperasi dan jumlah tersebut dijangka bertambah dari semasa ke semasa. Perunding Pensijilan ISO Dalam mendepani cabaran masa kini, koperasi perlu menambah kepercayaan pelanggan dan pihak berkepentingan pemegang taruh melalui usaha peningkatan
Pematuhan Cukai: 1.
Pendaftaran cukai
2.
Penyediaan pengiraan cukai dan penghantaran borang - C1 Penyediaan dan penghantaran anggaran cukai akan dibayar - CP204
3.
4.
Pengiraan anggaran perubahan- CP204A
Khidmat Nasihat Cukai: 1. Perancangan cukai 2.
Khidmat nasihat kepada penemuan Audit Lembaga
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease