KOPERASI 10
JULAI 2023
Kerjasama ANGKASA dengan Jabatan Pertanian Bantu Tingkat Penyertaan Koperasi dalam Sektor Agromakanan
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia, Dato’ Zahimi Hassan (dua dari kanan) menunjukkan dokumen kerjasama yang telah ditandatangani. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (kiri sekali) dan Pengarah Bahagian Pengembangan Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia, Encik Johari Abdullah (kanan sekali).
Sesi perbincangan antara kepimpinan tertinggi ANGKASA dengan Jabatan Pertanian Malaysia.
Oleh RAHMAT MOHD DID
Kerjasama antara ANGKASA dengan Jabatan Pertanian Malaysia boleh membangunkan industri agromakanan negara, khususnya meningkatkan prestasi rangkaian pertanian melibatkan aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran menerusi sektor koperasi. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, peranan koperasi sebagai entiti ekonomi berdaya maju dalam sektor pertanian harus diketengahkan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi selari dengan objektif dan sasaran di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0). Berdasarkan laporan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 172 koperasi terlibat secara khusus dalam sektor agromakanan yang meliputi aktiviti penternakan, perikanan, tanaman dan pembekalan input pertanian. Beliau berkata demikian dalam Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Strategik antara Jabatan Pertanian Malaysia dengan ANGKASA di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 14 Jun 2023. Nota kerjasama tersebut telah ditandatangani oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang mewakili ANGKASA, manakala Jabatan Pertanian Malaysia diwakili oleh Ketua Pengarah Pertaniannya, Dato’ Zahimi Hassan. Ikatan kerjasama strategik tersebut adalah kesinambungan usaha sama Jabatan Pertanian Malaysia dan ANGKASA sebagai usaha menggalakkan sektor koperasi menceburkan diri dalam industri agromakanan subsektor tanaman. “Kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak ini diharap dapat memberikan landasan yang kukuh dalam pembangunan pertanian, meningkatkan pendapatan petani serta berupaya meningkatkan penyertaan koperasi dalam aktiviti pertanian,” katanya. Tambah beliau, jalinan kerjasama tersebut berupaya membangunkan
Dato’ Zahimi (tengah) melawat Tapak Projek Pembangunan dan Latihan Pertanian Pintar ANGKASA yang terletak di Aras 2, Ibu Pejabat ANGKASA.
industri
agromakanan meningkatkan
negara, prestasi
mengukuhkan kompetensi pegawai dan pengusaha melalui perkongsian pengetahuan, teknologi dan produk berinovasi di sepanjang rantaian nilai. Tambah Dato’ Zahimi lagi, visi Jabatan Pertanian adalah untuk memastikan negara dapat mengurangkan import bekalan makanan sekali gus mampu memasarkan produk sendiri dengan harga lebih murah dan mudah didapati dalam pasaran. Beliau juga menggalakkan pengusaha agromakanan mengambil bahagian dalam Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) bagi memenuhi piawaian hasil ladang yang selamat dan berkualiti, menjaga keselamatan alam sekitar serta menjamin kebajikan dan keselamatan pekerja. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2019, tanaman/komoditi yang mempunyai kadar sara diri (SSR) yang rendah dan patut diberikan fokus dan keutamaan termasuklah halia (16.2%), cili (30.8%), kobis bulat (36.2%), mangga (32.1%) dan kelapa (68.2%). Kadar kebergantungan import (IDR) bagi tanaman seperti halia adalah 84.3%, cili (73.6%), kobis bulat (65.4%), mangga (73.5%) dan kelapa (32.2%). Statistik tersebut menunjukkan bahawa pengeluaran hasil negara kita bagi komoditi tertentu adalah masih rendah dan masih bergantung terhadap import luar. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi), Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengarah Bahagian Pengembangan Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia, Encik Johari Abdullah.
khususnya rangkaian
pertanian melibatkan aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran menerusi sektor koperasi. Selain itu, ANGKASA juga turut bekerjasama dengan Unit Pembangunan Industri Florikultur, Seksyen Komoditi Bernilai Tinggi, Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya dalam Projek Ladang Eksport Orkid ke Dubai (LEOD) bagi tujuan mempromosikan projek tersebut kepada gerakan koperasi di seluruh Malaysia. Sementara itu, Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia, Dato’ Zahimi Hassan dalam ucapannya berkata, pihaknya komited menjalin kerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi dalam menggembleng sumber dan kepakaran ke arah memacu industri agromakanan dan keterjaminan makanan negara. Menurutnya, kerjasama tersebut diharap dapat meningkat dan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease