WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2023

ANGKASA 11

JULAI 2023

ANGKASA dan LKTN Bekerjasama Majukan Industri Kenaf Negara

Oleh RAHMAT MOHD DID

Kerjasama antara ANGKASA dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) boleh memberi pulangan lumayan kepada koperasi yang menceburi industri tanaman tersebut. Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, kerjasama tersebut bertujuan untuk meningkatkan produktiviti koperasi yang sedang dan bakal terlibat dalam industri itu pada skala komersial. Beliau berkata demikian ketika mewakili ANGKASA dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dengan LKTN di Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf LKTN Beseri, Perlis pada 12 Jun 2023. LKTN pula diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Haji Idris Mohd Salleh. Sesi pertukaran dokumen tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), YB Datuk Hajah Siti Aminah Aching. Turut sama hadir ialah Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Perlis, Haji Razali Saad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) KPK, Encik Abdul Hadi Omar dan Pengerusi LKTN, Datuk Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah. Tambah Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman, usaha tersebut juga dijangka dapat menyumbang kepada pembangunan industri kenaf negara sekali gus membantu meningkatkan sumbangan gerakan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Antara projek yang telah dijayakan oleh Sektor Perladangan ANGKASA adalah Program Pembangunan Industri Kenaf bagi peringkat pemprosesan fiber premium (Kenaf). Sebanyak lima buah koperasi akan terlibat sepanjang pelaksanaan program itu sehingga tahun 2023. Kaedah pelaksanaan akan diselia oleh pihak LKTN melalui peranan yang dimainkan oleh Koperasi Pegawai dan Kakitangan LKTN Berhad dengan jaminan belian semula hasil fiber premium kering oleh pihak LKTN bagi memenuhi keperluan sumber untuk kilang pemprosesan produk Non-Woven Thermobonding milik organisasi itu di Setiu, Terengganu. Potensi lain bagi industri tersebut pada peringkat tanaman melalui penghasilan biji benih juga sangat baik dengan sasaran

Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (dua dari kanan) dan Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Haji Idris Mohd Salleh (dua dari kiri) menunjukkan dokumen MoU sambil disaksikan oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), YB Datuk Hajah Siti Aminah Aching (tengah).

Datuk Hajah Siti Aminah (tengah) bersama tetamu kehormat bergambar di hadapan Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf LKTN Beseri, Perlis.

penglibatan koperasi khususnya bagi negeri utara Semenanjung. “Fokus tanaman kenaf untuk sumber makanan ternakan ruminan pula adalah bagi mendepani cabaran semasa berhubung keterjaminan makanan dengan menitikberatkan pengurangan kos pengeluaran makanan ternakan dengan kualiti yang lebih baik kandungan sumber proteinnya," jelas Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman. Tambahnya lagi, melalui kerjasama itu, Sektor Perladangan ANGKASA akan dapat

memanfaatkan kelebihan dan kekuatan yang ada pada LKTN bagi membantu koperasi menceburi industri kenaf bukan sahaja di peringkat huluan, malah juga hingga ke peringkat hiliran. Kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah, Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh dan Timbalan Pengerusi JPAN Perlis, Haji Ashikin Talib.

Datuk Hajah Siti Aminah (dua dari kiri) dan tetamu kehormat menunjukkan beg berisi benih kenaf yang diproses di pusat pemprosesan.

Datuk Hajah Siti Aminah mendengar penerangan yang disampaikan oleh pempamer ketika melawat gerai pameran.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease