WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2023

KOPERASI 12

JULAI 2023

Model Francais ‘Sweet Kocorn’ KOGAHAD Bantu Asnaf Miliki Perniagaan Sendiri

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar di hadapan ladang jagung manis yang diusahakan oleh Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar Berhad (KOGAHAD) di Kuala Kangsar, Perak pada 28 Mei 2023. Hadir sama, Pengerusi KOGAHAD, Encik Muhammad Muizzudin Din (tiga dari kanan), Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri (tiga dari kiri), Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim (kiri sekali) dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim (dua dari kiri).

Oleh RAHMAT MOHD DID

Beliau juga menggalakkan lebih banyak koperasi menceburkan diri dalam sektor pertanian, terutamanya koperasi belia agar isu keterjaminan makanan di Malaysia dapat ditangani seterusnya menjadi inspirasi kepada generasi muda. Menurut Pengerusi KOGAHAD, Encik Muhammad Muizzudin Din, projek tanaman jagung manis jenis ‘The Hulk’ tersebut baru sahaja bermula pada tahun 2022. Mereka turut mengusahakan pelbagai tanaman lain termasuk timun, terung, sawi, kucai, cili, sawi bunga dan kacang panjang di tapak projek berkeluasan 28 ekar di sekitar Kuala Kangsar. “Asalnya perniagaan ini adalah milik saya sendiri sebelum saya menyerahkannya kepada koperasi. Saya merasakan perlu berbuat demikian setelah merasakan tanggungjawab untuk berkongsi rezeki selain membantu keluarga yang kurang bernasib baik. Melalui francais 'Sweet Kocorn', segala kelengkapan untuk membuka kiosk bagi memulakan perniagaan kami berikan secara percuma kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 setiap bulan. Mereka hanya perlu menambah stok

ANGKASA ekosistem perniagaan yang diwujudkan oleh Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar Berhad (KOGAHAD) bermula daripada proses tanaman sehinggalah memuji kepada pengguna akhir selain turut membantu golongan kurang berkemampuan untuk memiliki perniagaan sendiri melalui model francais 'Sweet Kocorn'. Melalui model francais tersebut, KOGAHAD yang turut mempunyai kepakaran dalam sektor pertanian dan teknologi, memberi peluang kepada ramai golongan asnaf dan berpendapatan rendah untuk mengasah potensi keusahawanan mereka dengan membuka kiosk ‘Sweet Kocorn’. Usaha itu juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) koperasi tersebut. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdulah berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke ladang jagung manis KOGAHAD di Kuala Kangsar, Perak pada 28 Mei 2023.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah melihat tanaman jagung KOGAHAD.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah merasa jagung manis di kiosk ‘Sweet Kocorn’ iaitu model francais yang diperkenalkan KOGAHAD.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease