WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2023

KOPERASI 13

JULAI 2023

secara terus daripada kami sahaja. Tiada syarat lain,” katanya ketika ditemu bual. Sehingga Mei 2023, lima buah kiosk ' Sweet Kocorn' telah diberikan kepada asnaf di Kuala Kangsar. KOGAHAD juga akan bekerjasama dengan Hazza Excellent Center di Ipoh untuk menyediakan sebuah pusat latihan perniagaan bagi asnaf yang layak untuk model francais tersebut. Apabila ditanya tentang perancangan masa hadapan, Encik Muhammad Muizzudin berkata KOGAHAD dalam proses untuk membuka sebuah kilang di Kuala Kangsar bagi memproses kernel jagung manis dan membeli jagung daripada peladang sekitar Perak secara Pertanian Kontrak. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut melihat tanaman lain yang diusahakan oleh KOGAHAD.

ANGKASA Pulau Pinang Promosi Melon Hami di AEON Shah Alam

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

ANGKASA Negeri Pulau Pinang telah mengadakan jualan Melon Hami di pasar raya AEON Shah Alam sebagai langkah permulaan untuk meneroka pasaran tempatan melalui cawangan AEON di seluruh Malaysia. Jualan sebanyak 800 kilogram Melon Hami yang telah dibawa dari ladang di Ara Kuda, Tasek Gelugor itu adalah hasil daripada pengeluaran pertama projek inkubator melon yang diusahakan oleh ANGKASA Negeri Pulau Pinang. Hasil pengeluaran seterusnya yang dijangka pada bulan September 2023 akan dipasarkan di beberapa cawangan Jaya Grocer. Usaha promosi tersebut dilakukan oleh pihak konsultan projek iaitu Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad (KoSahabat) bermula 28 Mei 2023 hingga 4 Jun 2023 dari 10 pagi hingga 10 malam. Sasaran program itu adalah untuk mewujudkan jenama Melon Varieti H-89 atau Melon Hami yang tersendiri melalui penetapan logo dan standard dalam pemasaran produk premium. Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman menyatakan penghargaannya kepada kepimpinan tertinggi ANGKASA, Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA serta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) atas sokongan dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan projek inkubator melon tersebut. “Projek itu mendapat kebenaran menyewa tanah seluas 7.2 ekar. Kini, enam buah rangka rumah hijau hampir siap dan hanya tinggal kerja memasang jaring untuk tanaman inkubator melon sahaja lagi. Sebuah rumah hijau mampu menghasilkan kira-kira 7,200 buah pokok melon,” ujar beliau. Hadir sama dalam sesi jualan itu ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah.

Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman (tengah), Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad (KoSahabat), Encik Nazrul Azlan Bachtiar bergambar di hadapan gerai jualan di AEON Shah Alam.

Pelanggan membeli melon segar yang dijual dengan harga RM14.90 setiap kilogram.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease