WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2023

ANGKASA 15

JULAI 2023

Prestasi Cemerlang Lonjak Perolehan KOPSYA

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) berjaya mengekalkan prestasi kewangan cemerlang pada tahun 2022 seterusnya kekal optimis dalam memacu kemajuan gerakan koperasi melalui perkhidmatan yang disediakan. Kejayaan tersebut juga membuktikan penubuhan KOPSYA oleh ANGKASA adalah bertepatan sebagai platform terbaik terutamanya untuk koperasi mikro mendapatkan pembiayaan pada kadar caj keuntungan lebih rendah berbanding kos pembiayaan atau pinjaman luar yang tinggi dan menyulitkan. Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sehingga Disember 2022 keanggotaan KOPSYA yang berjumlah 1,528 koperasi dengan jumlah pegangan syer terkumpul, iaitu RM56.8 juta menyaksikan prestasi kewangan berakhir 31 Disember 2022 berjaya mencatatkan keuntungan bersih kumpulan sebanyak RM10.3 juta. "KOPSYA juga telah meluluskan pembiayaan kepada 128 koperasi dengan jumlah RM948 juta dan telah membuat pengeluaran berjumlah RM619 juta. Jumlah tersebut dijangka akan bertambah pada masa akan datang melalui usaha penambahan dana baharu daripada institusi perbankan, manakala melalui produk pelaburan KOPSYA, jumlah deposit dan pelaburan daripada Koperasi Anggota adalah berjumlah RM36.1 juta," ujarnya. Koperasi Anggota turut disaran supaya dapat menambahkan lagi syer koperasi masing-masing bagi membantu mengembangkan dana KOPSYA untuk manfaat anggota seterusnya melonjakkan prestasi koperasi ke tahap yang lebih tinggi. Tambah beliau, KOPSYA akan terus proaktif menambahkan jumlah keanggotaan bagi membantu meningkatkan jumlah modal syer sebagai persediaan sumber modal perniagaan. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) KOPSYA kali Ke-9 yang berlangsung secara hibrid bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 5 Jun 2023. Dalam mesyuarat tersebut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga Presiden ANGKASA berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi KOPSYA Sesi 2023/2026. Beliau bertanding mewakili ANGKASA. Seramai 792 perwakilan berdaftar seluruh negara menyertai mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Anggota Lembaga KOPSYA, Datuk Azih Muda. Mesyuarat itu dimulakan dengan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-8 (2022). Sebanyak 16 agenda dibentangkan termasuk Membentang dan Menerima Laporan Lembaga Bagi Tempoh Januari sehingga Disember 2022, Membentang Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman Bagi Tempoh Januari Sehingga Disember 2022, Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit Bagi Tempoh Januari Sehingga Disember 2022, Menimbang dan Meluluskan

Pengerusi Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (tengah) mendapat mandat memimpin KOPSYA bersama barisan Anggota Lembaga yang lain.

Sebahagian perwakilan KOPSYA yang hadir ke mesyuarat secara fizikal di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 5 Jun 2023.

Anggota Lembaga KOPSYA, Datuk Azih Muda ketika mempengerusikan mesyuarat.

memenuhi misinya, iaitu sebagai ‘Koperasi Menengah Kewangan Nasional yang Memacu Kemajuan Gerakan Koperasi dan Negara’ dengan menggerakkan peluang rangkaian perniagaan untuk koperasi dan anggota koperasi serta menyediakan kemudahan kewangan dan perbankan koperasi syariah secara meluas. Senarai ALK KOPSYA Pengerusi: Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Naib Pengerusi: Haji Zaharudin Alias Setiausaha: Haji Alimen Ahmad Bendahari: Haji Mohd Jamil Othman Anggota Lembaga: - DSP Suhaimi Haji Ahmad - Datuk Haji Azih Muda - Prof. Ts Dr. Razali Hassan - Prof. Dr. Haji Wan Mohtar Wan Yusoff

Perwakilan menyampaikan pandangan ketika mesyuarat berlangsung.

Cadangan Pemberian Dividen 2022 serta Membentang

dan Meluluskan Perbelanjaan Melebihi lima (5) peratus dari Belanjawan Tahun 2022 yang diluluskan dalam MAPT kali ke-8. Mesyuarat turut Membentang dan Meluluskan Elaun dan Manfaat yang akan diberi kepada Anggota Lembaga dan Anggota Jawatankuasa, Membentang dan Meluluskan

- Puan Norizah Abdullah - Hajah Riguan Rashidi - Haji Mohamad Noor Mohamad - Encik Syahrudin Hanib - Encik Meor Mohd Faizul Abd Karim - Mohd Fauzi Mohamed Saif - Datuk Haji Mohamad Ali Hasan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan perasmian MAPT KOPSYA kali ke-9.

Pembayaran Honorarium yang akan diberi kepada Anggota Lembaga, Membentang dan Meluluskan Pindaan Belanjawan bagi Tahun Kewangan 2023 dan Anggaran Belanjawan bagi Tahun Kewangan 2024, Memilih Panel Juruaudit Luar bagi Tahun 2023, Membentang dan Meluluskan Cadangan Skop dan Had Pelaburan, Membentang dan Meluluskan Cadangan Had Maksimum Keterhutangan serta Mendengar dan Memutuskan Usul dan Cadangan yang diterima daripada Perwakilan. Proses pengundian secara digital berjalan lancar bermula kira-kira jam 11.40 pagi bagi melantik lima (5) Anggota Lembaga KOPSYA dan enam (6) Jawatankuasa Menentusah Draf Minit MAPT kali ke- 9. Hadir sama secara fizikal dalam mesyuarat tersebut ialah barisan Anggota Lembaga ANGKASA, barisan Penasihat Korporat ANGKASA serta barisan pengurusan ANGKASA dan KOPSYA. KOPSYA yang ditubuhkan pada 7 Julai 2011

Jawatankuasa Menentusah Draf Minit MAPT Kali ke-9: 1.

Encik Majib Jussoh daripada Koperasi Pengangkutan dan Kepenggunaan Melayu Kedah Utara Berhad Haji Saidon Othman daripada Koperasi Pembangunan Daerah Kuantan Berhad Dato’ Dr. Haji Anwa Sulaiman daripada Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad Encik Abdul Wahab Alias daripada Koperasi Kakitangan ANGKASA Berhad Haji Adnan Awang daripada Koperasi Guru-Guru DTC Malaysia Berhad Encik Hamzah Ibrahim daripada Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

2.

3.

4.

5.

6.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease