RENCANA 17
JULAI 2023
Pelaksanaan Program Kesedaran Cukai kepada koperasi di Terengganu yang dijalankan oleh ARC Sdn. Bhd.
Pelaksanaan program MSPO oleh ARC Sdn. Bhd.
Pelaksanaan program mekanisasi oleh ARC Sdn. Bhd.
Perundingan Halal ARC Sdn. Bhd. turut meneroka iaitu bertindak sebagai perunding kepada 10 koperasi dalam mendapatkan status halal bagi produk keluaran koperasi. Projek Perundingan Halal berkenaan dapat membantu koperasi mendapatkan status halal bagi produk pengeluaran koperasi, sekali gus dapat memasarkan produk di peringkat antarabangsa. bidang pensijilan halal,
Setiausaha Syarikat Selain daripada memberi perkhidmatan kepada koperasi, ARC Sdn. Bhd. juga memberi perkhidmatan kepada subsidiari koperasi. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah menjadi setiausaha syarikat kepada enam (6) buah subsidiari koperasi, iaitu membantu subsidiari koperasi menguruskan perkara berkaitan keperluan yang telah ditetapkan dalam Akta Syarikat 2016.
Kesimpulan ARC Sdn. Bhd. komited dalam perkhidmatan terbaik bagi membolehkan koperasi meningkatkan mutu pengurusan yang lebih efisien dan seterusnya dapat bersaing dalam industri yang diceburi. usaha memberi
kualiti perkhidmatan berteraskan ketelusan dan integriti. Aktiviti Perundingan Pensijilan ISO misalnya, memberi fokus kepada Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS 9001:2015) dan Sistem Pengurusan Anti Rasuah. Perkhidmatan yang diberikan meliputi pembangunan dokumen, kursus, bengkel, pengauditan dalaman dan persediaan sebelum pengauditan oleh badan pensijilan.
ARC Sdn. Bhd dan APlus Jalin Kerjasama Tingkat Kesedaran Pematuhan Cukai
Dr. Mohd Azlan menyerahkan cek berjumlah RM25,000 sebagai dividen kepada Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Pengerusi ANGKASA Research & Certification Sdn. Bhd. merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (tiga dari kiri) dan Pengarah Urusan Aplus Management & Corporate Services merangkap Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin menunjukkan dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani.
Aplus Management & Corporate Services yang ditubuhkan pada tahun 1992 di Kuching, Sarawak merupakan sebuah firma perkhidmatan pengurusan dan perakaunan. Dr. Mohd Azlan dalam ucapannya berkata, bidang kerjasama tersebut meliputi aspek mempromosikan perkhidmatan percukaian di negeri Sarawak dan negeri lain yang bersesuaian serta memberi perkhidmatan percukaian kepada pelanggan dengan melaksanakan proses yang sewajarnya. Aspek lain juga adalah membangunkan modul dan melaksanakan program latihan dalam bidang kewangan kepada agensi, syarikat, enterprise, koperasi dan individu serta membangunkan
kapasiti modal insan dalam bidang percukaian. Sementara itu, ARC Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Dr. Mohd Azlan juga telah menyerahkan cek berjumlah RM25,000 sebagai dividen kepada ANGKASA yang diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di pejabat beliau. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan Lembaga Pengarah ARC Sdn. Bhd. yang terdiri daripada Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang juga Timbalan Presiden ANGKASA dan Haji Mohamed Yusoff, Pengerusi ANGKASA Negeri Terengganu serta Pengurus Besar Kanan ARC, Encik Erdy Izwan Asli dan Pengurus Besar ARC, Encik Zubir Kamaludin.
Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani dalam satu majlis ringkas di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya pada 22 Jun 2023. MoU itu telah ditandatangani oleh Pengerusi ARC Sdn. Bhd. merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, manakala Aplus Management & Corporate Services diwakili oleh Pengarah Urusannya, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin yang juga Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
ANGKASA Research & Certification Sdn. Bhd. menjalin kerjasama dengan Aplus Management & Corporate Services dalam usaha meluaskan perkhidmatan pematuhan cukai yang ditawarkannya kepada syarikat ‘Sendirian Berhad’ dan juga perniagaan ‘Enterprise’. Kerjasama strategik tersebut telah dimeterai melalui Memorandum
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease