WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2023

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 19

JULAI 2023

ANGKASA Rancang Kerjasama dengan Koperasi Pemasaran Mahkota Khatulistiwa Abadi

ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Noraini Mohamad. Delegasi Koperasi Pemasaran Mahkota Khatulistiwa Abadi yang hadir pula diketuai oleh S.H. Sultan Pontianak Ke-IX, YM Sultan Syerif Melvin Alkadrie bersama tujuh anggota lembaga koperasi yang lain. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, ANGKASA melihat peluang kerjasama tersebut mampu membuka ruang kepada pengukuhan ekonomi gerakan koperasi di Sabah dan Sarawak memandangkan kedudukan kedua-dua negeri itu yang

ekonomi keempat terbesar menjelang tahun 2030. “ASEAN mencatatkan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak AS$3.3 trilion pada 2021, sekali gus menjadikannya ekonomi kelima terbesar di dunia dan ketiga terbesar di Asia," ujarnya. Sebagai langkah awal katanya, satu pelan tindakan perlu dirangka untuk memastikan kerjasama yang dibentuk tersebut dapat direalisasikan dalam masa terdekat. Koperasi Pemasaran Mahkota Khatulistiwa Abadi yang terletak di Jalan Raya Desa Kapur, Kalimantan Barat itu telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan aktif menjalankan aktiviti pertanian iaitu penanaman padi dan jagung serta perkhidmatan kredit dan telekomunikasi. Pertemuan tersebut juga merupakan lanjutan daripada kunjungan YM Sultan Syerif Melvin Alkadrie ke ANGKASA Negeri Sarawak pada Oktober 2019 yang bertujuan membincangkan potensi membentuk jaringan kerjasama ekonomi antara koperasi di bumi Kenyalang itu dengan koperasi di Indonesia. Usaha mewujudkan kerjasama berkenaan tercetus berikutan Wilayah Pontianak yang berdekatan dengan Kuching, iaitu hanya memakan masa kira-kira enam jam untuk perjalanan darat, malah syarikat penerbangan turut menawarkan penerbangan terus bagi kedua-dua hala.

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan), S.H. Sultan Pontianak Ke-IX, YM Sultan Syerif Melvin Alkadrie (kiri) dan Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin (kanan) bergambar bersama kedua-dua pihak selepas selesai sesi perbincangan.

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

ekonomi baharu berasaskan per– mintaan eksport. Demikian menurut Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika mengetuai pertemuan rasmi antara ANGKASA dengan koperasi tersebut di Kuching, Sarawak pada 20 Mei 2023. Hadir sama dalam pertemuan itu ialah barisan kepimpinan ANGKASA yang terdiri daripada Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin, Pengerusi

berdekatan dengan Kalimantan. Tambah beliau, jalinan kerjasama perniagaan dan pelaburan kedua-dua pihak tersebut diharap menjadi titik tolak kepada pertumbuhan ekonomi baharu, lebih-lebih lagi Indonesia sedang berada pada fasa perpindahan ibu negara baharu iaitu dari Jakarta ke Kalimantan Timur yang dikenali sebagai Nusantara pada tahun 2024. Katanya, peluang itu amat bertepatan memandangkan dunia sedang menyaksikan ASEAN berada pada landasan terbaik bakal menjadi

Rancangan kerjasama perniagaan antara ANGKASA dengan Koperasi Pemasaran Mahkota Khatulistiwa Abadi yang berpusat di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia boleh memberi impak tinggi kepada ekonomi koperasi kedua-dua buah negara. Selain dapat meningkatkan hubungan perdagangan baharu di Kalimantan, koperasi di Malaysia juga berpeluang meneroka peluang

Keterjaminan Makanan: PADIGITAL Teroka Peluang Kerjasama dengan Koperasi di Malaysia

teknikal untuk memastikan kaedah itu (ekosistem blok rantai) dilaksanakan di Malaysia. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd. Alias

Oleh RAHMAT MOHD DID

Padigital Graha Utama (PADIGITAL) dari Indonesia sedang teroka peluang kerjasama dengan gerakan koperasi di Malaysia dalam menangani isu keterjaminan makanan di mana dapat mengurangkan penglibatan orang tengah melalui ekosistem blok rantai. Hasrat tersebut disampaikan oleh Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif PADIGITAL, Bapak Edi Prabowo ketika mengetuai kunjungan hormat delegasi PADIGITALbertemubarisankepimpinan tertinggi ANGKASA yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 6 Jun 2023. Tambah Bapak Edi, kaedah itu telah diaplikasikan di Indonesia melalui usaha PADIGITAL dan ternyata mampu mengurangkan harga beras kepada 20 hingga 30 peratus daripada harga pasaran dan dalam masa yang sama masih mendatangkan keuntungan sehingga 15 peratus kepada pengeluar. Katanya, PADIGITAL yang bergerak sebagai kolektif usahawan sosial menyedari kepentingan untuk bertindak segera terhadap isu perubahan iklim dan keterjaminan makanan yang melanda dunia dan memanfaatkan kemajuan teknologi digital untuk membantu pesawah miskin secara am dan pengguna akhir secara khusus.

Kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diketuai Presiden, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama delegasi PADIGITAL dari Indonesia.

“PADIGITAL tidak menggunakan sebarang transaksi mata wang fiat sepanjang proses produksi sehingga sampai kepada pengguna. Setiap jalur hanya menggunakan mata wang digital dan non-fungible token (NFT). Melalui cara ini, kos dapat dikurangkan semaksima mungkin, langsung mengelakkan rasuah dan pengguna dapat menikmati harga beras yang jauh lebih murah daripada pasaran dan ini membawa impak besar kepada sosioekonomi masyarakat di Indonesia,” jelasnya. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, konsep perniagaan yang digunakan oleh PADIGITAL amat bersesuaian dengan prinsip koperasi yang mengutamakan kebajikan

anggotanya, lebih-lebih lagi golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan bekalan asas dengan harga yang lebih murah. “Isu keterjaminan serta bekalan makanan merupakan isu global yang kian meruncing dan kami melihat koperasi adalah wadah yang tepat untuk menyelesaikannya. Melalui idea yang dibawakan oleh PADIGITAL, ANGKASA yakin gerakan koperasi di Malaysia mampu bersaing dengan kartel yang menentukan harga barangan sewenang- wenangnya dan menjimatkan kos operasi dengan mengurangkan peranan orang tengah,” katanya. Kerjasama tersebut akan diperhalusi pada masa akan datang dan ANGKASA sedia mewujudkan jawatankuasa

Hamzah, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim. Turut hadir, Pengasas Bersama PADIGITAL, Bapak Surya Kurniadi, Pengasas PADIGITAL, Yang Mulia Bapak Omega Soemarso Koesoemodilogo, Pengasas Pinterpolitik.com, Bapak Dr. Wim Tingkilisan, Pengurus Besar Yayasan MUSLIM, Bapak Irawan, Ketua Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI) dan Dewan Perniagaan dan Industri Indonesia (KADIN) Cabang Sumsel, Bapak Hermansyah Ahmad dan Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Encik Mohammad Fazril Mohd Saleh.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease