2 ANGKASA
JULAI 2023
Dato’ Sri Haji Wan Rosdy dan tetamu kehormat ketika melancarkan Buku Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKoP 2030).
DARI MUKA 1
pertanian, penternakan, perikanan dan pembekalan input pertanian/ternakan. Dalam majlis tersebut, sebanyak lima (5) koperasi dari Zon Timur menerima replika cek Pinjaman Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) bernilai RM13,938,000.00, manakala Geran Bantuan Pembangunan Koperasi bernilai RM665,000.00 turut disampaikan kepada lima (5) koperasi dari zon yang sama. Pada majlis yang sama, KUSKOP melalui kerjasama SKM, IKMa dan ANGKASA turut melancarkan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKoP 2030) yang menggariskan inisiatif ke arah usaha meningkatkan keupayaan koperasi menjalankan perniagaan berasaskan teknologi, seterusnya mewujudkan transformasi kepada gerakan koperasi ke arah pendigitalan. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA Wakil KUSKOP, Encik Azizul Alias dan barisan Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang terdiri daripada Pengerusi ANGKASA Pahang Timur, Haji Mohd Zahidi Haji Hussain, Pengerusi ANGKASA Pahang Tengah, Haji Mansor Ab. Rahman dan Pengerusi ANGKASA Pahang Barat, Dato' Syed Ali Syed Mohammad.
Penerima Pinjaman Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) dan penerima Geran Bantuan Pembangunan bergambar bersama tetamu kehormat.
Koperasi Keluarga Dato’ Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad dan Koperasi Sawit Sepuluh Kuantan Berhad mengambil bahagian dalam pameran BKK’23 bertempat di Dewan Bandaraya Kuantan, Pahang.
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Sidang Pengarang
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA (Menjalankan Fungsi Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik) • Halim Haji Ibrahim
Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh WELCOME2PRINT SDN. BHD. (1141557V) (Wakil Koperasi Pos Nasional Berhad) No. 40, Jalan PBS 14/3 Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
Timbalan Presiden • Dr. Mohd. Azlan Yahya
Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Muat Turun Aplikasi
Pegawai Media Sosial (Menanggung Tugas Pengurus) • Nadiah Kamarudin Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir
Mudah Alih PELANCAR PERCUMA
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease