3 ANGKASA
JULAI 2023
Buku Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKoP 2030).
Sumber: Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKoP 2030)
Dari Meja Presiden
2023 (BKK’23) merupakan manifestasi keprihatinan kementerian tersebut dalam memperkukuhkan jangkauan digital perniagaan koperasi. Malah, dalam satu sesi pembentangan deraf DigiKoP 2030 di Putrajaya pada 12 Jun 2030, YB Datuk Ewon juga menyarankan supaya usaha mendigitalisasikan perniagaan koperasi dimulakan pada peringkat koperasi sekolah.
Tranformasi Malaysia untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi bergantung pada keupayaan semua sektor di negara ini memanfaatkan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 yang menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi digital. Pengaruh digitalisasi dalam pembentukan gaya hidup penduduk Malaysia begitu luas dan kuat yang menyebabkan koperasi tidak boleh mengelak daripada membudayakannya dalam model operasi perniagaan yang diusahakan mereka. Koperasi juga perlu meneroka pelbagai peluang baharu melalui digitalisasi untuk membina daya tahan perniagaan di samping mengatasi persekitaran ekonomi yang mencabar. Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKoP 2030) yang dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick dalam Majlis Pelancaran Bulan Koperasi Kebangsaan
Tambah beliau, usaha itu perlu diteruskan sehingga ke peringkat koperasi dewasa supaya terdapat kesinambungan dalam usaha memudahkan proses peralihan perniagaan koperasi daripada konvensional kepada adaptasi teknologi dan digitalisasi dalam penawaran produk dan perkhidmatan. Justeru, koperasi perlu bangkit untuk berubah dan bersedia menerima pendekatan ekonomi digital dalam usaha mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif, mampan dan bertanggungjawab.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease