WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2023

4

24 JUN 2023 (SABTU)

ANGKASA Memacu Keberdayaan dan Transformasi Gerakan Koperasi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick menyampaikan ucapan perasmian menerusi rakaman tayangan video sempena MAPA 2023

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

pihaknya dan gerakan koperasi dalam menjayakan hasrat kerajaan meningkatkan ekonomi rakyat. Katanya, usaha pembangunan koperasi

Kebangsaan oleh ANGKASA yang akan diadakan tidak lama lagi diharap menjadi platform terbaik kepada suara

Kejayaan Malaysia memperlihatkan peranan signifikan ANGKASA dalam memacu keberdayaan, mencetus transformasi serta melakar kemajuan sosioekonomi gerakan yang mampan kepada kesejahteraan rakyat di negara ini. gerakan koperasi di Pencapaian yang dirintis ANGKASA di peringkat domestik mahupun antarabangsa membuktikan peranannya sebagai 'nakhoda kapal' kepada gerakan koperasi selain berjaya memperkasakan serta menjaga kepentingan ekonomi sektor koperasi. Demikian antara inti pati ucapan perasmian yang disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick menerusi rakaman tayangan video sempena Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA ke-37 (MAPA 2023) yang berlangsung di Auditorium ANGKASA,Kelana Jaya pada 24 Jun 2023. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut secara dalam talian ialah Pengarah Bahagian Penyeliaan dan Tadbir Urus, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Rosidah Ramli. YB Datuk Ewon menyatakan, sebagai sebuah entiti yang menaungi lebih 10,700 koperasi, beliau amat yakin melalui kolaborasi erat bersama KUSKOP, SKM dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa), gerakan koperasi dapat mengorak langkah lebih jauh dalam mencipta kecemerlangan sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi yang inklusif. Sementara itu, dalam ucapan yang disampaikan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, beliau dan barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA menyokong inisiatif ‘government of the day’ melalui pelbagai usaha yang digerakkan oleh

kolektif gerakan dalam mengangkat isu serta cabaran sektor koperasi untuk terus berkembang dan berdaya saing. Turut hadir dalam MAPA 2023 ialah

boleh mencapai kejayaan sekiranya kerajaan dapat memenuhi keperluan dana dan insentif yang diperlukan koperasi untuk terlibat dalam projek perniagaan

berimpak tinggi terutama melibatkan kelangsungan sekuriti makanan (food security). "ANGKASA akan terus memainkan peranan proaktif dalam usaha menggerakkan sinergi gerakan koperasi ke arah meningkatkan sumber makanan dan memastikan

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika memberikan ucapan.

kelangsungannya berada pada tahap yang stabil. Usaha berkenaan diharap dapat menjamin rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi serta bersama-sama kerajaan menangani isu kenaikan kos sara hidup," ujarnya. Bagi menjayakan usaha tersebut, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mahu gerakan koperasi meningkatkan keyakinan rakyat dan menjadikan koperasi sebagai pilihan utama perniagaan melalui pencapaian yang ditunjukkan. "Sokongan semua pihak telah memberikan impak positif kepada pencapaian perolehan koperasi negara, iaitu sebanyak RM45.5 bilion pada tahun 2022 dan dijangka meningkat kepada RM50 bilion pada tahun 2023. Justeru, penganjuran Kongres Koperasi

Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, wakil KUSKOP iaitu Encik Azizul Alias dan wakil Kementerian Kewangan (MOF), Puan Suzana Alias (secara dalam talian). Hadir sama, barisan anggota Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK), barisan anggota Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA yang diketuai Pengerusinya, Haji Zaharuddin Alias, barisan Jurucakap Negeri seramai 26 orang, barisan Penasihat Korporat ANGKASA dan barisan pengurusan tertinggi ANGKASA diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease