WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2023

5

24 JUN 2023 (SABTU)

Pacu Pertumbuhan Sektor Koperasi: ANGKASA Cadang Lima Projek Berimpak Tinggi

Lembaga ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) meraikan kemenangan Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (dua dari kanan) dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa (tiga dari kiri) yang telah dipilih sebagai Anggota Lembaga ANGKASA dalam MAPA 2023.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

ANGKASA telah mencadangkan sebanyak lima projek berimpak tinggi dalam usahanya untuk memacu pertumbuhan sektor koperasi bagi memastikan sektor itu mampu menyumbang sebanyak RM60 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030 seperti yang digariskan dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030). Lima cadangan tersebut adalah pembelian dan pembangunan tanah di Setiu, Terengganu untuk Projek Inkubator Tanaman Kelapa Varieti Gadong Green Dwarf, projek rintis ternakan ayam gerakan koperasi, peruntukan tambahan untuk pembinaan kilang pemprosesan baharu bagi projek pembungkusan dan pemborongan beras, penubuhan lima anak syarikat MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd serta projek pembangunan perniagaan inkubator. Cadangan tersebut merupakan salah satu daripada 12 agenda yang dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-37 (MAPA 2023) yang dijalankan secara hibrid di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 24 Jun 2023. Seramai 2,051 perwakilan berdaftar daripada 1,858 Koperasi Anggota ANGKASA dari seluruh negara telah menghadiri mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Haji Mohamad Noor Mohamad dan dibantu oleh Timbalan Pengerusinya, Datuk Haji Haron Haji Abdullah. Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan agenda yang pertama, iaitu Mengesahkan Minit MAPA Ke-36 (MAPA 2022). Setelah itu, mesyuarat diteruskan dengan agenda Memilih Dua Orang Anggota Lembaga ANGKASA serta Memilih Enam Orang daripada Perwakilan Negeri dan Empat Orang daripada Lembaga ANGKASA sebagai Jawatankuasa Menentusah Draf Minit MAPA serta Mengesahkan Pelantikan Lembaga mewakili KUSKOP dan MOF. Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang mewakili Koperasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kuala Lumpur Berhad dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa daripada Koperasi Wawasan Malaysia Berhad telah dipilih semula sekali gus berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai Anggota Lembaga ANGKASA. Proses pemilihan dua Anggota Lembaga tersebut yang bermula jam 11:44 pagi secara digital berjalan dengan lancar dan bagi memastikan

Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-37 (MAPA 2023) telah diadakan secara hibrid di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 24 Jun 2023.

Sebahagian daripada perwakilan dan Jurucakap Negeri yang hadir secara fizikal.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease