WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2025

Wadah

APRIL 2025 JILID: WP07/4

http://pelancar.online

www.angkasa.coop

KDN PP19744/02/2023 (035373)

Raja Muda Perlis Rasmi Program Kempen Penubuhan Koperasi Kariah Masjid

Hal ini turut dizahirkan oleh Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ketika merasmikan Kempen Penubuhan Koperasi Kariah Masjid-Masjid Negeri Perlis dan Sumbangan Asnaf anjuran ANGKASA Negeri Perlis di Kangar pada 12 Mac 2025. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan pek barangan asas kepada 20 asnaf sekitar Kangar. Terdahulu, Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail yang mewakili Presiden ANGKASA berkata, koperasi kariah masjid berperanan mengukuhkan ekonomi setempat, menyediakan peluang pekerjaan dan membantu pengurusan aset masjid secara sistematik. Tambah beliau, koperasi juga menyatukan ahli kariah melalui aktiviti ekonomi dan sosial, di samping menjana pendapatan untuk tujuan pembangunan fasiliti, pendidikan dan kebajikan. Majlis turut diselitkan sesi penerangan oleh Pengerusi ANGKASA Negeri Perlis, Dr. Ammar Hassan dan taklimat oleh wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Setakat ini, 15 daripada 101 masjid di Perlis telah menubuhkan koperasi kariah masing-masing. Hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Dato' Rahimi Ismail, Exco Agama Negeri Perlis, YB Tuan Muhammad Azmir Azizan, Exco Keusahawanan Negeri Perlis, YB Datin Marzita Mansor, Pengarah SKM Negeri Perlis, Encik Zaid Abu Bakar, Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh, barisan Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perlis dan Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha.

Pembangunan dan pemerkasaan koperasi kariah masjid bukan sahaja berpotensi menjana pendapatan anggota, malah mampu memperbaiki taraf sosioekonomi rakyat, terutamanya golongan memerlukan dan terpinggir. Berasaskan usaha, tenaga dan idea, pelbagai jenis perusahaan boleh diwujudkan demi kesejahteraan anggota koperasi. Melalui kerjasama erat antara pihak masjid, Jabatan Agama Islam Negeri, agensi berkaitan dan ANGKASA, koperasi kariah masjid di Perlis diyakini mampu terus berkembang maju. Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan beramah mesra bersama anak asnaf ketika menyampaikan sumbangan dalam program Kempen Penubuhan Koperasi Kariah Masjid-Masjid Negeri Perlis dan Sumbangan Asnaf anjuran ANGKASA Negeri Perlis di Kangar pada 12 Mac 2025.

Menteri KUSKOP Pengerusikan MPKK Pertama 2025.

Projek SejaTi MADANI Pacu Pembangunan Eko Pelancongan di Kota Belud.

Tanjong Waterfront Harbour Cruise - Pemacu Ekonomi Pelancongan Koperasi

2 muka

7

17

muka

muka

Sila Klik Kod QR untuk maklumat lanjut

INFO SEMASA

2

Wadah

APRIL 2025

Menteri KUSKOP Pengerusikan MPPK Pertama 2025

Barisan anggota Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bilangan 1/2025 bergambar sebelum mesyuarat bermula.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Usaha mereformasikan kerangka perundangan koperasi negara menjadi fokus utama yang diperbincangkan dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bilangan 1/2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor pada 22 April 2025. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick memberi tumpuan khusus terhadap sesi libat urus bersama barisan anggota MPKK berhubung penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) koperasi yang baharu. KUSKOP bersama-sama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kini dalam proses menggubal suatu akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 [Akta 502], sejajar dengan perkembangan semasa ekonomi dan landskap koperasi negara. Datuk Ewon dalam ucapannya berkata, pindaan yang dicadangkan itu bertujuan memperkukuh elemen pengawalseliaan serta memastikan perundangan koperasi kekal relevan dan mampu menangani cabaran baharu dalam persekitaran semasa. "Sehingga kini, KUSKOP dan SKM telah melaksanakan sebanyak 10 sesi libat urus dengan penyertaan sebanyak 295 buah koperasi dan 47 agensi kerajaan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas berkaitan RUU koperasi yang baharu," katanya. Selain itu, ujarnya, soal selidik juga telah diedar dan sebanyak 1,058 buah koperasi telah menjawab soal selidik tersebut. Matlamat utama penggubalan Akta Koperasi yang baharu adalah untuk memperkasakan gerakan koperasi dengan meliberalisasi perundangan di samping meningkatkan peranan SKM sebagai badan kawal selia koperasi. "Dengan penggubalan akta koperasi yang baharu ini, KUSKOP

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick ketika mempengerusikan Mesyuarat MPKK di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor pada 22 April 2025.

optimis dapat mewujudkan koperasi yang lebih responsif dan dinamik, memudahkan perniagaan koperasi, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan tata kelola koperasi," jelasnya. Menurut beliau, sehingga 12 April 2025, sebanyak 12 daripada 14 kerajaan negeri telah pun mengadakan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi peringkat negeri sekali gus membuktikan bahawa sektor koperasi semakin mendapat perhatian di peringkat negeri. "Kerajaan negeri juga dilihat

semakin aktif dalam menyokong pembangunan dan kemajuan koperasi di negeri masing-masing menerusi penyediaan insentif. Bagi tahun 2025, Selangor memperuntukkan RM1 juta, Perak (RM723 ribu), Johor (RM600 ribu), Melaka (RM450 ribu), Pulau Pinang (RM200 ribu), Pahang (RM100 ribu) dan Kedah (RM50 ribu)," ujar beliau. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut menyuarakan pandangan beliau bahawa dalam

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

INFO SEMASA

3

Wadah

APRIL 2025

Buat julung kalinya Mesyuarat MPKK diadakan di Dewan Anjung Seri Budiman, UiTM.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) ketika menyuarakan pandangan beliau dalam mesyuarat.

menggubal akta baharu, aspek teras atau ‘DNA’ koperasi perlu terus dipelihara agar tidak lari daripada semangat asal gerakan koperasi. Katanya lagi, akta yang digubal perlu mencerminkan identiti koperasi sebagai gerakan ekonomi rakyat, bukan sekadar entiti perniagaan biasa. Sebanyak lapan agenda telah dibentangkan dalam mesyuarat kali ini, antaranya pengesahan minit MPKK Bil. 2/2024 bertarikh 8 Oktober 2024 dan pembentangan bertajuk 'Cadangan Penggubalan Suatu Akta Baharu Bagi Menggantikan Akta Koperasi 1993 [Akta 502]' oleh Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar. Dalam majlis yang sama juga berlangsung penyampaian sijil pelantikan kepada 21 anggota baru MPKK bagi penggal 2025–2027.

YB Datuk Ewon menyerahkan Sijil Pelantikan Anggota MPKK 2025-2027 kepada Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Negeri Pulau Pinang, YB Tuan Fahmi Zainol.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KUSKOP, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh. Hadir sama ialah Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) dan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor. Mesyuarat juga disertai oleh 14 Exco Kerajaan Negeri yang memegang portfolio koperasi, sembilan wakil gerakan koperasi, tiga wakil akademik dan dua wakil industri serta turut dihadiri oleh pegawai tertinggi kementerian.

Dari Meja Presiden

kepada koperasi yang terlibat dalam sektor peruncitan untuk meningkatkan kapasiti pendapatan. Justeru, bagi membalas jasa dan kepercayaan kerajaan kepada gerakan koperasi, setiap anggota dan pengurusan koperasi perlulah memainkan peranan secara lebih padu dan konsisten. Hal tersebut penting demi memastikan sasaran yang diunjurkan khususnya dalam aspek pemerkasaan ekonomi dapat direalisasikan dan sekali gus meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap fungsi serta peranan koperasi. Sokongan dan penglibatan langsung semua pihak amat dialu-alukan. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan dan teruskan semangat juang anda demi kelestarian dan kecemerlangan gerakan koperasi.

Pelbagai inisiatif pemerkasaan ekonomi yang diberikan oleh kerajaan kepada koperasi wajar dihargai dan dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk terus maju. Program SejaTi MADANI ANGKASA menjadi antara peruntukan yang disalurkan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) berjumlah RM2 juta dan disalurkan melalui ANGKASA bermula tahun lalu. Menerusinya, sebanyak 20 koperasi telah terpilih bagi memperkasakan perniagaan koperasi dan sosioekonomi anggotanya. Selain itu, subsidi yang disalurkan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) juga banyak memberikan kelebihan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

INFO SEMASA

4

Wadah

APRIL 2025

KUSKOP Umum Geran Khusus Bantu Perkasa Koperasi Siswa

Sesi dialog 'Coop-Talk : Menteri dan Siswa 2025' menampilkan barisan panel yang diketuai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (tengah).

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Kementerian

Pembangunan

Usahawan

dan mengumumkan pemberian geran sebanyak RM20,000 khusus untuk koperasi siswa (KOSISWA) di seluruh negara dalam usaha memperkasakan aktiviti perniagaan yang diusahakan mereka. Koperasi (KUSKOP) Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick semasa sesi dialog 'Coop-Talk : Menteri dan Siswa 2025' anjuran KUSKOP dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor pada 22 April 2025. Menurut beliau, pemberian geran tersebut tertakluk kepada KOSISWA yang mematuhi kriteria ditetapkan, termasuk pengurusan mesyuarat agung yang teratur serta laporan kewangan yang telah diaudit. “Meskipun jumlah ini nampak kecil, namun ini adalah isyarat bahawa kementerian (KUSKOP) berada di sini untuk memudah cara dan membimbing. Atas dasar itu juga, kita telah melantik wakil KOSISWA, iaitu Setiausaha Kehormat Koperasi SISWA UiTM Selangor Berhad (KOSISWA UiTM), Encik Ahmad Naqiuddin Mohamad sebagai anggota Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK),” katanya. Menurut beliau, penyertaan wakil KOSISWA dalam MPKK membolehkan suara mahasiswa didengari dalam proses penggubalan dasar, undang-undang serta pelaksanaan inisiatif berkaitan sektor koperasi di peringkat kementerian dan agensi. Mengulas lanjut, beliau menzahirkan harapan agar lebih ramai usahawan berskala sederhana dan besar dapat dilahirkan, seterusnya mampu menembusi pasaran antarabangsa dan disenaraikan di bursa saham. “Saya ingin melihat lebih ramai usahawan kita berjaya ke peringkat lebih tinggi, membawa produk dan perkhidmatan ke pasaran global. Namun dalam masa sama, kita tidak akan

Mahasiswa mengambil peluang bertanyakan soalan kepada YB Datuk Ewon dalam sesi dialog.

mengabaikan golongan usahawan informal,” katanya. Beliau turut menyeru mahasiswa agar mempertimbangkan keusahawanan sebagai satu pilihan kerjaya selain menyertai sektor perkhidmatan awam. “Kita semua melalui proses pendidikan yang melatih kita untuk membuat keputusan dari sekolah rendah hingga ke kampus. Maka saya ingin mengajak mahasiswa, selain menyertai perkhidmatan bergaji, pertimbangkan juga untuk menjadi usahawan,” katanya. Tambah beliau, Mesyuarat MPKK Bilangan 1/2025 yang julung kalinya diadakan di UiTM bertujuan memberi mesej jelas agar mahasiswa melihat koperasi sebagai satu platform berimpak tinggi. “Mari kita berkoperasi. Sertailah

YB Datuk Ewon menyeru mahasiswa untuk menggunakan platform koperasi sebagai titik permulaan menjadi seorang usahawan yang berjaya.

INFO SEMASA

5

Wadah

APRIL 2025

'Coop-Talk : Menteri dan Siswa 2025' berlangsung dalam suasana santai namun sarat dengan perkongsian ilmu dan aspirasi pembangunan koperasi mahasiswa.

koperasi dan gunakan platform ini untuk menyumbang buah fikiran serta menyertai pembangunan ekonomi negara,” katanya. Dalam majlis yang sama, turut berlangsung sesi pertukaran nota kerjasama antara KOSISWA UiTM

dengan Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM serta antara KOSISWA UiTM dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM. Langkah strategik tersebut bertujuan memperkukuh dan memperkasakan ekosistem keusahawanan di UiTM melalui

kerjasama lebih erat antara entiti koperasi, akademik dan kepimpinan pelajar. Terdahulu, YB Datuk Ewon turut merasmikan The Cups Coffee & Kitchen , premis makanan dan minuman milik KOSISWA UiTM yang telah mula beroperasi sejak tahun 2023. Sesi dialog 'Coop-Talk : Menteri dan Siswa 2025' turut menampilkan beberapa panel jemputan termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Negeri Pulau Pinang, YB Tuan Fahmi Zainol, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia, Encik Mohd Zaib Mat Yunus, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi, Penolong Naib Canselor MASMED UiTM, Prof. Madya Dr. Badrul Isa serta Pengerusi KOSISWA UiTM, Saudara Muhamad Aidil Tasnim. Sesi itu turut dimoderatorkan oleh Yang Dipertua MPP UiTM sesi 2024/2025, Saudara Muhammad Haziq Sabri.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata ANGKASA bersedia membantu koperasi siswa yang mahu membawa produk dan perkhidmatan mereka ke peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Rusli Jaafar.

YB Datuk Ewon merasmikan The Cups Coffee & Kitchen , premis makanan dan minuman milik Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad (KOSISWA UiTM).

Sebahagian daripada mahasiswa yang hadir.

INFO SEMASA

6

Wadah

APRIL 2025

Reaksi Peserta

Muhammad Afiq Iskandar KOSISWA UPM "Banyak idea dan cadangan penambahbaikan yang saya dapat sepanjang program ini berlangsung. Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick juga mengambil pendekatan yang baik untuk menerima pandangan KOSISWA supaya dapat terus berdaya maju dalam keusahawanan koperasi. "

Dr. Hamadallah Mohammad Salleh Pensyarah USIM

Annis Sufiah KOSISWA UiTM Selangor

Muhammad Aiman Aqil Muhd Azlan KOSISWA USIM

"Program ini membuka ruang dialog

"Satu inisiatif yang sangat bermakna dalam berkongsi pendapat serta mengukuhkan hubungan antara pihak kerajaan dan golongan mahasiswa. Mahasiswa juga berpeluang berinteraksi secara terus dengan pemimpin negara."

secara terbuka untuk membina kefahaman mengenai peranan koperasi dan usaha memperkasakan generasi muda dalam program keusahawanan koperasi. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang."

"Program ini memberi manfaat kepada KOSISWA terutamanya bagaimana untuk menggalakkan mahasiswa terlibat secara aktif dalam gerakan koperasi dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan utama."

Luqmanul Hakim Zulkornain (kanan sekali)

Dayang Izzwiena & Dayang Noranis Mahasiswa UiTM Puncak Alam

Muhammad Ridzwan Shaarani KOSISWA UiTM Selangor

ALK KOSISWA UiTM Selangor

"Platform yang bagus dan berinformatif. Dengan adanya dialog seperti ini, KOSISWA dapat menyuarakan pandangan dan memperkaya mengenai ilmu keusahawanan serta menerapkan nilai kepimpinan melalui koperasi." Raja Zahrin Shah Raja Zainal KOSISWA UTHM

"Secara keseluranhanya program ini berajaya menyuntik semangat keusahawanan koperasi di kalangan mahasiswa. YB Menteri KUSKOP juga turut menekankan pentingnya KOSISWA dalam melahirkan usahawan muda."

Saya berharap YB Menteri KUSKOP akan terus memberikan fokus kepada KOSISWA supaya dapat melahirkan usahawan koperasi yang dapat menyumbang kepada pembangunan komuniti dan ekonomi negara.

"Program ini memberi peluang

kepada kami (mahasiswa) untuk mengenali dunia koperasi dengan lebih dekat, selain menjadikan koperasi sebagai salah satu kerjaya untuk meningkatkan pendapatan."

INFO SEMASA

7

Wadah

APRIL 2025

Projek SejaTi MADANI Pacu Pembangunan Eko Pelancongan di Kota Belud

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tujuh dari kanan) bersama barisan kepimpinan ANGKASA ketika melakukan lawatan ke tapak Projek Pembersihan dan Penyelenggaraan Sir Hugh Low’s Trail, Kiau Kota Belud di bawah Program SejaTi MADANI milik Koperasi Minitinduk Kota Belud Berhad.

dalam keadaan terkawal dan selamat. "Laluan pendakian sedang diselenggara dengan baik bagi memastikan keselamatan para pendaki. Di samping itu, pondok rehat juga dirancang untuk dibina di sepanjang laluan bagi kemudahan para pendaki," katanya.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato' Haji Kamaruddin Ismail, Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim.

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Koperasi Minitinduk Kota Belud Berhad merupakan salah sebuah koperasi penerima dana Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) 2024 bagi menambah baik kemudahan laluan pendakian sekali gus menyokong aktiviti eko pelancongan di kawasan tersebut. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang mengetuai lawatan ANGKASA ke tapak Projek Pembersihan dan Penyelenggaraan Sir Hugh Low’s Trail pada 20 April 2025 menyatakan bahawa tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menilai status semasa kerja-kerja penyelenggaraan yang telah mencapai tahap sekitar 34 peratus. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berharap, kejayaan koperasi itu nanti dapat menginspirasikan lebih banyak koperasi untuk menceburi aktiviti pelancongan seterusnya meningkatkan perolehan koperasi dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). “Lawatan ini berjaya mencapai matlamatnya dalam menilai dan memastikan kelancaran pelaksanaan projek. Penyelenggaraan yang berterusan dan kerjasama Koperasi Minitinduk Kota Belud Berhad, Sir Hugh Low’s Trail dijangka menjadi tarikan eko pelancongan yang lebih selamat, menarik dan mampan di masa hadapan," ujar beliau. Sementara itu, Pengerusi Koperasi Minitinduk Kota Belud Berhad, Encik Martin Moguring berkata, antara cabaran yang dihadapi oleh koperasi adalah disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu, kekurangan pekerja lelaki berbanding wanita serta kelewatan bekalan bahan binaan daripada pembekal. Walau bagaimanapun, pasukan pelaksana tetap komited meneruskan kerja

Bergambar di perkarangan Tamu Desa Tradisi Kiau, Kota Belud selepas sesi lawatan di tapak Projek Pembersihan dan Penyelenggaraan Sir Hugh Low’s Trail.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mendengar penerangan yang disampaikan oleh Pengerusi Koperasi Minitinduk Kota Belud Berhad, Encik Martin Moguring mengenai penambahbaikan kemudahan pendakian Sir Hugh Low’s Trail.

INFO SEMASA

8

Wadah

APRIL 2025

Pengerusi SKM Berkunjung ke ANGKASA

“Apa yang penting, di mana sahaja kita berada, kita perlu mengetengahkan diri masing-masing, kerana tujuan kita tetap sama walaupun berbeza pendapat. Komunikasi juga perlu bagi mengelakkan persepsi kurang menyenangkan sekali gus mengutamakan keakraban hubungan sesama organisasi supaya segala perancangan dapat berjalan lancar,” ujarnya. Terdahulu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam ucapannya berharap agar ANGKASA berpeluang dan dapat bersama-sama dengan pihak Lembaga Pengarah SKM dalam membuat dasar dan sebagainya kerana ANGKASA mewakili keperluan dan kekangan yang dihadapi oleh koperasi ahlinya. Taklimat mengenai ANGKASA telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Delegasi SKM yang hadir terdiri daripada Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM, Puan Siti Azlin Ahmad Dauta, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) SKM, Encik Rozdeen Mohd Jaafar Naib, Pengarah Penyeliaan dan Tadbir Urus SKM, Encik Zahir Dahari, Pengarah Pengurusan Pelaburan SKM, Puan Norasarida Saleh, Pengarah Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat SKM, Puan Norlelah Samsuddin dan Pegawai Khas Pengerusi Pejabat Pengerusi SKM, Encik Datu Mohd Rais Aslam Datu Jamigul.

Delegasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang diketuai oleh Pengerusinya, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) (enam dari kiri) bersama Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tujuh dari kanan) dan barisan Anggota Lembaga ANGKASA dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri.

Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ

Dalam berkata, penambahbaikan dalam peranan ketiga-tiga agensi iaitu, SKM, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya fungsi dan tanggungjawab masing-masing dapat memberi impak yang lebih besar pada organisasi serta menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara. ucapannya, beliau SKM bersedia membantu ANGKASA dalam apa juga keadaan seiring dengan peranannya memelihara kepentingan dan mewakili gerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk mengkaji semula akta atau undang-undang yang sedia ada.

Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) telah mengadakan kunjungan ke ANGKASA bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 14 Mac 2025. Beliau yang diiringi oleh beberapa pegawai SKM yang lain telah disambut oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan barisan Anggota Lembaga ANGKASA serta pengurusan tertinggi ANGKASA.

PENGANTARABANGSAAN

9

Wadah

APRIL 2025

ACO Teruskan Usaha Pengiktirafan ASEAN menerusi Jalinan Diplomatik

Setiausaha Agung ASEAN Co-operative Organization (ACO) merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail menyampaikan cenderamata kepada Duta Besar Myanmar ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Aung Soe Win di Kedutaan Besar Republik Kesatuan Myanmar, Kuala Lumpur pada 9 April 2025. Hadir sama ialah Bendahari ACO merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad (kanan sekali).

Sesi perbincangan antara barisan kepimpinan ACO dan ANGKASA dengan Duta Besar Timor-Leste, TYT Lisualdo Menezes Coimbra Gaspari (empat dari kanan) di Kedutaan Republik Demokratik Timor-Leste, Kuala Lumpur pada 14 April 2025.

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN DAN NADIAH KAMARUDIN

Konsul Jeneral, Mr. Roussel R. Reyes. Beliau turut mengetuai kunjungan ke atas Duta Besar Timor-Leste, TYT Lisualdo Menezes Coimbra Gaspari pada 14 April 2025. Setiap pertemuan dimanfaatkan bagi membincangkan pelbagai perkara antaranya cadangan penubuhan satu platform rasmi koperasi ASEAN. Platform itu bertujuan membolehkan gerakan koperasi menyuarakan pandangan dan cadangan berkaitan dasar secara lebih tersusun, seperti mana yang dinikmati oleh perusahaan kecil dan sederhana melalui ASEAN Coordinating Committee on Micro, Small and Medium Enterprises (ACCSME). Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata pengiktirafan ACO sebagai Entiti Bersekutu ASEAN akan membuka akses koperasi kepada pelbagai inisiatif ekonomi dan perbincangan dasar di peringkat tertinggi, sekali gus memastikan koperasi diberi peluang dan sokongan yang sama seperti PKS dalam Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). Selain itu, ACO turut memohon kerjasama pihak kedutaan untuk menyampaikan usaha advokasi ini kepada Kementerian Luar Negeri negara masing-masing. Permohonan

Usaha menjadikan ASEAN Co-operative Organization (ACO) sebagai Entiti Bersekutu ASEAN terus diperkukuh menerusi siri kunjungan diplomatik kepimpinan ACO dan ANGKASA ke Kedutaan Besar Filipina, Myanmar dan Timor-Leste di Kuala Lumpur. Kunjungan tersebut bertujuan meraih sokongan terhadap pengiktirafan rasmi ACO serta memperluas peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi serantau. Kunjungan pertama yang diketuai oleh Setiausaha Agung ACO merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail adalah ke atas Duta Besar Myanmar ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Aung Soe Win di Kedutaan Besar Republik Kesatuan Myanmar, Kuala Lumpur pada 9 April 2025. Kunjungan seterusnya diketuai Presiden ACO merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ke Kedutaan Besar Republik Filipina pada 11 April 2025 bagi bertemu Duta Besar Republik Filipina ke Malaysia yang diwakili oleh Menteri dan

Presiden ACO merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersalaman dengan Menteri dan Konsul Jeneral Kedutaan Republik Filipina di Malaysia, Mr. Roussel R. Reyes.

turut merangkumi kementerian berkaitan yang menyelia hal ehwal koperasi di negara-negara tersebut bagi mendapatkan sokongan yang lebih menyeluruh terhadap pengiktirafan rasmi ACO. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut mengambil peluang kunjungan tersebut menyerahkan jemputan rasmi kepada semua pihak kedutaan untuk menghadiri ASEAN Co-operative Dialogue (ACD 2025) yang dijadual berlangsung dari 11 hingga 15 Mei 2025.

Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ ANGKASA – Azerbaijan Teroka Kerjasama Melalui Program Advokasi OIC-CU

ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama barisan kepimpinan turut mengadakan Kunjungan Hormat ke Kedutaan Besar Republik Azerbaijan di Kuala Lumpur bagi menemui Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Irfan Davudor pada 21 April 2025. Beliau menyatakan, ANGKASA menaruh keyakinan tinggi terhadap usaha meneroka kerjasama melalui Program Advokasi OIC-Cooperative Union (OIC-CU) bersama Republik Azerbaijan dan berharap republik itu dapat memainkan peranan dalam menyokong usaha dan program advokasi melalui inisiatif platform OIC-CU menerusi bentuk perkongsian teknikal, latihan dan lawatan rasmi selain keterlibatan dengan institusi perbankan Islam di Azerbaijan. Menurut TYT Irfan Davudor, Azerbaijan berusaha memainkan peranan lebih aktif di arena global dalam negara organisasi antarabangsa selain menyumbang kepada pembangunan lebih selamat dan komprehensif untuk kemanusiaan. Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak serta Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Noraini Mohamad.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (empat dari kiri) bersama barisan kepimpinan ANGKASA bergambar bersama Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia, TYT Irfan Davudov di Kedutaan Besar Republik Azerbaijan di Kuala Lumpur pada 21 April 2025.

INFO SEMASA

10

Wadah

APRIL 2025

CoopCare Rezeki Ramada

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kanan) menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) CoopCare Rezeki Ramadan ANGKASA 2025/1446H kepada petugas barisan hadapan yang diterima menerusi Ketua Polis Balai Kelana Jaya, ASP Mazli Jusoh @ Che Kob di Balai Polis Kelana Jaya, Selangor pada 8 Mac 2025. Hadir sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah (tiga dari kanan).

Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kelana Jaya, Dr. Mohd Muhaimin Abdullah (lima dari kanan) mewakili petugas klinik tersebut menerima sumbangan barangan keperluan asas yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama Akauntan Negara Malaysia, Puan Nor Yati Ahmad (enam dari kiri) mengacau bubur lambuk dalam Program Mawaddah Rahmah Ramadan 2025 ‘Semangkuk Bubur Sejuta Ukhuwah’ anjuran ANGKASA, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia serta Jabatan Akauntan Negara Malaysia di Putrajaya, Malaysia pada 13 Mac 2025. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (dua dari kanan) dan Encik Ezleezan Othman (Wakil Kementerian Kewangan) (tiga dari kiri), Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Puan Noorlida Mohd Khalid (kiri sekali) dan Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain (enam dari kanan).

Program Menyantuni Asnaf dan Anak Yatim serta Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Koperasi Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi Berhad itu telah dirasmikan oleh Presiden ANGKASA, Dat

Datu Moh Perg Apri

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan sumbangan kepada asnaf dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Asnaf anjuran ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Koperasi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur Berhad di Kuala Lumpur pada 18 Mac 2025.

Kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) menerima sumbangan bakul makanan BA100 yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah di Kuala Lumpur pada 19 April 2025.

INFO SEMASA

11

Wadah

APRIL 2025

an ANGKASA 2025/1446H

Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Konsortium Koperasi Wanita Malaysia Berhad (KOWIMA) bersama Koperasi Usahanita Kuala Lumpur Berhad (KUKLB) dan Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad di Taman Melati, Kuala Lumpur pada 12 Mac 2025. Hadir sama Pengerusi KOWIMA merangkap Pengerusi KUKLB, Hajah Rozilah Mohd Tahir (dua dari kanan).

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan sumbangan kepada penerima dalam Program NASIONALfm Ambil Tahu ‘Sinergi Kekuatan’ di Putrajaya pada 10 Mac 2025.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya, TPgB Il Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman (enam dari kanan) mewakili petugas barisan hadapan menerima sumbangan barangan keperluan harian di Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya, Selangor pada 15 Mac 2025.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama ANGKASA Negeri Sarawak dan Koperasi Kariah Masjid (KKM) Al-Muttaqin Samarahan Berhad di Samarahan, Sarawak pada 15 Mac 2025. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sarawak, Cik Norfaizah Manjah (duduk, tiga dari kanan), Timbalan Pengarah Institut Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak, Encik Hamizah Mohd Nazir (duduk, dua dari kanan), Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin (berdiri, tengah), Pengerusi Jawatankuasa Masjid AI-Muttaqin Samarahan, Haji Hamsein Atar (duduk, tengah), Pengerusi KKM Al-Muttaqin Samarahan Berhad, Encik Wan Jamaluddin Wan Elias (duduk, tiga dari kiri) dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim (duduk, dari kiri).

u Bangi pada 16 Mac 2025. Program kolaborasi antara ANGKASA,Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan tuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

uk Seri Dr. Abdul Fattah bersama Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Datuk hd Fauzi (tiga dari kanan) dalam majlis penyerahan sumbangan duit raya dan barangan asas oleh gerakan Puteri UMNO Malaysia kepada Pusat Jagaan Darul Sakinah di Petaling Jaya, Selangor pada 19 il 2025.

ANGKASA menyumbangkan sebanyak 500 pek juadah berbuka puasa kepada warga media RTM yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah di Kuala Lumpur pada 19 Mac 2025. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Bahagian Berita Ehwal Semasa RTM, Encik Md Shahri Saripan (dua dari kiri).

INFO SEMASA

12

Wadah

APRIL 2025

ANGKASA berbesar hati menaja majlis ‘Iftar Ala Madinah @ Karangkraf’ selain menghulurkan sumbangan berupa 50 pek barangan asas dalam satu majlis yang telah dihadiri oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik bertempat di kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor pada 20 Mac 2025. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad (kiri sekali).

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud (tengah) menyampaikan sumbangan duit raya oleh Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) kepada seorang anak yatim dari Pusat Jagaan Darul Sakinah dalam majlis berbuka puasa anjuran KOPSYA di Kuala Lumpur pada 20 Mac 2025. Hadir sama ialah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah selaku Pengerusi KOPSYA dan Timbalan Pengerusi KOPSYA merangkap Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Jamil Othman (kiri sekali).

Seorang Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) SMK Taman Dato’ Harun menerima sumbangan bakul makanan BA100 dalam Majlis Ihya’ Ramadan Peringkat Sekolah bertempat di sekolah berkenaan pada 21 Mac 2025. Hadir sama ialah Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah (kiri sekali), Pengetua SMK Taman Dato’ Harun, Puan Halleyza Ibrahim (dua dari kiri) dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Taman Dato’ Harun, Encik Abdul Halim Hassan (tiga dari kanan).

Seorang anggota Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad menerima sumbangan yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam satu majlis berbuka puasa di Kuala Terengganu, Terengganu pada 22 Mac 2025. Hadir sama ialah Pengerusi Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad, Haji Ismail Muda (empat dari kanan).

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama salah seorang penerima sumbangan dari Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia dalam satu sesi serahan bantuan di Bukit Melawati, Kuala Lumpur pada 21 Mac 2025.

INFO SEMASA

13

Wadah

APRIL 2025

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyerahkan Kotak Syawal yang mengandungi barangan keperluan harian BA100 kepada seorang penerima dalam Projek Kotak Syawal anjuran ANGKASA bersama Kelab Sukan Kebajikan Sosial & Edukasi Sungai Buloh (SUKSES) di Sungai Buloh, Selangor pada 23 Mac 2025. Hadir sama ialah Dato’ Haji Mohd Alias (dua dari kanan), Penaung Kelab SUKSES, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid (tengah) dan Presiden Kelab SUKSES, Puan Zulaiha Abdul Talib (kanan sekali).

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan ANGKASA.

Seorang anak yatim dari Anjung Putera Melaka menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan pek cenderamata yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam satu majlis berbuka puasa anjuran ANGKASA Negeri Melaka dengan kerjasama Koperasi Kariah Masjid Al-Alami MITC Melaka Berhad dan Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Berhad (KOGMAS) di Ayer Keroh, Melaka pada 25 Mac 2025. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tiga dari kiri), Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka merangkap Pengerusi KOGMAS, Haji Zaidan Abd. Hadi (kanan sekali), Timbalan Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA, Dato' Haji Harun Haji Abdullah (dua dari kiri), Penasihat Anjung Putera Melaka, Datuk Haji Abdul Rahim Abu Bakar (tengah) dan Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Al-Alami MITC Melaka Berhad, Datuk Haji Mohd Arif Haji Yusa (kiri sekali).

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah selaku Pengerusi Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) menyampaikan sumbangan kepada seorang penghuni Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong, Selangor pada 28 Mac 2025 dalam program Santuni Warga Emas anjuran KOPSYA. Hadir sama Bendahari KOPSYA, Haji Mohamad Noor Mohamad (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Puan Fatimah Nurhaliza Mohd Hatta (kiri sekali).

ANGKASA menerusi Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menghulurkan sumbangan berupa pek barangan keperluan harian kepada enam buah surau kariah bertempat di Masjid Tabung Haji Kelana Jaya.

RENCANA

14

Wadah

APRIL 2025

Kepentingan Kerjasama dalam Koperasi

Impak Positif Melalui Kerjasama Antara Koperasi Kerjasama tidak boleh dibuat secara tergesa- gesa atau berdasarkan desakan ALK tertentu. Berasaskan kepada situasi semasa, kepentingan dan keperluan kerjasama tidak boleh dinafikan memandangkan semangat berkoperasi dalam memenuhi aspirasi bersama dalam pembangunan ekonomi negara. Kegagalan kerjasama yang berlaku sebelum ini tidak seharusnya dijadikan alasan dalam mengelakkan kerjasama dalam koperasi. Kegagalan ini perlu diteliti dan dinilai kerana berkaitan dengan tadbir urusnya di kalangan koperasi yang menjalin kerjasama tersebut. Antaranya ialah:

Oleh: DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN

kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta memberi keyakinan penuh rakyat (warga emas) kepada koperasi. Rajah 1 menjelaskan bentuk kerjasama dalam koperasi terbahagi kepada dua iaitu kerjasama mendatar dan kerjasama menegak. Kedua-dua bentuk kerjasama mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Elemen penting kerjasama dalam koperasi mempengaruhi pengoperasian dan pengurusan perniagaan. Kerjasama antara koperasi bertujuan mengukuhkan gerakan koperasi dengan cara bekerja bersama-sama di peringkat tempatan, wilayah, nasional dan antarabangsa. Sebelum membuat keputusan terhadap bentuk kerjasama, ALK perlu mengetahui kelemahan dan kekurangan semasa bagi mengelak kegagalan dalam perniagaan yang diceburi bersama dengan koperasi lain. Antaranya ialah: i. Kekukuhan dan kestabilan kewangan koperasi (mengambil kira keperluan untuk kegunaan pengurusan koperas dan perbelanjaan operasi); ii. Kekuatan dan keupayaan ALK dan Pengurusan dalam memantau perniagaan tersebut; iii. Persaingan dengan syarikat luar atau katel (harga, kualiti dan kuantiti produk); dan iv. Rantaian pemasaran. Dalam merancang kerjasama, ALK perlu peka terhadap peraturan dan garis panduan yang ada dalam koperasi serta peruntukkan perundangan koperasi serta kepatuhan syariah. Mesyuarat ALK Khas perlu diadakan khusus membincangkan perkara ini.

Anggota Lembaga ANGKASA

&

HAJI AHMAD MARZUKI ISMAIL

Pada asasnya, koperasi merupakan satu bentuk organisasi perniagaan alternatif dalam memenuhikeperluandankehendakanggotanya. Apa yang penting ialah bagaimana Anggota Lembaga Koperasi (ALK) menggerakkan perniagaan koperasi dalam memastikan anggotanya mendapatkan manfaat sepenuhnya dalam budaya berkoperasi. Konsep penubuhan koperasi dinyatakan tentang keperluan kerjasama bagi mencapai aspirasi bersama. Perkara ini penting difahami, dihayati dan diamalkan kerana kaedah pelaksanaannya perlu diurus dengan betul serta teratur. Pada dasarnya, ALK bertanggungjawab melaksanakannya sejajar dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan Mesyuarat Anggota Lembaga (ALK). Dalam prinsip koperasi ke-6 dinyatakan tentang kerjasama antara koperasi. Kerjasama ini salah satu kaedah meningkatkan fokus atau tumpuan dalam perniagaan terutama dalam usaha mengembangkan dan memperluas perniagaan tertentu. Bagi koperasi yang berjaya meningkatkan pencapaian, kerjasama yang diperlukan adalah menceburi perniagaan berdaya maju dan berdaya saing yang selama ini dikuasai oleh kartel serta syarikat besar. Kerjasama dalam gerakan koperasi amat penting dalam zaman globalisasi dan liberalisasi. Kepentingan ini berhubung rapat dengan peningkatan bilangan koperasi dan anggota koperasi. Dalam konteks ini, integrasi sama ada secara langsung atau tidak langsung mampu mengangkat imej koperasi, meningkatkan sosioekonomi anggota dan sumbangan koperasi Pengurus Besar Bahagian Pendidikan dan Pembangunan Produk Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA

i.

Koperasi terlibat tidak jelas tentang peranan dan tanggungjawab masing- masing;

ii. Ketiadaan sokongan (khususnya kewangan yang stabil), kesepakatan dan persetujuan semasa membincangkan pelaksanaan perniagaan; iii. Tidak jelas tentang aliran gerak kerja dalam mengembangkan dan memperluas perniagaan; dan iv. Ketiadaan pemantauan yang rapi dan berterusan. Bagi memastikan kegagalan dalam kerjasama ini tidak berulang atau pada tahap minimum, ia memerlukan perbincangan secara telus dan berfokus kalangan koperasi yang terlibat dalam kerjasama. Kerjasama antara koperasi menitikberatkan aspek tanggungjawab bersama dalam tadbir urusya. ALK yang diberi tanggungjawab hendaklah peka terhadap pengoperasi dan perjalanannya. Umumnya, ALK perlu sedar bahawa kepekaan dalam kerjasama ini memberi impak positif seperti yang ditunjukkan pada rajah dua.

Rajah 1: Bentuk Kerjasama Dalam Gerakan Koperasi

Kerjasama Mendatar

Kerjasama dalam Koperasi

Kerjasama Menegak

Elemen Penting:

Elemen Penting:

1.

Kerjasama dengan koperasi menengah, atasan, gabungan atau federasi.

1.

Kerjasama dengan koperasi asas yang sama fungsi.

2. Perkongsian modal. 3. Perkongsian kepakaran & kemahiran.

2. Perkongsian modal. 3. Peningkatan rantaian pemasaran. 4. Memantapkan perniagaan sedia ada. 5. Perkongsian kepakaran & kemahiran.

RENCANA

15

Wadah

APRIL 2025

Dengan mengambil berat terhadap cabaran dan isu seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas, ALK lebih bersedia dengan pelan alternatif bagi mengelak kerugian, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. ALK perlu bijak dalam memastikan kerjasama ini dapat membantu usaha mengembangkan dan memperluas perniagaan koperasi. Lantaran itu, ALK yang menghadiri mesyuarat kerjasama antara koperasi itu perlu fokus dan mendapatkan maklumat jelas tentang perjalanan kerjasama itu. Aspek penting seperti pencapaian dan prestasi semasa perlu dimaklumkan dalam mesyuarat ALK untuk perkongsian maklumat. Berdasarkan laporan daripada Mesyuarat Kerjasama ini, ALK perlu peka terhadap masa depan koperasi. Kepekaan ini bagi memastikan manfaat kepada koperasi berterusan dan meningkat dari semasa ke semasa. Jika ALK mendapati ia tidak memberi manfaat kepada koperasi, ALK perlu menarik diri daripada kerjasama ini atau mengenal pasti kerjasama dengan koperasi lain. Kesimpulan Sebagai penyumbang kepada manfaat masyarakat, koperasi perlu mengorak langkah dengan menceburi pelbagai bidang perniagaan. Oleh itu, koperasi perlu memastikan setiap peluang dan ruang dalam pembangunan ekonomi negara dapat diterokai dan dikembangkan dalam perniagaan koperasi. ALK tanpa mengira jenis koperasi perlu peka dan proaktif dari segi kepimpinannya. Dengan memberi penekanan terhadap kepentingan dan keperluan kerjasama dalam koperasi, ALK bukan sahaja dapat mengembang dan mempelbagaikan jenis perniagaan malah juga meningkatkan manfaat kepada anggotanya. Ketika menjalinkan kerjasama, ALK perlu memastikan anggotanya tidak tercicir dari segi maklumat. Perhubungan erat dalam kalangan koperasi yang terlibat dalam kerjasama perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa. Pembangunan sistem maklumat bersepadu perlu diwujudkan supaya komunikasi dua hala berjalan sepanjang masa. Komunikasi ini dapat mengurangkan cabaran dan isu yang memerlukan tindakan segera. Setiap pandangan anggotanya diberi pertimbangan sewajarnya agar keputusan bersama dapat dibuat dengan berkesan selaras dengan prinsip koperasi. Tidak mustahil kejayaan kerjasama ini dapat meningkatkan penglibatan koperasi dalam ekonomi negara dan meningkatkan peluang pekerjaan dalam gerakan koperasi. Dalam jangka masa antara tiga hingga lima tahun, koperasi dapat meningkatkan sumbangan KDNK melebihi 10 peratus setahun. Faktor ini berupaya mendorong ALK untuk meningkatkan tahap kepimpinan dan keterlibatan dalam setiap dasar kerajaan.

Rajah 2: Impak Positif Dalam Kerjasama Koperasi

Peningkatan kemampuan dan keupayaan koperasi

Peningkatan sumbangan KDNK koperasi

IMPAK POSITIF DALAM KERJASAMA

Peningkatan perkongsian ilmu, pengalaman dan kemahiran koperasi

Peningkatan imej koperasi

Peningkatan penerokaan perniagaan baharu

Peningkatan produk koperasi

Impak positif di atas ada kaitan antara satu sama lain. Impak ini jika ditingkatkan dengan pendekatan baru berupaya memberi sumbangan besar dalam jangka masa panjang. Kedudukan kewangan semakin kukuh. Perkembangan ini jika dikawal dan dipantau secara bersama ia akan meningkat kemampuan federasi, gabungan atau konsortium serta koperasi atasan untuk memiliki bangunan sendiri dan mempelbagai perniagaan yang ada kaitan dengan perniagaan asal seperti kilang dan pusat pengumpulan produk. Perjalanan kerjasama yang mantap dapat mengelakkan federasi, gabungan atau konsortium serta koperasi menengah/ atasan bergantung kepada kemudahan pinjaman institusi kewangan. Impak positif ini memberi manafaat bersama kepada koperasi yang terlibat dalam kerjasama. Dalam konteks yang sama, ia akan meningkatkan kemampuan koperasi untuk menceburi perniagaan berdaya maju dan berdaya saing seperti perhotelan, perumahan, hospital, harta tanah dan sebagainya. Pada masa yang sama, ALK perlu memikirkan langkah susulan dalam memperkasakan lagi kerjasama. Langkah susulan ini adalah bagi mengurangi risiko semasa. Cabaran dan Isu Kerjasama Dalam Koperasi Peningkatan peluang perniagaan memerlukan usaha ke arah peningkatan ilmu pengetahuan, ilmu kemahiran dan pengalaman serta sikap tulen bersesuaian dalam kalangan ALK. Dalam konteks ini, ALK perlu meningkatkan peranan dan tanggungjawab bagi memastikan perniagaan koperasi memberi impak positif dalam pembangunan koperasi. Tanpa mengira bentuk kerjasama dan jenis perniagaan yang diceburi,

koperasi yang terlibat dalam kerjasama ini terdedah kepada isu dan cabaran dalam pengurusan perniagaannya. Isu dan cabaran ini boleh menjadi permasalahan besar jika diabaikan dalam penelitian dan analisis. Sebagai contoh:

i.

Kesukaran mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan; Kerugian berterusan disebabkan kelemahan dari segi persaingan harga, kualiti dan pemasaran;

ii.

iii. Ketiadaan dan kehilangan dokumentasi penting (resit); dan iv. Imej koperasi yang sukar dipulih. Bagi memastikan kerjasama ini berterusan, ALK perlu peka terhadap isu dan cabaran yang ditunjukkan pada rajah tiga.

Rajah 3: Cabaran dan Isu dalam Kerjasama Koperasi

CABARAN DAN ISU DALAM KERJASAMA KOPERASI

Cabaran dan Isu dalaman:

Cabaran dan Isu luaran:

1. Tadbir Urus Koperasi 2. Penstrukturan Pengurusan 3. Prosedur dan Tatakelola Kewangan 4. Penelitian, Penilaian dan Penyelidikan 5. Pelaporan Berkesan

1. Pengiktirafan Produk 2. Jaringan Pemasaran 3. Persaingan Harga dan Kualiti 4. Kemudahan Pinjaman Kewangan 5. Ketelusan Rakan Strategik 6. Kerjasama & Profesionalisme Tulen

16 INFO SEMASA 50 Anak Yatim Kuala Lipis Terima Infaq ANGKASA APRIL 2025

Wadah

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama penerima sumbangan dana Yayasan Infaq ANGKASA. Turut serta ialah Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA merangkap Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato' Setia Prof Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir (dua dari kiri), Timbalan Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang Zon III (Barat), Encik Abi Hurairah Ahmad (tiga dari kanan), Pengerusi Persatuan Pendidikan Anak-Anak Yatim Lipis, Encik Ruzi @ Nata Yusuff (kiri sekali) dan Timbalan Ketua Polis Balai Merapoh, Sarjan Mejar Ahmad Zambri (dua dari kanan).

Dalam tersebut, seramai 50 orang anak-anak yatim sekitar kawasan Kuala Lipis telah menerima sumbangan berbentuk bakul makanan majlis dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,000. Kebanyakan barangan tersebut adalah produk koperasi. Beliau berharap YIA dapat terus menyemarakkan lagi aktiviti kebajikan yang memberi manfaat menyeluruh selain meningkatkan jumlah kutipan agar lebih ramai mendapat manfaatnya pada masa hadapan. Turut berlangsung pada majlis tersebut ialah tazkirah bertajuk 'Kongsi Rezeki Melalui Infaq' oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA merangkap Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato' Setia Prof Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang Zon III (Barat), Encik Abi Hurairah Ahmad, Pengerusi Persatuan Pendidikan Anak- Anak Yatim Lipis, Encik Ruzi @ Nata bin Yusuff dan Timbalan Ketua Polis Balai Merapoh, Sarjan Mejar Ahmad Zambri.

Oleh: RAHMAT MOHD DID

Sejak penubuhannya pada tahun 2010, Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah mengagihkan lebih RM32 juta bantuan kepada yang memerlukan. Pengasas YIA merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, jumlah kutipan YIA pada tahun lepas sahaja mencecah RM3 juta, hasil sumbangan 5,114 penginfaq dari seluruh Malaysia. Beliau juga menyeru agar budaya berinfaq dan berbuat kebajikan ini menjadi amalan dalam kehidupan seharian masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. "Infaq dan wakaf ini tidak akan pernah mengurangkan harta seseorang. Bahkan, ia menyucikan harta, melapangkan rezeki, memanjangkan usia dan memperkayakan jiwa. Yakinlah bahawa setiap pemberian itu, walau sekecil mana sekalipun, besar nilainya di sisi Allah SWT," jelasnya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Agihan Yayasan Infaq ANGKASA kepada Anak-anak Yatim Kuala Lipis di Merapuh, Kuala Lipis Pahang pada 19 April 2025.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyerahkan bakul makanan kepada anak-anak yatim.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyerahkan replika cek berjumlah RM5,000 kepada Pengerusi Persatuan Pendidikan Anak-Anak Yatim Lipis, Encik Ruzi @ Nata Yusuff (dua dari kanan) sebagai gimik perasmian.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease