WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2025

INFO SEMASA

12

Wadah

APRIL 2025

ANGKASA berbesar hati menaja majlis ‘Iftar Ala Madinah @ Karangkraf’ selain menghulurkan sumbangan berupa 50 pek barangan asas dalam satu majlis yang telah dihadiri oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik bertempat di kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor pada 20 Mac 2025. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad (kiri sekali).

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud (tengah) menyampaikan sumbangan duit raya oleh Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) kepada seorang anak yatim dari Pusat Jagaan Darul Sakinah dalam majlis berbuka puasa anjuran KOPSYA di Kuala Lumpur pada 20 Mac 2025. Hadir sama ialah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah selaku Pengerusi KOPSYA dan Timbalan Pengerusi KOPSYA merangkap Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Jamil Othman (kiri sekali).

Seorang Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) SMK Taman Dato’ Harun menerima sumbangan bakul makanan BA100 dalam Majlis Ihya’ Ramadan Peringkat Sekolah bertempat di sekolah berkenaan pada 21 Mac 2025. Hadir sama ialah Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah (kiri sekali), Pengetua SMK Taman Dato’ Harun, Puan Halleyza Ibrahim (dua dari kiri) dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Taman Dato’ Harun, Encik Abdul Halim Hassan (tiga dari kanan).

Seorang anggota Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad menerima sumbangan yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam satu majlis berbuka puasa di Kuala Terengganu, Terengganu pada 22 Mac 2025. Hadir sama ialah Pengerusi Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad, Haji Ismail Muda (empat dari kanan).

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama salah seorang penerima sumbangan dari Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia dalam satu sesi serahan bantuan di Bukit Melawati, Kuala Lumpur pada 21 Mac 2025.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease