WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2025

INFO SEMASA

13

Wadah

APRIL 2025

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyerahkan Kotak Syawal yang mengandungi barangan keperluan harian BA100 kepada seorang penerima dalam Projek Kotak Syawal anjuran ANGKASA bersama Kelab Sukan Kebajikan Sosial & Edukasi Sungai Buloh (SUKSES) di Sungai Buloh, Selangor pada 23 Mac 2025. Hadir sama ialah Dato’ Haji Mohd Alias (dua dari kanan), Penaung Kelab SUKSES, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid (tengah) dan Presiden Kelab SUKSES, Puan Zulaiha Abdul Talib (kanan sekali).

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan ANGKASA.

Seorang anak yatim dari Anjung Putera Melaka menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan pek cenderamata yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam satu majlis berbuka puasa anjuran ANGKASA Negeri Melaka dengan kerjasama Koperasi Kariah Masjid Al-Alami MITC Melaka Berhad dan Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Berhad (KOGMAS) di Ayer Keroh, Melaka pada 25 Mac 2025. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tiga dari kiri), Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka merangkap Pengerusi KOGMAS, Haji Zaidan Abd. Hadi (kanan sekali), Timbalan Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA, Dato' Haji Harun Haji Abdullah (dua dari kiri), Penasihat Anjung Putera Melaka, Datuk Haji Abdul Rahim Abu Bakar (tengah) dan Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Al-Alami MITC Melaka Berhad, Datuk Haji Mohd Arif Haji Yusa (kiri sekali).

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah selaku Pengerusi Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) menyampaikan sumbangan kepada seorang penghuni Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong, Selangor pada 28 Mac 2025 dalam program Santuni Warga Emas anjuran KOPSYA. Hadir sama Bendahari KOPSYA, Haji Mohamad Noor Mohamad (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Puan Fatimah Nurhaliza Mohd Hatta (kiri sekali).

ANGKASA menerusi Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menghulurkan sumbangan berupa pek barangan keperluan harian kepada enam buah surau kariah bertempat di Masjid Tabung Haji Kelana Jaya.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease