RENCANA
14
Wadah
APRIL 2025
Kepentingan Kerjasama dalam Koperasi
Impak Positif Melalui Kerjasama Antara Koperasi Kerjasama tidak boleh dibuat secara tergesa- gesa atau berdasarkan desakan ALK tertentu. Berasaskan kepada situasi semasa, kepentingan dan keperluan kerjasama tidak boleh dinafikan memandangkan semangat berkoperasi dalam memenuhi aspirasi bersama dalam pembangunan ekonomi negara. Kegagalan kerjasama yang berlaku sebelum ini tidak seharusnya dijadikan alasan dalam mengelakkan kerjasama dalam koperasi. Kegagalan ini perlu diteliti dan dinilai kerana berkaitan dengan tadbir urusnya di kalangan koperasi yang menjalin kerjasama tersebut. Antaranya ialah:
Oleh: DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta memberi keyakinan penuh rakyat (warga emas) kepada koperasi. Rajah 1 menjelaskan bentuk kerjasama dalam koperasi terbahagi kepada dua iaitu kerjasama mendatar dan kerjasama menegak. Kedua-dua bentuk kerjasama mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Elemen penting kerjasama dalam koperasi mempengaruhi pengoperasian dan pengurusan perniagaan. Kerjasama antara koperasi bertujuan mengukuhkan gerakan koperasi dengan cara bekerja bersama-sama di peringkat tempatan, wilayah, nasional dan antarabangsa. Sebelum membuat keputusan terhadap bentuk kerjasama, ALK perlu mengetahui kelemahan dan kekurangan semasa bagi mengelak kegagalan dalam perniagaan yang diceburi bersama dengan koperasi lain. Antaranya ialah: i. Kekukuhan dan kestabilan kewangan koperasi (mengambil kira keperluan untuk kegunaan pengurusan koperas dan perbelanjaan operasi); ii. Kekuatan dan keupayaan ALK dan Pengurusan dalam memantau perniagaan tersebut; iii. Persaingan dengan syarikat luar atau katel (harga, kualiti dan kuantiti produk); dan iv. Rantaian pemasaran. Dalam merancang kerjasama, ALK perlu peka terhadap peraturan dan garis panduan yang ada dalam koperasi serta peruntukkan perundangan koperasi serta kepatuhan syariah. Mesyuarat ALK Khas perlu diadakan khusus membincangkan perkara ini.
Anggota Lembaga ANGKASA
&
HAJI AHMAD MARZUKI ISMAIL
Pada asasnya, koperasi merupakan satu bentuk organisasi perniagaan alternatif dalam memenuhikeperluandankehendakanggotanya. Apa yang penting ialah bagaimana Anggota Lembaga Koperasi (ALK) menggerakkan perniagaan koperasi dalam memastikan anggotanya mendapatkan manfaat sepenuhnya dalam budaya berkoperasi. Konsep penubuhan koperasi dinyatakan tentang keperluan kerjasama bagi mencapai aspirasi bersama. Perkara ini penting difahami, dihayati dan diamalkan kerana kaedah pelaksanaannya perlu diurus dengan betul serta teratur. Pada dasarnya, ALK bertanggungjawab melaksanakannya sejajar dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan Mesyuarat Anggota Lembaga (ALK). Dalam prinsip koperasi ke-6 dinyatakan tentang kerjasama antara koperasi. Kerjasama ini salah satu kaedah meningkatkan fokus atau tumpuan dalam perniagaan terutama dalam usaha mengembangkan dan memperluas perniagaan tertentu. Bagi koperasi yang berjaya meningkatkan pencapaian, kerjasama yang diperlukan adalah menceburi perniagaan berdaya maju dan berdaya saing yang selama ini dikuasai oleh kartel serta syarikat besar. Kerjasama dalam gerakan koperasi amat penting dalam zaman globalisasi dan liberalisasi. Kepentingan ini berhubung rapat dengan peningkatan bilangan koperasi dan anggota koperasi. Dalam konteks ini, integrasi sama ada secara langsung atau tidak langsung mampu mengangkat imej koperasi, meningkatkan sosioekonomi anggota dan sumbangan koperasi Pengurus Besar Bahagian Pendidikan dan Pembangunan Produk Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA
i.
Koperasi terlibat tidak jelas tentang peranan dan tanggungjawab masing- masing;
ii. Ketiadaan sokongan (khususnya kewangan yang stabil), kesepakatan dan persetujuan semasa membincangkan pelaksanaan perniagaan; iii. Tidak jelas tentang aliran gerak kerja dalam mengembangkan dan memperluas perniagaan; dan iv. Ketiadaan pemantauan yang rapi dan berterusan. Bagi memastikan kegagalan dalam kerjasama ini tidak berulang atau pada tahap minimum, ia memerlukan perbincangan secara telus dan berfokus kalangan koperasi yang terlibat dalam kerjasama. Kerjasama antara koperasi menitikberatkan aspek tanggungjawab bersama dalam tadbir urusya. ALK yang diberi tanggungjawab hendaklah peka terhadap pengoperasi dan perjalanannya. Umumnya, ALK perlu sedar bahawa kepekaan dalam kerjasama ini memberi impak positif seperti yang ditunjukkan pada rajah dua.
Rajah 1: Bentuk Kerjasama Dalam Gerakan Koperasi
Kerjasama Mendatar
Kerjasama dalam Koperasi
Kerjasama Menegak
Elemen Penting:
Elemen Penting:
1.
Kerjasama dengan koperasi menengah, atasan, gabungan atau federasi.
1.
Kerjasama dengan koperasi asas yang sama fungsi.
2. Perkongsian modal. 3. Perkongsian kepakaran & kemahiran.
2. Perkongsian modal. 3. Peningkatan rantaian pemasaran. 4. Memantapkan perniagaan sedia ada. 5. Perkongsian kepakaran & kemahiran.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease