RENCANA
15
Wadah
APRIL 2025
Dengan mengambil berat terhadap cabaran dan isu seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas, ALK lebih bersedia dengan pelan alternatif bagi mengelak kerugian, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. ALK perlu bijak dalam memastikan kerjasama ini dapat membantu usaha mengembangkan dan memperluas perniagaan koperasi. Lantaran itu, ALK yang menghadiri mesyuarat kerjasama antara koperasi itu perlu fokus dan mendapatkan maklumat jelas tentang perjalanan kerjasama itu. Aspek penting seperti pencapaian dan prestasi semasa perlu dimaklumkan dalam mesyuarat ALK untuk perkongsian maklumat. Berdasarkan laporan daripada Mesyuarat Kerjasama ini, ALK perlu peka terhadap masa depan koperasi. Kepekaan ini bagi memastikan manfaat kepada koperasi berterusan dan meningkat dari semasa ke semasa. Jika ALK mendapati ia tidak memberi manfaat kepada koperasi, ALK perlu menarik diri daripada kerjasama ini atau mengenal pasti kerjasama dengan koperasi lain. Kesimpulan Sebagai penyumbang kepada manfaat masyarakat, koperasi perlu mengorak langkah dengan menceburi pelbagai bidang perniagaan. Oleh itu, koperasi perlu memastikan setiap peluang dan ruang dalam pembangunan ekonomi negara dapat diterokai dan dikembangkan dalam perniagaan koperasi. ALK tanpa mengira jenis koperasi perlu peka dan proaktif dari segi kepimpinannya. Dengan memberi penekanan terhadap kepentingan dan keperluan kerjasama dalam koperasi, ALK bukan sahaja dapat mengembang dan mempelbagaikan jenis perniagaan malah juga meningkatkan manfaat kepada anggotanya. Ketika menjalinkan kerjasama, ALK perlu memastikan anggotanya tidak tercicir dari segi maklumat. Perhubungan erat dalam kalangan koperasi yang terlibat dalam kerjasama perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa. Pembangunan sistem maklumat bersepadu perlu diwujudkan supaya komunikasi dua hala berjalan sepanjang masa. Komunikasi ini dapat mengurangkan cabaran dan isu yang memerlukan tindakan segera. Setiap pandangan anggotanya diberi pertimbangan sewajarnya agar keputusan bersama dapat dibuat dengan berkesan selaras dengan prinsip koperasi. Tidak mustahil kejayaan kerjasama ini dapat meningkatkan penglibatan koperasi dalam ekonomi negara dan meningkatkan peluang pekerjaan dalam gerakan koperasi. Dalam jangka masa antara tiga hingga lima tahun, koperasi dapat meningkatkan sumbangan KDNK melebihi 10 peratus setahun. Faktor ini berupaya mendorong ALK untuk meningkatkan tahap kepimpinan dan keterlibatan dalam setiap dasar kerajaan.
Rajah 2: Impak Positif Dalam Kerjasama Koperasi
Peningkatan kemampuan dan keupayaan koperasi
Peningkatan sumbangan KDNK koperasi
IMPAK POSITIF DALAM KERJASAMA
Peningkatan perkongsian ilmu, pengalaman dan kemahiran koperasi
Peningkatan imej koperasi
Peningkatan penerokaan perniagaan baharu
Peningkatan produk koperasi
Impak positif di atas ada kaitan antara satu sama lain. Impak ini jika ditingkatkan dengan pendekatan baru berupaya memberi sumbangan besar dalam jangka masa panjang. Kedudukan kewangan semakin kukuh. Perkembangan ini jika dikawal dan dipantau secara bersama ia akan meningkat kemampuan federasi, gabungan atau konsortium serta koperasi atasan untuk memiliki bangunan sendiri dan mempelbagai perniagaan yang ada kaitan dengan perniagaan asal seperti kilang dan pusat pengumpulan produk. Perjalanan kerjasama yang mantap dapat mengelakkan federasi, gabungan atau konsortium serta koperasi menengah/ atasan bergantung kepada kemudahan pinjaman institusi kewangan. Impak positif ini memberi manafaat bersama kepada koperasi yang terlibat dalam kerjasama. Dalam konteks yang sama, ia akan meningkatkan kemampuan koperasi untuk menceburi perniagaan berdaya maju dan berdaya saing seperti perhotelan, perumahan, hospital, harta tanah dan sebagainya. Pada masa yang sama, ALK perlu memikirkan langkah susulan dalam memperkasakan lagi kerjasama. Langkah susulan ini adalah bagi mengurangi risiko semasa. Cabaran dan Isu Kerjasama Dalam Koperasi Peningkatan peluang perniagaan memerlukan usaha ke arah peningkatan ilmu pengetahuan, ilmu kemahiran dan pengalaman serta sikap tulen bersesuaian dalam kalangan ALK. Dalam konteks ini, ALK perlu meningkatkan peranan dan tanggungjawab bagi memastikan perniagaan koperasi memberi impak positif dalam pembangunan koperasi. Tanpa mengira bentuk kerjasama dan jenis perniagaan yang diceburi,
koperasi yang terlibat dalam kerjasama ini terdedah kepada isu dan cabaran dalam pengurusan perniagaannya. Isu dan cabaran ini boleh menjadi permasalahan besar jika diabaikan dalam penelitian dan analisis. Sebagai contoh:
i.
Kesukaran mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan; Kerugian berterusan disebabkan kelemahan dari segi persaingan harga, kualiti dan pemasaran;
ii.
iii. Ketiadaan dan kehilangan dokumentasi penting (resit); dan iv. Imej koperasi yang sukar dipulih. Bagi memastikan kerjasama ini berterusan, ALK perlu peka terhadap isu dan cabaran yang ditunjukkan pada rajah tiga.
Rajah 3: Cabaran dan Isu dalam Kerjasama Koperasi
CABARAN DAN ISU DALAM KERJASAMA KOPERASI
Cabaran dan Isu dalaman:
Cabaran dan Isu luaran:
1. Tadbir Urus Koperasi 2. Penstrukturan Pengurusan 3. Prosedur dan Tatakelola Kewangan 4. Penelitian, Penilaian dan Penyelidikan 5. Pelaporan Berkesan
1. Pengiktirafan Produk 2. Jaringan Pemasaran 3. Persaingan Harga dan Kualiti 4. Kemudahan Pinjaman Kewangan 5. Ketelusan Rakan Strategik 6. Kerjasama & Profesionalisme Tulen
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease