WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2025

Wadah INFO SEMASA Tanjong Waterfront Harbour Cruise – Pemacu Ekonomi Pelancongan Koperasi APRIL 2025

17

Tan Sri Khalid Ramli berucap ketika Majlis Peluncuran Projek Tanjong Waterfront Harbour Cruise 2025 .

Tan Sri Khalid Ramli, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan tetamu yang lain berpeluang menaiki bot pelayaran persiaran.

Dari kiri, Pengurus Fibra Marine Manufacture and Trading , Encik Mohamad Naser Talib, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ramli, Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Jamil Othman serta Pengerusi Koperasi Perdasama Pulau Pinang Berhad, Encik Malik Faisal Abdul Rahim ketika Majlis Peluncuran Projek Tanjung Waterfront Harbour Cruise 2025 di Butterworth, Pulau Pinang pada 17 April 2025.

Bot bernilai RM500,000 menawarkan perkhidmatan menarik melalui pelayaran persiaran di bawah Projek Tanjong Waterfront Harbour Cruise .

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menegaskan bahawa kejayaan projek itu amat bergantung kepada kerjasama strategik antara koperasi dan sektor swasta. “Dalam persiapan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026, inisiatif seperti Projek Tanjong Waterfront Harbour Cruise diharap akan menjadi titik tolak kepada kemunculan koperasi sebagai entiti yang dinamik dalam landskap pelancongan negara. Projek ini bukan sahaja memacu pembangunan ekonomi, malah menjadi lambang kebangkitan koperasi dalam era ekonomi baharu,” ujarnya. Sementara itu, Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ramli berkata, projek ini turut memberi fokus kepada impak sosioekonomi koperasi dan juga masyarakat setempat. “Projek Tanjong Waterfront Harbour Cruise dapat menjana sumber pendapatan baharu kepada koperasi, membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak ahli koperasi serta memperkasakan pengurusan pelancongan melalui latihan dan penglibatan langsung. Projek ini juga dilihat sebagai model yang boleh dicontohi oleh koperasi lain di seluruh negara dalam menerokai bidang pelancongan secara lebih profesional dan berstruktur,” katanya. Bot bernilai RM500,000 ini mampu membawa seramai 15 orang penumpang dan dilengkapi dua enjin berkuasa 250HP. Bot ini berupaya

merentasi jarak sejauh 110 hingga 120 kilometer di laluan laut dari Pulau Pinang ke Langkawi dengan kapasiti tangki minyak sebanyak 1,000 liter. Spesifikasi ini menjadikannya pilihan sesuai untuk pelayaran jarak sederhana sama ada bagi tujuan pelancongan maritim atau operasi persiaran komersial yang efisien dan berdaya saing. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato' Haji Kamaruddin Ismail, Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Jamil Othman, Pengerusi Koperasi Perdasama Pulau Pinang Berhad, Encik Malik Faisal Abdul Rahim, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, Dr. Haji Syahqrudin Shah Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn. Bhd., Encik Farizul Arif Abd. Mutalib, Pengarah Jabatan Laut Wilayah Utara, Pulau Pinang, Encik Roslee Mat Yusoff, Pengurus Fibra Marine Manufacture And Trading , Encik Mohamad Naser Talib, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Mustapha serta Pengurus Besar Kanan Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Haji Nor Azmi Abd. Jalil.

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Projek Tanjong Waterfront Harbour Cruise bukan sekadar menawarkan perkhidmatan menarik melalui pelayaran persiaran, malah merupakan satu ekosistem baharu kepada sektor pelancongan koperasi yang lebih inklusif dan berdaya saing. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, Projek Tanjong Waterfront Harbour Cruise adalah satu langkah strategik bagi memperkukuh peranan koperasi khususnya dalam industri pelancongan. Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Majlis Peluncuran Projek Tanjong Waterfront Harbour Cruise 2025 di Butterworth, Pulau Pinang pada 17 April 2025. Menurutnya, projek tersebut melibatkan kerjasama erat antara ANGKASA, Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBB) dan Koperasi Perdasama Pulau Pinang Berhad dengan matlamat untuk menjadikan koperasi sebagai pemain utama dalam sektor pelancongan maritim. “Dengan modal sebanyak RM2 juta, projek ini bukan sahaja dilihat sebagai pelaburan ekonomi, tetapi juga sebagai inisiatif pembangunan sosial dan komuniti. Selain pelayaran, pakej pelancongan koperasi akan diperluas ke daratan merangkumi inap desa, galeri warisan dan promosi produk tempatan,” katanya.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease