WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2025

KOPERASI

18

Wadah

APRIL 2025

Koperasi Astana Raja Berhad

Koperasi Astana Raja Lonjak Daya Saing Menerusi Projek Perumahan ‘Seri Negeri’

Koperasi Astana Raja Berhad menawarkan lapan unit rumah berkembar satu setengah tingkat.

Pelan projek perumahan ‘Seri Negeri’ yang dibangunkan oleh Koperasi Astana Raja Berhad dengan usaha sama (JV) syarikat pemaju, Bidara Camar Sdn. Bhd. di Jalan Senawang-Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

projek ini bersebelahan jalan utama, menjadikannya mudah dilihat dan berpotensi menarik perhatian orang yang lalu di situ. "Sejak projek ini diuar-uarkan, sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan sebanyak 18 daripada 22 unit telah terjual, iaitu kira- kira 82 peratus daripada keseluruhan projek,” tambahnya. Beliau turut menjelaskan bahawa projek perumahan tersebut terbuka kepada semua pembeli, bukan hanya anggota koperasi. Walau bagaimanapun, diskaun khas akan diberikan kepada anggota yang berminat. Beliau turut memaklumkan bahawa Koperasi Astana Raja merancang untuk memperoleh tanah baharu, termasuk pembelian tanah di Kota, Rembau melalui Tabung Modal Pusingan - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP- SKM) bagi tujuan pembangunan lima lot kedai bernilai RM340,000. Jika permohonan diluluskan, koperasi akan membina lima lot kedai dua tingkat. Sebanyak empat unit daripadanya akan dijual manakala satu unit akan dijadikan pejabat koperasi. “Koperasi lain yang ingin menceburi sektor hartanah perlu memiliki tanah sendiri terlebih dahulu. Jika tidak mampu membangunkannya sendiri, mereka boleh menjalinkan JV dengan pemaju. "Namun, tanah tersebut mestilah dimiliki oleh koperasi, sama ada melalui pembelian sendiri atau pembiayaan daripada TMP-SKM atau KOPSYA,” jelas beliau mengakhiri perbualan.

Koperasi Astana Raja Berhad mengorak langkah secara lebih progresif menerusi sektor pembangunan hartanah sekali gus membuka peluang baharu bagi menjana pulangan dalam sektor berimpak tinggi. Langkah itu bukan sahaja mengukuhkan daya saing koperasi, malah memperluas manfaat kepada anggota dan komuniti menerusi pembangunan perumahan mampu milik yang selesa dan berkualiti tinggi. Menurut Pengerusinya, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah, koperasi yang telah ditubuhkan sejak lebih 70 tahun lalu itu telah menjalin usaha sama (JV) dengan syarikat pemaju, Bidara Camar Sdn. Bhd. untuk membangunkan projek perumahan ‘Seri Negeri’ di Jalan Senawang-Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Katanya, projek yang bermula sejak Jun 2023 dan dijangka siap pada tahun 2025 itu melibatkan pembinaan sebanyak 22 unit rumah yang terdiri daripada lapan unit rumah berkembar satu setengah tingkat, empat unit rumah berkembar satu tingkat dan 10 unit rumah teres satu tingkat. “Selain daripada Koperasi Astana Raja, saya juga merupakan Pengerusi dua buah koperasi lain di Negeri Sembilan yang sudah lama terlibat dalam industri pembangunan hartanah. Berdasarkan pengalaman itu, saya mencadangkan agar Koperasi Astana Raja untuk turut serta dalam industri ini bagi meningkatkan lagi pendapatan koperasi. “Kami berjaya memperoleh tanah seluas lebih kurang tiga ekar di Taman Seri Negeri dengan pembiayaan daripada Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) berjumlah RM1.26 juta. Lokasi

Pengerusi Koperasi Astana Raja Berhad, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah menunjukkan salah satu model rumah projek perumahan ‘Seri Negeri’. Turut sama ialah Ketua Jabatan Jualan, Pemasaran dan Pengurusan Pinjaman Bidara Camar Sdn. Bhd., Encik S. Sundramurthy.

Projek perumahan ‘Seri Negeri’ sedang dalam pembinaan.

Koperasi Astana Raja Berhad

Alamat

:

Astana Raja, 71350 Kota, Negeri Sembilan

No. Telefon

: : :

06 – 438 2410

Tarikh Ditubuhkan

2 September 1954

Aktiviti

Ladang kelapa sawit, hartanah dan peruncitan

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease