KOPERASI
19
Wadah
APRIL 2025
'CAFE D'PUTERI' Penuhi Keperluan Guru di Sekolah Koperasi SMK Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor Berhad
Sebahagian daripada komuniti yang membeli keperluan di kedai koperasi.
Anggota koperasi menyediakan minuman untuk pelanggan kafe.
Kafe milik koperasi menyediakan keperluan makanan dan minuman untuk guru.
Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ
digunakan semula untuk aktiviti dan pembangunan sekolah. Kafe tersebut juga telah banyak menyumbang manfaat kepada pembangunan komuniti sekolah termasuk menggalakkan konsep pembelajaran berterusan, kemahiran hidup dan pembangunan ilmu dalam kalangan pelajar terutamanya dalam aspek pengurusan kewangan koperasi. Kewujudan kafe tersebut memberi peluang kepada koperasi dalam mengukuhkan hubungan dan membina kerjasama yang lebih baik antara pihak sekolah dengan komuniti sekeliling di samping menyediakan makanan yang sihat dan seimbang selain menjadi kemudahan tambahan dalam mendapatkan makanan dan minuman di sekolah selain kantin. Jumlah pendapatan yang diperoleh daripada jualan di kafe sekitar tahun 2023 sahaja adalah sekitar RM96,000, manakala perolehan pada tahun 2024 pula telah meningkat kepada RM120,000.
Lokasi kafe yang terletak hanya bersebelahan dengan kedai koperasi sekolah turut membantu meningkatkan jualan di kedai tersebut seperti barangan keperluan asas dan produk cenderamata. Selain kafe dan kedai serbaneka, koperasi juga turut menjalankan perniagaan menyewa tapak meletak kereta berbumbung, sewa almari berkunci, skim ansuran emas, perabot, alatan pencetak, mesin fotostat dan pelancongan.
Kafe Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor Berhad yang mula dibuka sejak Jun tahun 2022, menyediakan sebuah ruang santai di samping menawarkan pelbagai pilihan minuman dan makanan alternatif khusus untuk kemudahan guru. Kafe itu dibangunkan dengan kos sebanyak RM60,000. Selain menjana perolehan Koperasi Sekolah koperasi, kafe ini juga berperanan sebagai platform penting kepada 163 guru untuk berkongsi idea. Ruang kafe yang disediakan juga dapat menjadi medan pertemuan antara guru untuk berkongsi pandangan di samping menggalakkan interaksi antara satu sama lain. Menurut Pengerusi Koperasi merangkap Pemangku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor Berhad, Puan Maimon Salam, pendapatan yang diperoleh akan
Koperasi SMK Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor Berhad
Alamat
: SMK Bandar Tasik Puteri 48000 Rawang selangor
No. Telefon
: +60126084213
E-mel
: kopsemetri2023@gmail.com
Tarikh Ditubuhkan : 7 September 2007 Aktiviti
: Alat tulis, buku, peruncitan, fotostat, sewa almari berkunci (locker)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease