WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2025

INFO SEMASA

2

Wadah

APRIL 2025

Menteri KUSKOP Pengerusikan MPPK Pertama 2025

Barisan anggota Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bilangan 1/2025 bergambar sebelum mesyuarat bermula.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Usaha mereformasikan kerangka perundangan koperasi negara menjadi fokus utama yang diperbincangkan dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bilangan 1/2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor pada 22 April 2025. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick memberi tumpuan khusus terhadap sesi libat urus bersama barisan anggota MPKK berhubung penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) koperasi yang baharu. KUSKOP bersama-sama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kini dalam proses menggubal suatu akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 [Akta 502], sejajar dengan perkembangan semasa ekonomi dan landskap koperasi negara. Datuk Ewon dalam ucapannya berkata, pindaan yang dicadangkan itu bertujuan memperkukuh elemen pengawalseliaan serta memastikan perundangan koperasi kekal relevan dan mampu menangani cabaran baharu dalam persekitaran semasa. "Sehingga kini, KUSKOP dan SKM telah melaksanakan sebanyak 10 sesi libat urus dengan penyertaan sebanyak 295 buah koperasi dan 47 agensi kerajaan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas berkaitan RUU koperasi yang baharu," katanya. Selain itu, ujarnya, soal selidik juga telah diedar dan sebanyak 1,058 buah koperasi telah menjawab soal selidik tersebut. Matlamat utama penggubalan Akta Koperasi yang baharu adalah untuk memperkasakan gerakan koperasi dengan meliberalisasi perundangan di samping meningkatkan peranan SKM sebagai badan kawal selia koperasi. "Dengan penggubalan akta koperasi yang baharu ini, KUSKOP

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick ketika mempengerusikan Mesyuarat MPKK di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor pada 22 April 2025.

optimis dapat mewujudkan koperasi yang lebih responsif dan dinamik, memudahkan perniagaan koperasi, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan tata kelola koperasi," jelasnya. Menurut beliau, sehingga 12 April 2025, sebanyak 12 daripada 14 kerajaan negeri telah pun mengadakan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi peringkat negeri sekali gus membuktikan bahawa sektor koperasi semakin mendapat perhatian di peringkat negeri. "Kerajaan negeri juga dilihat

semakin aktif dalam menyokong pembangunan dan kemajuan koperasi di negeri masing-masing menerusi penyediaan insentif. Bagi tahun 2025, Selangor memperuntukkan RM1 juta, Perak (RM723 ribu), Johor (RM600 ribu), Melaka (RM450 ribu), Pulau Pinang (RM200 ribu), Pahang (RM100 ribu) dan Kedah (RM50 ribu)," ujar beliau. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut menyuarakan pandangan beliau bahawa dalam

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease