WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2025

INFO SEMASA

3

Wadah

APRIL 2025

Buat julung kalinya Mesyuarat MPKK diadakan di Dewan Anjung Seri Budiman, UiTM.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) ketika menyuarakan pandangan beliau dalam mesyuarat.

menggubal akta baharu, aspek teras atau ‘DNA’ koperasi perlu terus dipelihara agar tidak lari daripada semangat asal gerakan koperasi. Katanya lagi, akta yang digubal perlu mencerminkan identiti koperasi sebagai gerakan ekonomi rakyat, bukan sekadar entiti perniagaan biasa. Sebanyak lapan agenda telah dibentangkan dalam mesyuarat kali ini, antaranya pengesahan minit MPKK Bil. 2/2024 bertarikh 8 Oktober 2024 dan pembentangan bertajuk 'Cadangan Penggubalan Suatu Akta Baharu Bagi Menggantikan Akta Koperasi 1993 [Akta 502]' oleh Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar. Dalam majlis yang sama juga berlangsung penyampaian sijil pelantikan kepada 21 anggota baru MPKK bagi penggal 2025–2027.

YB Datuk Ewon menyerahkan Sijil Pelantikan Anggota MPKK 2025-2027 kepada Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Negeri Pulau Pinang, YB Tuan Fahmi Zainol.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KUSKOP, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh. Hadir sama ialah Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) dan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor. Mesyuarat juga disertai oleh 14 Exco Kerajaan Negeri yang memegang portfolio koperasi, sembilan wakil gerakan koperasi, tiga wakil akademik dan dua wakil industri serta turut dihadiri oleh pegawai tertinggi kementerian.

Dari Meja Presiden

kepada koperasi yang terlibat dalam sektor peruncitan untuk meningkatkan kapasiti pendapatan. Justeru, bagi membalas jasa dan kepercayaan kerajaan kepada gerakan koperasi, setiap anggota dan pengurusan koperasi perlulah memainkan peranan secara lebih padu dan konsisten. Hal tersebut penting demi memastikan sasaran yang diunjurkan khususnya dalam aspek pemerkasaan ekonomi dapat direalisasikan dan sekali gus meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap fungsi serta peranan koperasi. Sokongan dan penglibatan langsung semua pihak amat dialu-alukan. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan dan teruskan semangat juang anda demi kelestarian dan kecemerlangan gerakan koperasi.

Pelbagai inisiatif pemerkasaan ekonomi yang diberikan oleh kerajaan kepada koperasi wajar dihargai dan dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk terus maju. Program SejaTi MADANI ANGKASA menjadi antara peruntukan yang disalurkan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) berjumlah RM2 juta dan disalurkan melalui ANGKASA bermula tahun lalu. Menerusinya, sebanyak 20 koperasi telah terpilih bagi memperkasakan perniagaan koperasi dan sosioekonomi anggotanya. Selain itu, subsidi yang disalurkan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) juga banyak memberikan kelebihan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease