INFO SEMASA
4
Wadah
APRIL 2025
KUSKOP Umum Geran Khusus Bantu Perkasa Koperasi Siswa
Sesi dialog 'Coop-Talk : Menteri dan Siswa 2025' menampilkan barisan panel yang diketuai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (tengah).
Oleh: NADIAH KAMARUDIN
Kementerian
Pembangunan
Usahawan
dan mengumumkan pemberian geran sebanyak RM20,000 khusus untuk koperasi siswa (KOSISWA) di seluruh negara dalam usaha memperkasakan aktiviti perniagaan yang diusahakan mereka. Koperasi (KUSKOP) Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick semasa sesi dialog 'Coop-Talk : Menteri dan Siswa 2025' anjuran KUSKOP dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor pada 22 April 2025. Menurut beliau, pemberian geran tersebut tertakluk kepada KOSISWA yang mematuhi kriteria ditetapkan, termasuk pengurusan mesyuarat agung yang teratur serta laporan kewangan yang telah diaudit. “Meskipun jumlah ini nampak kecil, namun ini adalah isyarat bahawa kementerian (KUSKOP) berada di sini untuk memudah cara dan membimbing. Atas dasar itu juga, kita telah melantik wakil KOSISWA, iaitu Setiausaha Kehormat Koperasi SISWA UiTM Selangor Berhad (KOSISWA UiTM), Encik Ahmad Naqiuddin Mohamad sebagai anggota Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK),” katanya. Menurut beliau, penyertaan wakil KOSISWA dalam MPKK membolehkan suara mahasiswa didengari dalam proses penggubalan dasar, undang-undang serta pelaksanaan inisiatif berkaitan sektor koperasi di peringkat kementerian dan agensi. Mengulas lanjut, beliau menzahirkan harapan agar lebih ramai usahawan berskala sederhana dan besar dapat dilahirkan, seterusnya mampu menembusi pasaran antarabangsa dan disenaraikan di bursa saham. “Saya ingin melihat lebih ramai usahawan kita berjaya ke peringkat lebih tinggi, membawa produk dan perkhidmatan ke pasaran global. Namun dalam masa sama, kita tidak akan
Mahasiswa mengambil peluang bertanyakan soalan kepada YB Datuk Ewon dalam sesi dialog.
mengabaikan golongan usahawan informal,” katanya. Beliau turut menyeru mahasiswa agar mempertimbangkan keusahawanan sebagai satu pilihan kerjaya selain menyertai sektor perkhidmatan awam. “Kita semua melalui proses pendidikan yang melatih kita untuk membuat keputusan dari sekolah rendah hingga ke kampus. Maka saya ingin mengajak mahasiswa, selain menyertai perkhidmatan bergaji, pertimbangkan juga untuk menjadi usahawan,” katanya. Tambah beliau, Mesyuarat MPKK Bilangan 1/2025 yang julung kalinya diadakan di UiTM bertujuan memberi mesej jelas agar mahasiswa melihat koperasi sebagai satu platform berimpak tinggi. “Mari kita berkoperasi. Sertailah
YB Datuk Ewon menyeru mahasiswa untuk menggunakan platform koperasi sebagai titik permulaan menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease