INFO SEMASA
5
Wadah
APRIL 2025
'Coop-Talk : Menteri dan Siswa 2025' berlangsung dalam suasana santai namun sarat dengan perkongsian ilmu dan aspirasi pembangunan koperasi mahasiswa.
koperasi dan gunakan platform ini untuk menyumbang buah fikiran serta menyertai pembangunan ekonomi negara,” katanya. Dalam majlis yang sama, turut berlangsung sesi pertukaran nota kerjasama antara KOSISWA UiTM
dengan Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM serta antara KOSISWA UiTM dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM. Langkah strategik tersebut bertujuan memperkukuh dan memperkasakan ekosistem keusahawanan di UiTM melalui
kerjasama lebih erat antara entiti koperasi, akademik dan kepimpinan pelajar. Terdahulu, YB Datuk Ewon turut merasmikan The Cups Coffee & Kitchen , premis makanan dan minuman milik KOSISWA UiTM yang telah mula beroperasi sejak tahun 2023. Sesi dialog 'Coop-Talk : Menteri dan Siswa 2025' turut menampilkan beberapa panel jemputan termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Negeri Pulau Pinang, YB Tuan Fahmi Zainol, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia, Encik Mohd Zaib Mat Yunus, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi, Penolong Naib Canselor MASMED UiTM, Prof. Madya Dr. Badrul Isa serta Pengerusi KOSISWA UiTM, Saudara Muhamad Aidil Tasnim. Sesi itu turut dimoderatorkan oleh Yang Dipertua MPP UiTM sesi 2024/2025, Saudara Muhammad Haziq Sabri.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata ANGKASA bersedia membantu koperasi siswa yang mahu membawa produk dan perkhidmatan mereka ke peringkat antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Rusli Jaafar.
YB Datuk Ewon merasmikan The Cups Coffee & Kitchen , premis makanan dan minuman milik Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad (KOSISWA UiTM).
Sebahagian daripada mahasiswa yang hadir.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease