WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2025

INFO SEMASA

7

Wadah

APRIL 2025

Projek SejaTi MADANI Pacu Pembangunan Eko Pelancongan di Kota Belud

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tujuh dari kanan) bersama barisan kepimpinan ANGKASA ketika melakukan lawatan ke tapak Projek Pembersihan dan Penyelenggaraan Sir Hugh Low’s Trail, Kiau Kota Belud di bawah Program SejaTi MADANI milik Koperasi Minitinduk Kota Belud Berhad.

dalam keadaan terkawal dan selamat. "Laluan pendakian sedang diselenggara dengan baik bagi memastikan keselamatan para pendaki. Di samping itu, pondok rehat juga dirancang untuk dibina di sepanjang laluan bagi kemudahan para pendaki," katanya.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato' Haji Kamaruddin Ismail, Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim.

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Koperasi Minitinduk Kota Belud Berhad merupakan salah sebuah koperasi penerima dana Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) 2024 bagi menambah baik kemudahan laluan pendakian sekali gus menyokong aktiviti eko pelancongan di kawasan tersebut. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang mengetuai lawatan ANGKASA ke tapak Projek Pembersihan dan Penyelenggaraan Sir Hugh Low’s Trail pada 20 April 2025 menyatakan bahawa tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menilai status semasa kerja-kerja penyelenggaraan yang telah mencapai tahap sekitar 34 peratus. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berharap, kejayaan koperasi itu nanti dapat menginspirasikan lebih banyak koperasi untuk menceburi aktiviti pelancongan seterusnya meningkatkan perolehan koperasi dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). “Lawatan ini berjaya mencapai matlamatnya dalam menilai dan memastikan kelancaran pelaksanaan projek. Penyelenggaraan yang berterusan dan kerjasama Koperasi Minitinduk Kota Belud Berhad, Sir Hugh Low’s Trail dijangka menjadi tarikan eko pelancongan yang lebih selamat, menarik dan mampan di masa hadapan," ujar beliau. Sementara itu, Pengerusi Koperasi Minitinduk Kota Belud Berhad, Encik Martin Moguring berkata, antara cabaran yang dihadapi oleh koperasi adalah disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu, kekurangan pekerja lelaki berbanding wanita serta kelewatan bekalan bahan binaan daripada pembekal. Walau bagaimanapun, pasukan pelaksana tetap komited meneruskan kerja

Bergambar di perkarangan Tamu Desa Tradisi Kiau, Kota Belud selepas sesi lawatan di tapak Projek Pembersihan dan Penyelenggaraan Sir Hugh Low’s Trail.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mendengar penerangan yang disampaikan oleh Pengerusi Koperasi Minitinduk Kota Belud Berhad, Encik Martin Moguring mengenai penambahbaikan kemudahan pendakian Sir Hugh Low’s Trail.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease