WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2025

INFO SEMASA

8

Wadah

APRIL 2025

Pengerusi SKM Berkunjung ke ANGKASA

“Apa yang penting, di mana sahaja kita berada, kita perlu mengetengahkan diri masing-masing, kerana tujuan kita tetap sama walaupun berbeza pendapat. Komunikasi juga perlu bagi mengelakkan persepsi kurang menyenangkan sekali gus mengutamakan keakraban hubungan sesama organisasi supaya segala perancangan dapat berjalan lancar,” ujarnya. Terdahulu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam ucapannya berharap agar ANGKASA berpeluang dan dapat bersama-sama dengan pihak Lembaga Pengarah SKM dalam membuat dasar dan sebagainya kerana ANGKASA mewakili keperluan dan kekangan yang dihadapi oleh koperasi ahlinya. Taklimat mengenai ANGKASA telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Delegasi SKM yang hadir terdiri daripada Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM, Puan Siti Azlin Ahmad Dauta, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) SKM, Encik Rozdeen Mohd Jaafar Naib, Pengarah Penyeliaan dan Tadbir Urus SKM, Encik Zahir Dahari, Pengarah Pengurusan Pelaburan SKM, Puan Norasarida Saleh, Pengarah Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat SKM, Puan Norlelah Samsuddin dan Pegawai Khas Pengerusi Pejabat Pengerusi SKM, Encik Datu Mohd Rais Aslam Datu Jamigul.

Delegasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang diketuai oleh Pengerusinya, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) (enam dari kiri) bersama Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tujuh dari kanan) dan barisan Anggota Lembaga ANGKASA dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri.

Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ

Dalam berkata, penambahbaikan dalam peranan ketiga-tiga agensi iaitu, SKM, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya fungsi dan tanggungjawab masing-masing dapat memberi impak yang lebih besar pada organisasi serta menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara. ucapannya, beliau SKM bersedia membantu ANGKASA dalam apa juga keadaan seiring dengan peranannya memelihara kepentingan dan mewakili gerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk mengkaji semula akta atau undang-undang yang sedia ada.

Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) telah mengadakan kunjungan ke ANGKASA bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 14 Mac 2025. Beliau yang diiringi oleh beberapa pegawai SKM yang lain telah disambut oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan barisan Anggota Lembaga ANGKASA serta pengurusan tertinggi ANGKASA.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease